Siri 8
Nizam berasa gundah. Tidak reti untuk
kakinya berdiam daripada berjalan ke sana sini. Sementara menanti waktu untuk
dirinya dipanggil masuk berjumpa dengan Penolong Pengarah kolej itu, dia
meletup-letupkan jemarinya bagi menghilangkan rasa cemas. Sesekali dia
mengalihkan pandangan ke arah jam dinding yang berada berhampirannya. Cemas.
“Ahmad Nizam Salleh, Professor Fakhri mahu
berjumpa.”, sopan tutur kata yang dilantunkan pembantu professor itu, setelah
menerima panggilan ringkas daripada professor yang sudah sedia menanti di dalam
bilik. Nizam segera masuk ke dalam bilik pensyarah itu, dan pintu ditutup.
Dalam masa yang sama, Xyryll baru
tersedar akan kehilangan kunci biliknya itu. Jauh di sanubari, rasa cemas mulai
timbul namun dia cuba berkelakuan dan berlagak biasa. Berkata kepada dirinya
sendiri, dia perlu cepat dan pantas ke tandas semalam bagi memastikan
kalau-kalau kuncinya tercicir di sana. Cuai.
Satu per satu ruang lantai tandas itu
diperhatikan. Cuma satu cubicle saja yang belum diperiksa kerana ada seorang
pelajar sedang menggunakannya. Sambil-sambil menunggu, Xyryll membasuhkan
mukanya dan kedua-dua tangan. Tiba-tiba teringin untuk menjadi seorang yang
pembersih buat seketika. Xyryll menepuk-nepuk wajahnya sambil memandang cermin dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati
Asyraf yang keluar daripada cubicle itu tadi.
“Rileks, Xyryll… Rileks.” Tenang dirinya.
“Eh, Xyryll. Kau tunggu aku ke?”, gurau
Asyraf bersahaja, lalu segera ke arah sinki untuk membersihkan tangan.
“Eh! Lah! Engkau rupanya. Tak ada
apa-apa. Aku tengah cari kunci bilik aku ni. Tercicir kot.”, Xyryll menyambut
sapaan yang dimulakan Asyraf. Dia turut bertanyakan kepada Asyraf andai kata
ada terlihat akan gugusan kunci miliknya tercicir di dalam cubicle itu.
“Tak ada pula.” Balas Asyraf, pendek
sahaja. Melenyapkan harapan Xyryll untuk menemui kunci biliknya itu.
“Ah, sudah! Mana pulak hilangnya ni?”
Soal Xyryll sedikit cemas.
“Kau yakin ke tercicir di sini?”, soal
Asyraf kembali.
“Confirm punyalah! Semalam aku dengan
Nizam pergi sini…”,
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak
kata… badan binasa.
“Nizam?” Asyraf mengerutkan dahi dan
mengangkat keningnya tanda kehairanan. Sefaham dirinya, Xyryll hanya ke blok
bersebelahan pada malam tadi. Ada sesuatu yang boleh disyaki di situ. Asyraf
bertanyakan lebih terperinci tentang apa yang telah berlaku.
Akur dengan kecuaian diri sendiri,
Xyryll menceritakan semula tujuan pertemuan dirinya dengan Nizam malam itu.
Menurut Xyryll, dia sendiri pun tidak begitu jelas dengan perkaitan antara
mereka berdua dengan Meor dan Nizam. Sudah tentu, Xyryll menyembunyikan kisah
aksi terlarang mereka, demi menjaga perasaan dan kepercayaan Asyraf
terhadapnya. Sungguhpun mereka kini tidak lebih dari sekadar kawan.
“Meor? Apa pula yang dia mahukan ya?”
Asyraf menyoal sendiri akan perkaitan Meor dalam hal ini. Dia kemudiannya
mengajak Xyryll untuk sama-sama keluar dari tandas itu dan menuju ke kafeteria
untuk makan tengah hari memandangkan masing-masing sudah tidak mempunyai kelas
untuk dihadiri petang itu.
-
Raut wajah Nizam kelihatan lesu dan
pucat. Dia hanya mahu pulang ke biliknya dan tidur. Hanya itu saja yang mampu
dilakukan bagi menghilangkan tekanan yang dihadapi ketika itu. Begitupun, ia
hanyalah perancangan semata-mata, ketika kaki sedang leka melangkah malas
dengan pandangannya sedikit ditundukkan, Nizam ditegur oleh Meor yang kebetulan
melalui jalan yang sama. Ditanyakan oleh Meor kepada Nizam akan kemurungan yang
ditunjukkan itu.
Pasrah, Nizam hanya menceritakan segala
apa yang telah berlaku pada malam sebelumnya itu kepada Meor. Dan tidak
disangka-sangka, bukan simpati yang diberikan Meor, tetapi hilai tawa yang
berdekah-dekah kuatnya.
“Itulah engkau! Bodoh! Buat perancangan
sendiri lagi! Tergopoh-gapah!” ujar Meor dalam gelak tawanya.
Nizam hanya tertunduk kesal. Dia akur
akan kesilapannya. Silap dirinya untuk tidak mengikut perancangan yang dirangka
oleh Meor. Dia silap kerana mahu cepat mendapatkan gelora nafsu Xyryll. Apa
yang berlaku bukanlah seperti yang sepatutnya.
Jika mengikutkan perancangan Meor,
sepatutnya mereka bersepakat dengan Ustaz Zainuddin terlebih dahulu dan
menjalankan tipu daya bagi menjerat Xyryll ke dalam perangkap. Di situ, Nizam
berpura-pura untuk menguji Xyryll dengan tujuan membuktikan kepada Ustaz
Zainuddin akan kecenderungan Xyryll meminati dan melakukan hubungan songsang
dengan lelaki; sebelum di akhir perancangan Xyryll ditangkap oleh Ustaz untuk
dibicarakan oleh Majlis Disiplin kolej.
Dek kerana terlalu megikut nafsu, Nizam
melepasi jangkauan dan perancangan mereka. Tidak puas hati dengan gelak tawa
yang diterimanya daripada Meor, Nizam tekad untuk mengugut Meor untuk sama-sama
dikenakan tindakan disiplin. Sama sepertinya, dibuang kolej setelah pengesahan
tidakan disiplin dalam tempoh dua minggu lagi. Nizam yakin, dia mampu memutarbelitkan segala
pengakuannya dalam tempoh dua minggu ini untuk sama-sama mengheret Meor
bersamanya.
“Kau ni bodohlah, Nizam.”
“Kau tak tahukah aku ni siapa?” tenang
Meor menepis segala ugutan yang diterimanya.
“Aku ni… anak Tan Sri Meor Mustapha
Hashim lah.” Sambung Meor dengan nada bangga.
“Kau… anak Meor Mustapha Hashim?” Nizam
terkedu mendengar pengakuan insan yang sedang berdiri angkuh di hadapannya itu.
Tidak disangka pelajar yang lama dikenalinya itu merupakan anak kepada individu
yang tidak asing lagi dengan kolej tempat mereka menuntut ilmu itu.
“Oops, jangan lupa… Tan Sri…” balas Meor
memperbetulkan Nizam akan gelaran pada nama bapanya itu.
--Bersambung
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu 3, novel
5 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
Nht cube bace sekali lagi
bagus. jadi matlamat saya sudah tercapai. baca episod2 seterusnya utk lebih faham.
ray:
hahaha.
faizalsulaiman:
yea. terima kasih. mereka berdua memang memainkan peranan penting dlm kisah kali ni.
joey:
yeap..?