Siri 5


Malam semakin lewat apabila Arief pulang ke biliknya. Pun begitu melihatkan Asyraf dan Xyryll masih lagi tidak tidur, dia mengambil keputusan untuk sama-sama berborak dan bergurau senda.

Menyedari kehadiran Fadhiri ke dalam bilik mereka, Arief, Asyraf dan Xyryll masing-masing berpaling sesama sendiri. Riak wajah Fadhiri malam itu tidak ceria seperti biasa. Bagaikan ada sesuatu perkara yang mengganggu fikiran  lelaki itu. Terlihat akan kelainan itu, Xyryll mengambil langkah pertama untuk menegur dan bertanyakan apa yang dirasakan patut.

Namun semua itu hanyalah sia-sia memandangkan Fadhiri sedikit pun tidak menjawab sepatah daripada persoalan yang diajukan. Dan ini mengundang rasa tidak selesa kepada Arief dan Asyraf yang dari tadi memerhati. Dalam fikiran masing-masing hanya menganggap Fadhiri tidak berada dalam kondisi yang baik untuk berbual.

Bad mood barangkali.” Perlahan suara Xyryll memberikan ‘hint’ kepada dua lagi rakan sebiliknya itu. Namun, belum sempat Arief mengangguk kepada Xyryll tanda memahami, dia dikejutkan dengan arahan yang diterima Fadhiri untuk keluar sebentar bersama-samanya untuk bertanyakan sesuatu.



Tadi aku jumpa Ustaz Zainuddin…” satu kenyataan diluahkan Fadhiri kepada Arief sebagai pemula bicara. Sambil kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar khakisnya itu, dia kemudian menyambung;

…kau tahu tak perihal Xyryll?”, soal Fadhiri.

Keliru dan tidak pasti akan apa intipati persoalan itu sebenarnya, Arief mengerutkan dahinya. Mengharapkan lebih penjelasan akan isi kandungan soalan yang ditanyakan Fadhiri kepadanya. Kini, masing-masing memulakan langkah menuju ke perkarangan bilik asrama dalam kesejukkan malam itu.

Betul kah roommate kita si Xyryll tu seorang lelaki homoseksual?”, Fadhiri memperjelaskan lagi soalannya kepada Arief. Dengan mengharapkan Arief menjawab persoalan itu dengan sejujurnya kerna berbanding dirinya, Arief lebih akrab dan mengenali hati budi teman-teman sebiliknya yang lain.

Tidak pasti sama ada berlaku jujur atau tidak, Arief jauh memikirkan dan cuba menyusun baris ayat sebelum memberikan jawapan kepada persoalan Fadhiri itu. Perlukah dia yang memberitahu sesuatu yang bukan peribadinya? Atau, perlukah dia berhenti bersubahat dalam perkara ini? Kenapakah Fadhiri tiba-tiba saja ingin mengetahui akan perihal sebegini? Mungkinkah perspektif Fadhiri terhadap Xyryll akan berubah apabila dia memberitahu akan situasi yang sebenar?

Dan setelah memikirkan kesemua perkara yang mungkin berlaku, akhirnya Arief tekad dan amat yakin dengan apa yang harus diperkatakan. Menarik nafas yang panjang, dia menjawab persoalan itu dengan tenang.

Aku tak pasti, Fadhiri. Lagipun, siapalah aku untuk menjawab soalan peribadi tentang individu lain? Barangkali kau patut bertanya terus kepada si pemilik badan.”, jawab Arief neutral. Tidak mengiyakan mahupun menafikan.

Aku bukan apa, kata Ustaz Zainuddin, ada beberapa pelajar memberitahunya akan perihal Xyryll.
Kata mereka, Xyryll itu songsang.

Jadi?”, ujar Arief ingin tahu.

Jadi, Ustaz minta tolong aku mendapatkan kepastian akan hal ini memandangkan dia sudah tahu bahawa aku ni teman sebiliknya.” Tenang saja Fadhiri memberikan penjelasan akan kecelaruan yang berada dalam benak fikirannya itu. Mendengar akan penjelasan itu, Arief hanya mengangguk tanda memahami.

--

Setelah lama tidak bersukan secara serius, petang itu Xyryll dikejutkan dengan kemunculan Nizam secara tiba-tiba di gelanggang skuasy. Lelaki yang cuba dielak setiap kali bertembung akhirnya muncul di depan mata, dan terus menerus masuk ke gelanggang permainan itu setelah mendapati Xyryll berseorangan di dalamnya.

Nizam… lama tak nampak kau.” Ramah Xyryll membuka bicara.

Haha. Nampak tu selalu saja. Bertegur saja tidak.” Tersenyum, balas Nizam, sebelum menyambung perbualannya. Masing-masing bertanyakan akan perihal peribadi kecuali pelajaran memandangkan masing-masing kelihatan seperti sudah lama tidak bertanyakan khabar.

Jadi, what’s up actually? Out of the blue… tiba-tiba datang cari aku?”, tanya Xyryll kepada Nizam. Kedua-dua lelaki itu melabuhkan punggung di bangku besi yang terletak di luar gelanggang skuasy. Sambil mengelap peluh di muka, Xyryll meneguk sedikit minuman isotonik yang dibeli awal tadi di kafeteria.

Tiada apa pun. Aku cuma mahu memberitahu kau akan satu perkara.”, balas Nizam yang sedikit kaget. Walaubagaimanapun, kenyataan itu tidak lah begitu diambil peduli oleh Xyryll yang masih kehausan dan panas.

Apa maksud kau?”, soal Xyryll.

Meor.” – ringkas respon yang diberikan Nizam. Seolah-olah memberikan petunjuk terhadap apa yang mungkin berlaku. Nizam kemudiannya berlalu pergi meninggalkan Xyryll seorang diri terpinga-pinga. Sambil menoleh dua tiga kali kepada Xyryll, dia kemudiannya menyeluk saku seluar lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan merangka SMS kepada Xyryll.

Kalau nk tahu, mlm ni kta jmpa. 11pm kat tempat projek dulu.

Membaca kiriman pesanan yang baru diterima daripada Nizam itu, Xyryll bertambah keliru. Apakah perkaitan antara dirinya dengan Nizam dan juga Meor?

--Bersambung...


NUke

3 Comments:

  1. Unknown said...
    antara perangkap atau kejujuran? episod berikutnya
    Unknown said...
    Saya padankan awak !

    http://mohdyunus89.blogspot.com/2012/03/assalamualaikum.html
    NUke_Rude said...
    tengku:
    ya. betul tu. jujur, atau khianat.

    yunus:
    yeah! terima kasih dan selamat maju jaya.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.