Siri 11


Menarik nafas panjang, Xyryll memberanikan diri melangkah masuk ke dalam bilik Penolong Pengarah kolej itu. Kelihatan Dr. Khairi sudah pun berada di situ menanti kehadirannya bersama-sama dengan Professor Fakhri. Dia kemudiannya dipelawa duduk. Hari Isnin Xyryll itu memang tidak akan sama seperti hari-hari Isnin yang sebelumnya.

Tanpa banyak bicara, masing-masing seolah-olah mengerti akan apa yang mahu diperkatakan. Perbincangan tiga penjuru itu berlangsung selama hampir satu jam setengah dengan hasilnya memaksa Xyryll untuk mengaku bersalah melakukan hubungan seks ketika berada di dalam kolej. Lebih teruk, kesalahan salah laku dan tatatertib itu melibatkan perlakuan seks luar tabii dan sememangnya dianggap sebagai kes berat dalam senarai tindakan disiplin yang dikenakan terhadap seseorang penuntut kolej. Sama nasibnya seperti Nizam, Xyryll dikenakan hukuman buang kolej, namun Dr. Khairi masih mengingatkan akan peluang untuk Xyryll memohon rayuan dalam tempoh masa dua minggu. Notis pemberhentian pengajian akan dihantar kepada penjaganya sejurus tamat tempoh permohonan rayuan.

-

Hujan renyai membuka tirai pagi Rabu di bumi Melaka itu. Seperti yang dibincangkan Xyryll bersama Asyraf tempoh hari, mereka akan cuba untuk mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman yang diterima Xyryll.

Asyraf memulakan langkah itu dengan berjumpa pensyarah Matematik, Dr. Khairi pada tengah hari itu. Hanya dia bersendirian tanpa ditemani Xyryll dek kerana ada kelas tutorial yang perlu dihadirinya. Selepas memperkenalkan dirinya kepada pensyarah muda itu, Asyraf kemudiannya menceritakan tujuan dirinya bertemu dengan Dr. Khairi yang mana lebih tertumpu pada permohonan rayuan dan usaha meringankan hukuman yang dikenakan terhadap Xyryll akan kesalahannya itu.

Selang seketika dan sambil Asyraf memberikan hujah-hujahnya, kelihatan Dr. Khairi mencatat beberapa butiran dan sesekali mengirim dan menerima kiriman SMS yang tidak diketahui kepada dan daripada siapa. Memandangkan dia sendiri tidak mempunyai kuasa yang besar untuk memutuskan sama ada rayuan itu berjaya atau tidak, Dr. Khairi kemudiannya mengajak Asyraf untuk sama-sama berjumpa dengan Professor Fakhri di biliknya untuk perbincangan lanjut. Asyraf bersetuju.

Sekali lagi, Asyraf memperkenalkan dirinya kepada Professor Fakhri yang sedari tadi memandangnya dari atas ke bawah berulang-ulang kali. Sambil menyandar di kerusi mewahnya, professor itu sesekali berbisik kepada Dr. Khairi akan beberapa perkara. Juga mencatatkan beberapa informasi yang dirasakan perlu.

Perbincangan yang berlanjutan selama kira-kira 45 minit itu kemudiannya mencapai kata sepakat dan persetujuan dengan syarat diberikan kepada Asyraf.

Demi membantu dan menyelamatkan Xyryll, Asyraf bersedia untuk mendegar dan mengamati syarat-syarat yang akan diberikan oleh kedua-dua pensyarah itu.

Professor Fakhri dan Dr. Khairi sambil tersenyum-senyum penuh makna bersepakat dan memberikan kata putus andaikata Asyraf tidak mahu membiarkan Xyryll dibuang kolej, Asyraf perlu bersetuju untuk keluar bersama-sama mereka di Bandar Seremban bermalam pada penghujung minggu ini sebagai anak ikan mereka bagi tujuan memuaskan nafsu. Yang mana syarat ini perlulah dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain dan ketidak jujuran dirinya itu juga akan menyebabkan dirinya dikenakan tindakan disiplin.

Tersentak dengan syarat yang diberikan, Asyraf panik dan keliru. Belum sempat dia memohon masa untuk memikirkan jawapan daripada Professor Fakhri, percakapannya disampuk oleh Dr. Khairi yang memintanya membuat keputusan sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Kini, Asyraf sedang bergelut, berperang dengan masa. Lima minit berlalu dirasakan berjam-jam lamanya. Adakah pengorbanan itu berbaloi – untuk dirinya dan juga Xyryll?

Mendongak ke atas, bersandar pada kerusi, Asyraf kemudiannya bingkas bangun daripada jauh pemikirannya dan berdiri menghadap Dr. Khairi yang sedia menantikan jawapannya itu.

Sebelum saya melangkah keluar dengan keputusan saya… ingin sekali saya meminta supaya syarat ini ditukarkan kepada perjanjian bertulis.” Petah Asyraf tenang menyatakan pendiriannya.

…dan setelah semua itu tersedia, maka saya dengan rela menerima syarat yang ditetapkan itu.

Dalam benak fikirannya terbayangkan wajah Xyryll. Dia akur dengan perasaannya. Dia memang menyayangi lelaki itu sungguhpun berjuta bentuk kepayahan yang pernah dilemparkan kepadanya.

Untuk kau, Xyryll.”, bicara Asyraf sendirian di dalam hati.




Asyraf melangkah keluar meninggalkan bilik itu dan Bangunan Pentadbiran. Dia tidak mampu memandang tegak ke hadapan, cuma menundukkan kepala menghadap tanah buat seketika sebelum berlalu melangkah pergi.

Meor yang berada tidak jauh dari situ hanya memerhati kehairanan.


--Bersambung...

p/s: nantikan pengakhiran KAC3 pada 25 Mac ini.

NUke

7 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    pengorbanan asyraf..gosh! dua cikgu inilah..aduyaiii
    Unknown said...
    adakah ini balasan janji setia sebuah cinta?
    sYukCurz said...
    gila!
    ismaelzaharee said...
    lol
    pitam jap tgk perangan pensyarah tu
    hahaha
    harapkan pagar, pagar pon tak boleh harap..

    good 'cultural shock'

    hahah

    ~regards~
    ismaelzaharee
    NAEM:a wait-er said...
    hi there.dropping by:)
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    haha. siapa sangka, kan?

    tengku:
    mungkin juga?

    syuk:
    mmg gila!
    NUke_Rude said...
    ismael:
    haha. kes2 mcm ni aku rasa mmg ada terjadi kot.

    naem:
    hey. thanks.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.