Siri 2
Hari-hari berlalu menyaksikan si
penghuni bilik itu tidak pernah cukup qorumnya. Jika Asyraf keluar makan
bersama-sama Fadhiri dan Arief, pasti tiada Xyryll menemani. Begitu juga
sebaliknya, jika Xyryll keluar makan bersama kedua teman sebiliknya yang lain,
pasti tidak disertai oleh Asyraf. Semua ini berlarutan sehinggalah minggu
peperiksaan semester; yang hanya berbaki seminggu saja lagi.
Dan Arief yang sememangnya ‘berfikiran
terbuka’ mengesyaki sesuatu sedang berlaku. Sudah lama dia berasakan akan
perkara ini. Dia yang akrab dengan Xyryll dan Asyraf merasakan perlu untuk
dirinya memainkan peranan dalam memperbaiki hubungan sahabat dua lelaki ini.
Dia perlu bersifat diplomatik.
Merenung jauh ke dalam buku rujukan
Anatomi yang dipinjam dari perpustakaan tempoh hari, Arief tidaklah memberikan
fokusnya kepada apa yang ditelaah, walaupun peperiksaan Biologi akan
dihadapinya dalam masa empat hari lagi. Dia cuma ingin meneliti semula
personaliti kedua-dua sahabatnya itu.
Sungguhpun bersaiz sedikit kecil
berbanding kenalan yang lain, Asyraf memiliki kekuatan mental yang luar biasa.
Gurauan baik kecil, dan kasar yang dilempakan kepadanya dengan mudah diambil
ringan tanpa dendam di hati. Pun, tembok keutuhan itu mudah rapuh apabila dia
berada dengan teman rapat dan juga orang tersayang. Arief masih ingat lagi
suatu ketika dahulu di mana Asyraf pernah terganggu emosinya bila Arief
bersama-sama Xyryll dan Fadhiri sengaja meninggalkannya bersendirian di
kafeteria sementelah mereka usai menikmati makan malam. Dan akibatnya, dua
minggu tidak bertegur sapa dan mengambil peduli. Sungguhpun beribu kali maaf dibicarakan. Kepercayaannya usah sesekali dicalarkan.
Arief juga tahu bahawa Asyraf ini adalah
seorang insan yang setia. Baik kepada manusia lain, ataupun segala macam
perkara. Kalau itulah pilihannya, itu jugalah menjadi kegemarannya. Sukar
berpaling. Arief juga masih ingat akan perbualan mereka ketika minggu-minggu
awal perkenalan mereka di kolej ini;
“Asyraf, kau ni memang suka makan ayam
kicap eh? Tiap-tiap hari makan benda yang sama.”
“Kau tahu Arief, aku, kalau dah suka
dengan satu benda ni; boleh kata sampai mati lah aku akan suka!”
“Untung lah siapa yang jadi awek kau
nanti!”
“Haha! Itu lah. Tapi aku tak ada girlfriend,
macam mana?”
“Ah, tipu lah kau!”
“Dulu waktu zaman sekolah, aku pernah
lah suka seorang perempuan ni. Tapi, dia dah ada teman lelaki. But that does
not stop me from terus meminati dia, right?”
“Sampai sekarang?”
“Ya. Selagi tiada orang lain yang dapat
mencuri hati aku lagi la.”
Halaman lain diselak. Arief menanggalkan
cermin matanya lalu diletakkan ke tepi. Dia mengambil keputusan untuk
berbaring. Dia kini tahu, untuk berbincang dan berbicara dengan Asyraf, dia
perlu masuk dan hanyut bersama-sama emosi lelaki itu. Dan dia juga tahu, untuk
memberikan sebarang pendapat, ayat-ayatnya perlu disusun supaya tidak disalah
tafsirkan. Asyraf adalah seorang lelaki yang kuat luarannya, namun sensitif di
dasar hati. Juga, lelaki itu sangat menghargai cinta yang diterima.
Mungkin kesemua ini sedikit berbeza
dengan Xyryll.
Memiliki susuk tubuh yang sedap
dipandang, Xyryll ternyata seorang yang berkeyakinan tinggi dalam segala segi.
Tak mustahil semua itu membuatkan dia memiliki ‘wow-factor’ di mata mereka yang
melihatnya. Sikapnya yang ramah membuatkan dia mudah didekati, walaupun pada
hakikatnya dia adalah seorang yang pemalu pada tempat-tempatnya.
Pemilik nama Xyryll itu juga sebenarnya
sangat teliti dan cuai dalam masa yang sama. Selain memiliki bakat dalam membaca
fikiran orang lain. Namun, semua itu ibarat bercelaru apabila dirinya ada
bersama-sama dengan Asyraf. Dan Arief juga terperasan akan perihal ini.
Jika mereka berdua bersama-sama, Xyryll
acapkali kelihatan bodoh dan tidak berupaya mengawal tingkah laku. Dia seperti
keanak-anakan walhal jika bersama kenalan lain, Xyryll lah yang seringkali
mendominasi; menentukan arah perbualan, bijak bertutur kata, dan bersikap
spontan yang masuk akal. Dia akan selalu berdamping dengan insan lain, baik
teman sebilik, rakan sekuliah, atau kenalan lain.
Dan ketika inilah Arief menyedari
hakikat personaliti Xyryll yang sebenar. Lelaki itu adalah dominant tetapi
penyayang. Curious dalam kejujuran. Ingin mencuba dalam keterlarangan. Xyryll
adalah seseorang yang takut akan kesunyian. Dan sebab itulah dia sentiasa cuba
mencari teman selagi matanya masih belum mahukan tidur.
-
“Assalamualaikum!”
Tersentak daripada konklusi dan analisis
sendiri, Arief bingkas bangun dan menjawab salam. Sebelum menyedari akan Asyraf
yang sudahpun pulang daripada peperiksaan subjek Fizik. Tiada kelibat Xyryll
mengekori.
Perfect timing! Ditunggunya Asyraf
selesai menyalin pakaian formal dan berbaring untuk rehat, sebelum mengambil
keputusan untuk berbicara dengannya.
“Eh, Asyraf! Sorry lah kalau aku kacau kau.
Tapi, aku ada hal nak bincang dengan kau ni. Kau free tak nak sembang-sembang
ni?”, ditegurnya Asyraf yang terlentang baring tidak berbaju melepaskan lega
dan penat ‘bertarung’ dengan peperiksaan sebentar tadi.
“Apa halnya?”. Bangkit.
“Tak ada lah. Aku tengok kau dengan
Xyryll ni… dah tak bertegur langsung. Something’s wrong, is it?”
“Ya”
Menunggu. Ayat itu dirasakan tidak habis
oleh Arief.
“Kau pun tahu kan? Aku dengan Xyryll are
no longer together.” Sambung Asyraf.
“Oh. Tak tahu pula.”
Mengetap bibir. Berminat untuk lebih
memahami.
“Cinta
berdasarkan nafsu semata-mata. Macam ni lah jadinya.”
“Err… sorry ya. Tapi, kenapa korang
boleh clash pula?” Soal Arief yang tidak berapa mengerti akan perihal cinta sebegini.
And the stories were told, again; dan
keseriusan antara mereka berterusan sehinggalah Arief bertanyakan satu soalan
yang difikirkan bodoh oleh Asyraf.
“By the way, best ke korang… you know…?”
Asyraf melopong mendengarkan persoalan
itu. Hanya hilai tawa yang mampu dibalasnya sambil cuba menyakat si Arief yang
begitu naïf riak wajahnya.
“Hahahahahahaha! Bodoh lah kau, tanya
soalan macam tu! Kau nak rasa ke?”
“Demi Tuhan, aku tak mahu! Aku curios je
lah!”, dan hilai tawa mengikuti dan mengakhiri perbualan pada petang itu.
-
Sehinggalah tamat semester itu,
kedua-dua mereka masih membisu tidak menyapa. Tanpa salam dan ucap selamat
jalan, mereka membawa haluan sendiri. Dan mungkin salah seorang daripada mereka
hanya menanti kedatangan semester baru, mengharapkan satu permulaan yang baru.
Mungkin.
--Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu 3, novel
3 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
tahniah nuke!
terima kasih banyak2. :)
janggel:
disebabkan ada persediaan awal utk kac3 ni, maka penggunaan bahasa pun, boleh di review berulang2 kali. :D