Orang tua-tua selalu berkata... Jangan bermain ketika senja. Tau apa rasionalnya?

Kalau main2 sampai wktu maghrib, nanti bapak korang datang carik korang kat padang. Lepas tu kena rotan. Padan muka.

Anyway, setiap impian itu bermula dengan satu keinginan. Keinginan itu menjadikan satu impian. Impian itu lah yang menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu.







Hehe he!

Myvi SE.

Warna Oren.


Akan ku gigih berusaha ke arah matlamat itu! Haha!



NUke


Waktu tu, jam dah melewati 5.30 petang. Aku terus meng-shut-down-kan pc sebab aku kena balik on-time. Kalau stay lama2 pun, tiada overtime. Jadi, kita kena patuhi masa. Cewah! Padahal balik awal sebab kat luar tu, awan dah makin gelap. Sambil-sambil aku nak ambil punch card, Fadli lalu dan menegur aku. "Awan dah lain macam dah ni... kena balik cepat ni!". Aku rasa perbualan tu hanya kami berdua saja yang faham. Sebab kami menunggang motor ke tempat kerja.

Dalam hati mulalah berkata "Harap-harap biar lah aku sampai rumah dulu baru hujan.", dalam masa yang sama, hati juga dah mula bernyanyi lagu Shahir, Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Naik saja motor, terus hatiku gembira menyanyikan chorus lagu tu.

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum bunga yang layu pada musim luruh,
Yang dulunya mekar disinar suria,
Bila sudah kering pasti akan gugur...

Berulang-ulang menyanyi lagu tu sepanjang perjalanan balik. Ada ketika, aku selang-selikan dengan lagu Bad Romance. Tapi sekejap saja lah, sebab nak buat suara macam Lady Gaga, takut driver lori yang pintas motor aku kat LDP tu dengar. Karang mula lah dia nak confuse, takut-takut aku ni penyanyi asal lagu tu.

Bila dah menghampiri Kepong, aku dah berimaginasi yang aku akan kuyup dibasahi hujan rahmat. Dalam hati mula lah berkata. "Tak sempat aku nak sampai rumah ni. Perlu ke aku singgah Shell kat depan Tasik Metropolitan tu?". Dalam masa yang sama, teringin juga nak withdraw duit sikit. Bukan sebab gaji dah masuk... cuma mengenangkan Appeton Weight Gain yang aku beli haritu dah nak habis. Sedar-sedar je, aku dah terlepas pun stesen minyak Shell tu.

Gamble.

Bak kata orang-orang putih. Chop!! Itu tak bermakna aku ni racist. But, of course la, aku ni mengamalkan sikit sifat sisih-sisih warna ni. Bukan warna kulit. Cuma warna-warna di dinding. Mengenangkan hal itu, hati mulalah mengenangkan peristiwa kat ofis siang tadi. Perihal warna kulit dan diskriminasi.

At the same time, lagu Shahir tu tetap aku nyanyi.

Balik rumah dalam keadaan kering. Syukur Alhamdulillah. Terus saja aku decide untuk baca New Malaysian Essay 1 yang aku beli haritu. Layan juga. Sambil-sambil hati mendendangkan lagu Shahir, minda aku juga cuba memahami dan menjamah butir-butir penulisan Amir Muhammad & Brian Yap tu. Anyway, baru baca chapter yang bertama. Beratus-ratus muka surat lagi untuk dijamah.

Memandangkan dah masuk maghrib, mulut pun secara automatiknya menghentikan nyanyian lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Sambil menyedari hujan dan petir semakin berkurangan, aku pun on kan pc dan biarkan selama beberapa minit. Tak sempat MSN Mesengger tu nak pop-up, aku dah klik Maxis Broadband untuk on-line. Niatnya cuma nak check facebook, tapi tangan ni gatal2 membuka blog pulak. Habis je azan, aku baca lah doa dulu, sebelum sambung nyanyi lagu Shahir. Tiba-tiba rasa nak dengar lagu Miz Nina & Colby O'Donis. Bukan apa, aku suka dengar mat saleh tu pronounce 'Kuala Lumpur'. Macam berbelit je lidah dia. Susah bebenorke nak sebut Kuala Lumpur, kata hati aku...

Lepas layan video klip Mizz Nina, hati pun berkata, "Hang ni bila nak pi mandi? Solat pun dak lagi..."

Aku pun pergi la mandi dan solat maghrib, tu pun setelah menyedari akan muzik tema Buletin Utama kedengaran dari ruang tamu. Maknanya, dah pukul 8 la tu. Berdosa betul aku sebab melewatkan solat.

Sekarang ni, aku duk gigih nak update blog sampai sanggup tahan lapar dulu. Hati pun mula lah berkata...


"Hang nak tunjuk hebat konon...."

"Hang bajet ade pembaca nak komen..?"




Nak marah pun tak boleh. Sebab yang berkata tu pun hati aku.


"Eh! Hati... Hang rasa la kan... Mizz Nina baca tak blog aku lepas ni?"

"Hang toksah nak berangan lah!"

NUke



Bila kita meningkat dewasa, macam2 benda akan mula berubah. Kalau dulu time kecik2, dapat duit raya. But bila dah besar ni, some more dah bekerja, giliran kita pulak yg memberi. Well, itu cuma satu contoh saja. Sebab siang tadi, ade 1 client tanya aku "Berapa banyak dapat duit raya tahun ni?".

To be honest. RM 3 saja.

Anyway, kesunyian aku dari dunia blog kebelakangan ni bukanlah satu perkara yang baru. Sebelum ni pun pernah menyepikan diri, dek kerana masalah dalam internet connection dan juga pc yang diserang virus & mobo rosak. Sapa2 yang tak tahu, mobo = mother board.

But yet, aku akan cuba mengupdatekan blog ni. Tambah2 pulak, siri KAC2 dah dimulakan semula. So, mau tak mau aku kena update para pembaca dengan karya tu. Frankly speaking, kebelakangan ni aku agak rushing ke sana sini untuk menguruskan beberapa perkara. Dan ini jugak nak memberitahu kalian yang bila kita dah semakin dewasa, kita akan ada banyak komitmen. Bukan stakat family & kekasih hati je...

.
.
.
.
.






Ok lah! Fine! Aku takde idea lagi nak gebang ape. Aku demam!!!


NUke

"Alamak... hujan la pulak."


"Macam mana nak pergi pasar malam ni?"






Teringin nak makan murtabak.


NUke

...maka ditubuhkan juga Sekolah Untuk Pelajar-Pelajar Mengandung.

Kau bagilah nama apa pun kat sekolah tu. Sekolah Harapan? Sekolah Murni? Sekolah Menengah (B) Taman Googlechrome..

(B) stands for Bunting.

Kau tak rasa ke yang itu cuma akan menggalakkan lagi remaja-remaja ini untuk mengandung? Ya! Aku tau niat kau baik. Kau tak mahu pelajar-pelajar yang termengandung ni tercicir dalam pelajaran. Tak nak bagi diorang rasa malu. Tak nak bagi diorang tersisih daripada masyarakat.

Tapi kau terfikir tak kesannya nanti?

Situasi 1:
Pelajar mengandung A: Eh! Kau mengandung berapa bulan?
Pelajar mengandung B: 7 bulan. Ala, aku rasa aku ni bunting time Valentine's Day hari tu lah!
A: Oh! Samalah dengan aku.
B: Hahaha! Hensem ke balak kau tu?
A: Mestilah! Sebab tu aku sanggup nak mengendong anak dia ni. Kalau tak hensem, dah lama aku abort je baby ni! Balak kau hensem ke?
B: Ala... mat rempit je. Aku mula-mula memang ingat nak gugur je baby ni. Tapi dah dia kata dia nak bertanggungjawab...
A: Then? Apa jadi?
B: Dia carik lain la! Dah lari entah ke mana...

Situasi 2:
Anak: Eh Mak! Mak dulu SPM tahun berapa ya?
Ibu: Tahun 2010 nak. Kenapa?
Anak: Oh... Mak dulu sekolah kat mana?
Ibu: Oh... mak dulu sekolah kat Sekolah Remaja-Remaja Mengandung! (berkata dengan bangga!)


Kelakar la Malaysia ni!


NUke


Siri 4


Mata Asyraf ligat mencari kelibat dan bayang Xyryll di Kafe C yang semakin penuh dengan kehadiran pelajar-pelajar lain yang turut sama mahu menikmati makan tengah hari. Sehinggalah dia tersedar dan terperasan akan lambaian yang diberikan oleh Xyryll, di satu sudut kiri kafeteria, tak jauh dari tempatnya berdiri.

Nak makan apa?”, soal Xyryll yang memperbetulkan dirinya setelah Asyraf melabuhkan punggungnya ke atas kerusi plastik dan meletakkan beg galasnya di atas meja. Xyryll yang berbaju Tee ringkas dipadankan dengan jeans biru lusuh menguntumkan satu senyuman kepada Asyraf.

Aku order nasi ayam boleh?

Double!

Sambil kakinya melangkah laju meninggalkan Asyraf bersendirian di meja, Xyryll sempat menoleh dan mengenyitkan mata. Menyebabkan kedua-duanya tersenyum, dengan maksud yang diketahui mereka berdua cuma.

Dan perlakuan mesra mereka ini dilihat oleh Meor dan Nuh yang duduk berhampiran, berselang tiga meja daripada kedudukan Asyraf.

--

6.12 petang.

Kasut hitam Adidas pemberian abangnya sempena hari lahir tahun lalu, dikeluarkan dari simpanan loker. Sambil itu, Asyraf terbongkok-bongkok mencari sepasang stoking bersih yang telah pun dicuci beberapa hari lalu. Sambil berlalu menuju ke pintu, Asyraf mempelawa Fadhiri untuk sama-sama bersenam dan berjogging bersamanya. Ditambah pula dengan perasaan malas yang menyelubungi diri petang itu.

Fadhiri bersetuju untuk sama-sama mengikutinya. Berbeza dengan tahap keimanan mereka berdua, Fadhiri semestinya lengkap dengan seluar trek yang panjang dan menutup lutut, manakala Asyraf selesa dengan three-quarter putihnya, yang dipadankan dengan baju hitam bercorak ringkas.

Perbualan ringan di antara kedua sahabat itu berterusan sambil mereka melakukan regangan awal di perkarangan kluster asrama. Sebelum memulakan larian perlahan, mengelilingi kawasan kolej.

Asyraf… Kalau aku tanya sikit, kau jangan marah ya?”, sapa Fadhiri.

Mengangguk, sambil memperlahankan sedikit lariannya, memaksa Fadhiri untuk turut sama mengurangkan kelajuan.

Apa dia?

Kau dengan Xyryll tu okay ke?

Berdengus; melepaskan sejumlah nafas.

Maksud kau?

Maksud aku… Kau dengan Xyryl…
Aku tengok macam ada something saja.

Asyraf membalasnya dengan senyuman. Lariannya diperlahankan, sehingga masing-masing mulai berjalan. Lelehan peluh di dahinya dikesat mudah menggunakan tangan.

Kau couple dengan dia eh?
Korang ni gay ke?

Berhenti.

Mengarutlah!

Dan mula berlari, perlahan-lahan dan sedikit laju, meninggalkan Fadhiri yang sedikit penat di belakangnya. Asyraf kemudian menoleh dan member isyarat kepada Fadhiri untuk sama-sama berlari bersamanya.

Dalam masa yang sama, Xyryll ke bilik Hazieq, rakan sekelasnya untuk membincangkan tugasan berkumpulan bagi subjek Bahasa Inggeris. Dalam pada mereka melakukan perbincangan itu, rakan sebilik Hazieq pulang dari kompleks sukan, setelah selesai bermain tenis.

Mak aih! Ramai betul orang!

Guys, kenalkan. Ini roommate aku…”, ujar Hazieq, memperkenalkan rakan sebiliknya itu kepada sahabat-sahabatnya yang lain.

Ryll, meet my roomie!

Bersalaman.

Xyryll…

Meor.

--Bersambung…

p/s: Disebabkan kesibukan raya, maka penulis terlupa nak meng-auto-publish kan siri KAC2 ni. Maaf zahir dan batin.

# Komen dan beri pandangan anda berkenaan kisah KAC2 ini. Komen yang 'jujur' dan menarik akan disiarkan pada pengakhiran siri KAC2 dan pengirim akan diberikan peluang untuk menyiarkan satu 'entry' di laman NUke Rude Blog.

NUke

Tak siapa mempertikaikan akan:


  • Jambang dan kumis yang semakin serabai pada wajah ketika musim Piala Dunia.
  • Bangun yang lewat sehingga matahari kian meninggi.
  • Berseluar pendek / Ber-boxer sahaja ketika tidur.
  • Badan yang tidak di lap kering sesudah selesai mandi.
  • Timbunan baju kotor yang menyebabkan bilik sedikit berbau.
  • Cawan kotor yang dibiarkan di tepi komputer.
  • Bilik yang berhabuk.
  • Baju kemeja yang dibasahi peluh.
  • Kereta yang diparkir kemas!



Jika semua ini dilakukan oleh Lelaki.


Itulah yang menjadikan lelaki itu aneh.

Dan unik.



Hidup seorang lelaki itu Semudah Lelaki.



NUke

Introduxing d Blog . Kebencian Suatu Kasih . Sacrificed . What.The.F . Working In The Lab . The Enemy . The STARS . The Human Snake . MINYAK Naik . Petrol Madness . The Romantic Overachiever . MTV ASIA AWARDS 2008 : MALAYSIA . Back.For.More . no title . MTV.Proposal.Avril . Avril Lavigne Live In Malaysia 2008 . Motorku Pancit Lagi . 20 Reasons . Itik Terbang . Bruce Lee . Aku Seorang Cina? . Aidilfitri di KL . nukegroup . Invitation . Siapa J . Open House Post Mortem . Lost of Connection . Charlie Bit Me . Asian Nuclear Safety Network Caravan . Nuklear di MALAYSIA . Final Exam . Sahabat . Peer Madness . Friendshit! . Kepala Pusing . Revolusi Politik MALAYSIA . Health Info : Hypertension . A Message For A Girl... . A Message From A Friend . Tragedi Kapal Selam Nuklear . Masuk Paper La Pulak! . Kemalasan Berganda . Post Mortem : STPD2013 . Hari Yang Biasa . MUsic Talk : Recommended . Along . Preview & Pre-Premier . Post Mortem : STSN3212 . Post Mortem : STSN2512 . 50 . Utusan Malaysia . Holiday In Lab . MyCHOICE ' 08 . AJL23 : Etnik Kreatif . AJL23 : Balada . AJL23 : Pop Rock . Happy 56th Birthday . Stuffs and Music . Bungkusan Tahunan . 315 . 100 Terbanyak . Yuran Tahun Baru! . Memories . Versi Full Semester .  Pembangkang Si Pemerintah . Yuran Kekal Pada Kadar Lama . Rindu Membenci . Masa Depan Kah Itu? . Papan Tanda . Vote.Observe.Regrets . Tag . Juara Lagu Terbaik . Simpatiku Pada Kehilanganmu . Gunung Angsi Ditawan . Tribute to CIKGU! . 2 Safar . Kata Orang . Broken Star.Broken GLASS . Aku: Sekarang & Akan Datang . Birthday: Ezan . Birthday: Angah . Tahi! . Minat Antik Sejak Kecil . Pesta IT UKM . nukegroup Anniversary . Pantang Larang 1 : Kencing . Critical: News & Politics 1 . Padan Muka Aku . Roomate-ku! . Pantang Larang 2 : Signal . BunkFace & 5000 . Kau Tanya Aku Jawab . Nak Pergi Mana? . Idamanku . Kesyukuranku . Hitam Kegelapan . Permainan Emosi Lelaki . Kestabilan Emosi . Saman Si Baju Biru . Rindu Seorang Anak . Putus Asa . Pijak Dia! . Manipulated . Impian Seorang Abang . Ayah.Ular . Bac-k . Pujukan Teman . Otak Pervert . Limited nukegroup TShirt Design . 111 : Permainan Berdarah . J K L M N . It's A Wrap . Bising.Bingit.Pekik . Untuk Kamu . Pemergian Yang Ditangisi . Sekarang! . Pain Rain . Fenomena Taylor Swift . Pantang Larang 3 : Ceplup! . Dah Tiba! Agent Nuke! . Anugerah Industri Muzik 16 . Main Hujan! . fcuk.Earth Hour . ReRevealed : nukegroup TShirt Design . Terima Kasih Semua! . Sesuatu Yang Dilupakan . Aku Hanya Penunggang! . Makan & Tekanan . Yes! But Stil... . Revolusi Rambut . Tatkala Aku... . T Ialah Huruf . Hitam . Pantas & Garang 4 . Spender Selesa . Mana Cinta? . Pantang Larang 4 : Kepala Kau! . Eeeyek! . I'd Like To Talk About... BRA . Kaki Berbau! . Toll Queue Selfish . Mimpi Itu? . Kenangan Yang Sama Dicari . If Only . Oops! . An Expensive Dinner? . Defense Your Thesis! . Pantang Larang 5 : Maaf ! . Viva : Extended Version . Exam vs Movie . In Waiting . Pink Matter? . Down! . Kuasa Pemulihan . Aku vs Elektronik . Spestikkah Aku? . Pantang Larang 6 : Ketuk & Salam . Makan Makan Sihat . 100 Pekerja . Anugerah Industri Muzik 16 : Winners! . Lost Connection . Hutang . Satu Sejarah . 1655 . Where Atomic Expert Is Born . May 10 . Suka Syok Sendiri . I Admit. I'm A Loser . Tandas Bercermin . Selamat Hari Cikgu . Kenapa Saya Harus Menghormatinya? Bab 1 . It's hard To Be Easy . Bila Monyet Bercinta . Kasihan . Driver Dos. Driver Donts . Pantang Larang 7 : Sahut Menyahut . Penat . Menjengah Kelemahan Seorang Hamba . Transformasi . Blackout.Rearrange . Masalah Seorang Blogger . Kejutan Pagi! . Nicknames . Bunyi Di Sebalik Tingkap . Gurau Bertempat. Tak Bertempat! . Distracted . Charity! . Cinta Membuatkan Aku Ingin Membunuh Diri . Some Say . Respect . Yoy8h! . Bertukar!!! . Melaka Bandaraya Bersejarah . Pantang Larang 8 : Tengok-Tengok . Pantang Larang 9 : Masa . Semakin Hari Semakin Tua . D.I.A.M . 200! Dan Masih Menulis . Seri Iskandar . Nazak! . Destinasi Abadi . Yoyooh! Blogger Awards . Aku Seorang Penulis . Anugerah Planet Muzik 2009 : Winners . Pantang Larang 10 : Bahu . (Kurungan) . Ku Ampunkan Cintamu : Perempuan . Ku Ampunkan Cintamu : Xyryll . Walimatul Urus-ed . Left Unspoken . Limited Edition T-Shirt Ordering . Pantang Larang 11 : Maghrib . Kerja Ke-1 . Ku Ampunkan Cintamu : 'Alya . Kotak Jerit! . Ku Ampunkan Cintamu : Khuatir . Prof. . Mixed Up! . Ikatan Lelaki . Kembali Hitam . Terkesan Dari Ungkapan Seorang Ibu . Langgar Lari. Patah Kaki . Aku Budak Bandar . Salam Ramadhan . Konvokesyen . Ku Ampunkan Cintamu : Terancang . Ramadhanku Diuji . Pantang Larang 12 : Label Orang . Freebies & Contest . MeMERDEKAkan NUke Rude . Aku Lelaki September . The 8 : Ramadhan Icons . Lelaki & Mandi Kerbau . Nuzul Apa? . Quotasi Blogging . September 09, 09 . The 8 : Top Bad Words . Hari Terakhir . 21.Disahkan Dewasa? . Duit Raya! . Usia.Ijaza.Lailatul-Qadr . Kolig (Colleague) Breaking Fast . Syawal 1430H . 5th KL-Raya . Raya Food Life-Cycle . Raya : Festival Baju Bajan? . Ku Ampunkan Cintamu : Asyraf . Jatuh & Berguguran . Penamat . Ku Ampunkan Cintamu : Perangkap . Penyesialan . The 8 : Power Vocal (Female) . Teka Lirik! . The 8 : Power Vocal (Male) . Ku Ampunkan Cintamu : Basah . Ikhlas Ibu.Prihatin Aku . Pantang Larang 13 : Terima Kasih . Underweight . Peraduan! Mahukah? . Laboratory . Vote For Boxer . Ku Ampunkan Cintamu : Malam . Force;Daya.Terpaksa . Connection Haram . Meeting Tanpa Bersyukur . Bekalan Pagi . Kain Pelikat Hijau . Ku Ampunkan Cintamu : Maaf . Tall Girl . Ruam . Mr. Sarcastic . 7:14 PM . Muxic : Out of Ashes . Ku Ampunkan Cintamu : Dingin . Beauty of Traffic Jam . Masak? Jom . Maafkan Aku, Ayah! . Kau Pernah? . Ha Ha Ha . Sunday Sibuk . Ku Ampunkan Cintamu : Later! . Finalis Anugerah Juara Lagu 24 . Muxic : Let Down . Pantang Larang 14 : Tiang . Demam. Dying . Uniform. Informality . Salam Aidiladha . Incomplete...Drawing . Buih Harapan Lelaki . Report Card . Ku Ampunkan Cintamu : Cumbu . Twilight Saga : New Moon . Muxic : Neeruza Ozawa . fx-570 MS . Perkauman . Mu-ka . Food Album . 300.Random Stuffs . I Can't Deny Your Effort . Ku Ampunkan Cintamu : Nafsu . Lock The Door, Please . Malaysia 1 - 0 Vietnam . 2009 Local Music Wrap . Ku Ampunkan Cintamu : Bongkar . Vlog#1 : Dinner . Muxic : Fireflies . Google.Goggle.Googel . Hairdo . Promo 100 Lagu . Bungkusan Tahunan 2009 [1] . Bungkusan Tahunan 2009 [2] . Aku Gila Muzik! . Lipat.Kemas.Landing . Contesto de Lour . 2009 & All-Time Favourites . 2009 100 Most Played Songs . Promo New Series . Azam 2010 . Empty Minded . Pe'us : Couple . Old Time . Port Lepak . AJL24 Ads . Pantang Larang 15 : Angkat Tangan . Wallet! . Anugerah Juara Lagu 24 : Winners! . Hormat Dalam Marah . Kembali Belajar? . DJ Earworms - United States of Pop 2009 . Light Reading . ... . I Am 22 Years Old . Basah Mati Tak Bangun . Kiriman Dari Amerika . Bawah Meja . Poker Face by Daughtry . Guitar . Turning Points; Malaysian Musics . Babi Kat Surau ? . Terlewat Bangun . Pe'us : Friendster . Reunion . Mana Mana? . Pantang Larang 16 : Direction . Gaji Naik! . Mana $? .Vlog#2 : Sore Throat . P.E.A.C.H . Gembira Terbunuh . Sukan Malam Malam . Beromen . Cuti Raya Cina . Pe'us : Kunci . No Valentine . Aku Merana Tidur Dengan Jeans Levi's . Sahabat Yang (Telah) Pun Pergi . Aku Rindu Untuk Melukis (Semula) . Muxic : Alice . Bayar Balik! . A Day Called AHAD . Virus . Pe'us : Shaver . Suara Tak Padan Dengan Diri . Sengih Tak Gembira . Kenapa Aku Pakai Spek & Kenapa Aku Tak Pakai Lagi . Hujan Ceria . Typo! . Pe'us : Lima . A Man Named Ayah... . She Said I Am 28 y/o . Aku Berfikir... . Oi! . Kadang-Kadang Saja Aku Pembersih . Jimat Apa Kalau Makan Megi . Lelaki & Bau . Pe'us : Khadijah . Vlog#3 : Blogger & Internet . Cerita Sekolah Menengah . Bila Terasa Sunyi . The 8 : Avril Lavigne's Songs . Apahal? . DugaanNya Di Pagi Isnin . Yet, Today Was Another... . Mimpi Lagi! . Anugerah Industri Muzik ke-17 . Menjadi NUke Rude . Menjawab Exam . Gaji Gaji . NUkeComics : Satria vs Monster . Iklan . Vlog#4 : Silence . Carta Organisasi . Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 : Winners! . Makan Malam Bersama Ibu . Pantang Larang 17 : Jerawat . Pe'us : Exam . 400 . DeaR Boss... . Aku Pemarah . Perigi Cari Timba . Adab Makan Kuih Menurut Anak-Anak Mahmod . Ter... . Gerimis Senja . Kemalangan & Latihan Industri . Muxic : Telephone . Robot . Incorrect Password . Lelaki vs Singlet . Opah & Kopi . Pe'us : Sparks . Hibernate . Pandangan Kebencian Motorcyclist . 2003 : Tingkatan 4 . Sawang . Twitter! Follow Me!! . Vlog#5 : Tokio Hotel . Anugerah Industri Muzik ke-17 : Winners . Kerja Kosong? . Hari Ibu. Hari Apa? Hari Ibu Kau Lah! . Serius . Pe'us : Kembali . Code Red : Virus Attack . Turning 2 . Alienated . Rindu? .Thank You-Lah Cikgu! I Love You! . Muxic : Insha Allah . Encik Landak! . Nostalgia Ayah . Workplace Depressions . Oh! Selamat Malam Kawan! . Ebeyuyu . Menang Proton Saga! . Brotherhood . Pe'us : Pe'us . ! . Lelaki vs Self-Pleasure . Panjang RIANG . Hilang & Kembali . Pantang Larang 18 : CigaMosque . F.R.A.N.C.E . Friends, Meet My Opah . Lelaki vs Armpit . Too Late . Luck Ni Bukan Boleh Beli Kat Tesco . Cinta Old-Timer . Korea . Takut . Aku & Games Kat Facebook . Pesal? . Separuh Tahun . Carutan . Ahhh... . Mengidami Kanvas . Album Pemuas Nafsu . Muxic : "Must Listen" July 2010 . Sabtu Yang Sibuk . Didatangi Perempuan Bertudung, Berkasut Sukan . Maher Zain - Thank You Allah . Mencuba & Merasa . Satu Ketika Dulu . On-line Shopping . 387340009u98949u048y jr . Creating a TM . Pokemon; Gotta Catch 'Em All . Perlu Ke Amik Tau? . EED : Kuala Lumpur . 12 Hari MTV . MTV World Stage Live In Malaysia 2010 . Muxic : The Chosen One . Hai Sultan! How Are U? . Vlog#6 : The Making of Vlog . Pos Kicap Tamin . Sequel . Vlog#7 : Welcoming Ramadhan . Berbuka! . Meeting Ramadhan . Black Plate . Ku Ampunkan Cintamu 2 : Jambu . Historic Kingdom - Melaka (Ma.Lac.Ca) . Historic Kingdom - Melaka (Ma.Lac.Ca) 2 . Red Eyes . Ini Serius! . Ku Ampunkan Cintamu 2 : Gila . Semuanya Sebab... . Rupa-Rupanya... . Ku Ampunkan Cintamu 2 : Bingung . The 8 : Aidilfitri Questions . Entry Yang Boring Memerlukan Tajuk Yang Ghairah . Deduit Raya : Vlog#8 : Salam Lebaran . Syawal 1431H . 2010 MTV Video Music Awards : Winners! . Dua Puluh Dua . Selamat Hari Malaysia, Malaysians . 

&

500




Entry ke-500 di NUke Rude Blog.

Kisah hidup NUke Rude sebagai:-
Seorang anak, seorang abang, seorang adik;
Seorang rakyat Malaysia;
Seorang sahabat & musuh;
Seorang kekasih;
Seorang mahasiswa universiti;
Seorang graduan;
Seorang penulis;
Seorang pekerja di syarikat swasta;
&
Seorang BLOGGER.


Juga menampilkan kemunculan watak fiksyen:-
: Asyraf : Xyryll : 'Alya : Jason : Arief : Fadhiri : Wahidah : Amiroul :
Fairus : Izham : Aisyah : Khadijah
dan seterusnya.



NUke




"This land is only for their own people!"

"Kalau yang jenis bunuh & bakar ni, confirm lah orang tu punya kerja!"

"Dah lah ekonomi pun diorang conquer, sekarang ni, politik pun nak berlebih pula!"




While in fact, the outsiders are laughing at us. Even our neighbours are trying to start a 'war' with us; wanting our beloved tiny country to be their 34th 'Jajahan'.

Kenapa kita tidak menghargai usaha mereka yang mahukan kewujudan negara Malaysia?

Ya, walaupun dalam kad pengenalan kita tertulis keturunan, bangsa & agama. Tetapi, yang paling nyata, kita semuanya rakyat Malaysia.


Selamat Hari Malaysia


NUke

PETALING JAYA; 14 September 2010 - Tepat jam 1.54 pagi tadi, genaplah 22 tahun umur seorang blogger tempatan yang dikenali sebagai NUke Rude. Blogger yang terkenal dengan sikap malasnya itu kini merasakan bahawa dirinya semakin tua dimamah usia, selain menyedari bahawa hakikatnya dia kini satu tahun menghampiri kematian. Ketika ditemui di luar pejabatnya sebentar tadi, NUke Rude memberikan komen bahawa sambutan hari lahirnya pada tahun ini tidak lah seperti tahun-tahun lalu. Ini disebabkan oleh kekangan masa dirinya dan sahabat-sahabat lain untuk sama-sama turun melepak di kedai mamak untuk menikmati hidangan Neslo.

Tambah NUke Rude, "Terima kasih kepada mereka yang wish dan teringat akan hari lahir saya hari ini. Namun, saya masih belum pasti (bagaimana) akan pengakhiran cerita bersiri Ku Ampunkan Cintamu 2 itu.", ketika disoal akan perkembangan hasil penulisan ceriblog (cerita-blog) bersirinya, Ku Ampunkan Cintamu 2, sambungan daripada siri yang pertama tahun lalu.

Sambil menerima tepukan gemuruh (laa sangat..) ketika meraikan ulangtahun kelahirannya di pejabat, NUke Rude dengan rendah dirinya mengakui bahawa usia bukan penghalang untuk kita berjaya dan maju ke hadapan. NUke Rude juga berharap agar generasi muda yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging akan terus berusaha dan bukan sekada hangat-hangat tahi ayam.

Bersempena dengan ulangtahun kelahirannya yang ke-22, dan sehingga jam 7.53 petang, NUke Rude telah menerima 14 kiriman SMS menerusi nombor Maxis, 33 komentar & like di laman facebook, dan dianggarkan 57 ucapan selamat secara verbal sepanjang hari ini. Juga beberapa ucapan yang diterima menerusi emel. Dan bilangan itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa. NUke Rude juga menerima hadiah sekotak coklat, 2 pasang jersey, dan beberapa helai boxer sebagai hadiah hari jadinya selain senaskah novel yang dibeli petang tadi untuk 'memanjakan diri sendiri'. (Ternyata loser, sebab beli hadiah untuk diri sendiri!)

Bagi pihak akhbar, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang mengingati NUke Rude dan semoga kita sama-sama dikurniakan usia yang berkat oleh-Nya. Amin.

NUke

Bagi siapa2 yang tak sempat tengok 2010 MTV Video Music Awards sebentar tadi, maka di sini aku senaraikan pemenang2nya.



BEST NEW ARTIST : Justin Bieber (ft Ludacris) - Baby

BEST COLLABORATION : Lady Gaga (ft Beyonce) - Telephone

BEST DANCE MUSIC VIDEO : Lady Gaga - Bad Romance

BEST FEMALE VIDEO : Lady Gaga - Bad Romance

BEST HIP-HOP : Eminem - Not Afraid

BEST MALE VIDEO : Eminem - Not Afraid

BEST POP VIDEO : Lady Gaga - Bad Romance

BEST ROCK VIDEO : 30 Seconds To Mars - Kings & Queens

BEST ART DIRECTION : Florence + the Machine - Dog Days Are Over

BEST CHOREOGRAPHY : Lady Gaga - Bad Romance

BEST CINEMATOGRAPHY : Jay-Z & Alicia Keys - Empire States of Mind

BEST DIRECTION : Lady Gaga - Bad Romance

BEST EDITING : Lady Gaga - Bad Romance

BEST SPECIAL EFFECTS : Muse - Uprising

BREAKTHROUGH VIDEO : The Black Keys - Tighten Up

VIDEO OF THE YEAR : Lady Gaga - Bad Romance




Biggest Winner : Lady Gaga.


NUke



Salam Aidilfitri kepada para pembaca.

Ya, setelah 4 tahun berturut2 beraya di KL (5 tahun secara kumulatif!), akhirnya, family decided utk beraya di kampung ayah. Sungkai, Perak. Ya, tak jauh pun. kalau drive secara normal, mungkin mengambil masa dalam satu jam setengah atau dua jam. Kalau secara abnormal, mungkin boleh sampai dlm masa 45 minit atau berhari-hari. Tapi kalau berjlan kaki... aku tak pasti.

Tak ikut highway pun. Cuma ikut jalan lama. Menyusuri Ulu Yam, Ulu Yam Baru, Batang Kali, Rasa, Kerling, Tanjung Malim, Behrang, Slim River, Trolak... sebelum ternampak stesen minyak Petronas beberapa ratus meter sebelum simpang tiga menuju ke Sungkai.

Malam raya tu, aku balik ke kampung bersama Angah. Dan anaknya.

Alhamdulillah, semalam, kitorang semua dah selamat sampai dan kembali ke KL. Penat, letih, dan macam2 jugalah rasanya. Dan yang nyata, Raya kali ni, aku memang tak banyak muncul dalam kamera digital. Sebab? Aku je yang asyik menangkap2 gambar semua orang. Tak adil pulak rasanya! Hahaha. Tapi, mengambil gambar itu satu kepuasan. Walaupun masih belum memiliki DSLR. Haih! Memandangkan esok hari lahir aku, mungkinkah akan ada seseorang yang akan menghadiahkan aku DSLR satu?

Raya tahun ni mungkin sederhana bagi aku. Tapi, dalam kesederhanaan itulah aku mula mengerti dan cuba untuk menikmati kesedapan beraya bersama keluarga. Yang mana sebelum ni agak sukar untuk aku temui kenikmatan itu.

Salam Aidilfitri sekali lagi kepada semua rakan blogger dan pembaca.

Dan selamat bekerja dan belajar semula!

Oh ya, raya korang camne lak?

NUke





Andai ada tersalah kata,
Sepanjang perkenalan ini,
Walau sekalis pandang cuma,
Tanpa mengerti makna di hati.

Andai salah ku; terbuat dosa,
Sepanjang singkat perkenalan itu,
Niatku cuma bergurau senda,
Dan tidak lebih daripada itu.

Andai wujud dendam di jiwa,
Sepanjang bertahun perkenalan kita,
Hanya ampun dan maaf ku pinta,
Nun di Aidilfitri; hari yang mulia.



Wishing all of you:
'Selamat Hari Raya Aidilfitri'

NUke


Punyalah aku gembira, ingatkan hari ni dah tak banyak kereta kat atas jalan raya time pagi2 nak pergi kerja, rupa-rupanya kereta-kereta tu semuanya singgah petrol station nak isi minyak. Hadeii, tak pasal-pasal aku kena spend 15 minit untuk tuggu turn aku isi minyak motor. RM 5 je pun. Tapi, dia punya queue macam stok minyak dah nak abis esok.

Dan ya. Memang dah kurang skit kenderaan dalam bandar ni, sebab semuanya menghala ke luar bandar. Time raya ni la boleh tengok KL ni lengang sikit.

Then, sebelum sampai ofis, aku park n singgah kat Shell Palm Spring dlu untuk withdraw duit gaji. Sebab aku tau kat situ memang ada ATM Maybank, and alang2 dah on the way ke ofis kan... singgah la sekejap. Tak banyak pun aku keluarkan, cukuplah sekadar bagitahu yang amaunt tu 'suku' daripada total gaji aku bulan lepas. Haih!

Kul 1 petang, aku pun keluar menghala ke UOB Bank seberang jalan dari ofis tu. Tujuannya hanya satu, untuk memastikan semuanya berjalan lancar, aku selitkan kesemua wang yang aku withdraw tadi ke dalam sampul surat putih bersaiz kecil. Sambil jalan-jalan tu, sesekali aku menoleh ke kiri dan ke kanan...

...untuk melintas jalan.

Masuk je pintu UOB Bank tu, aku dah nampak ade 3 orang staff dia tersenyum girang. Aku rasa diorang gembira sebab kehadiran aku (yang satu-satunya lelaki yang masuk time tu) sekurang-kurangnya dapatlah memeriahkan suasana mereka semua. Semuanya pakat nak tackle aku. Aku pun berjalan menuju ke kaunter. Bila saja langkahku menghampiri kaunter 1, aku mengangkat sedikit tangan kanan yang memegang sampul putih berisi wang ringgit. Ternampak saja gadis itu akan sampul itu, dia pun berkata:

"Maaf Encik! Duit baru dah habis!"

"Especially duit seringgit", sampuk kawan dia yang duduk kat kaunter sebelah!

"Aduh!!! Tau pulak dia yang aku nak tukar duit!!!" teriak aku dalam hati sambil menepuk dahi!

Tak pasal-pasal aku kena menapak jauh ke penghujung blok... menuju ke EON Bank!

Jauh tu!

Dan oh, before aku melangkah keluar, diorang siap pesan lagi kat aku, "Lain kali, Encik datang la tukar awal-awal..."

"Aku baru dapat gaji kot...", nak je aku balas balik. Nasib baik diorang tu comel!

NUke

Mula-mula ingat nak update Vlog. Tapi mengenangkan masih ada masa untuk membuat preparation dan editing, maka ditangguhkan dulu hasrat hati kecil ni. Then, sambil2 aku mendengar dan melayan koleksi lagu dalam pc ni, aku tergerak untuk membelek2 hasil contengan dan nukilan lama kat laman blog ni. Apa yang aku leh conclude?

Ada sesetengah perkara atau karya, yang aku rasa mcam baru je publish, turned out to be my 135th entry, which is way......... back! Then, mula lah membelek2 dan terkekek2 gelak membaca feedbacks kalian untuk certain2 entry blog. Antaranya komen yang korang dropped untuk slot Pantang Larang.

Lawak pun ada.

Terfikir. Apa yang courage aku untuk menulis dan menghasilkan karya. (Or whatever terms that you want to use). For me, the answer is simple; Kehidupan, pengalaman dan pemerhatian. Yeah... melainkan kalau korang  menulis cerpen @ novel dalam blog (macam beberapa rakan blogger aku), setiap entry tu sepatutnya dan seharusnya terkesan pada pembaca. Tak kesahlah walau ia sekadar lawak bodoh cuma. Atau barangkali hanya perkongsian ilmu dan makluman kepada pembaca yang duit gaji sudah masuk!

For me, aku cuba me-relate-kan entry2 aku dengan para pembaca. Bukanlah aku ni blogger yang ternama macam RedMummy, Ray, to name a few. Malah, aku still consider diri sendiri as blogger amatur; yang entry nya kadang2 tidak pernah serius. Kot?

Yes. You may fake your life. But faking your entries tu pada aku... tidak patut. Tak perlu korang mengubah identiti penulisan korang semata-mata untuk menjadi terkenal. Dan tak perlu mengikut-ikut gaya penulisan orang lain; ended up dilabel sebagai... penciplak?

Boleh untuk dijadikan panduan, tapi tak perlu jadi sepenuhnya sama engan orang lain. Kelak, blog yang terhasil adalah blog 'copycat' yang tiada keaslian dan identiti sendiri. Biarlah kita terkenal disebabkan keunikan penulisan dan cara penyampaian karya, dan bukan terkenal sebagai "peniru" dan "penciplak" karya.

Aku yakin tak ramai yang akan membaca sehingga perenggan ini kan? Sebab kita terlalu ego untuk menafikan realiti dan susah untuk menerima pandangan seorang insan yang.. "siapa dia ni?".




Dah lah entry takde gambar pulak tu. Bosan gila.

Gila loser!

Hahaha!

NUke



Menjelang Hari Raya Aidilfitri, macam-macam perkara tiba-tiba bermain dalam benak fikiran kan? Mula lah teringat akan kuih raya yang tak dibuat lagi; baju raya yang tak ditempah lagi; to name a few. Slot The 8 kali ni menyenaraikan lapan persoalan atau perkara yang sering dan kerap ditanya (barangkali boleh menjadi persoalan yang selalu ditanya) menjelang Aidilfitri.

--

#8 : SMS Raya / Kad Raya
Dulu-dulu, kita sure akan membeli dan menghantar kad raya kpd teman2, sbg tanda ingatan dan sbg pengganti diri, mengucapkan selamat. And of course, akan ade lah persoalan2 utk penerima such as "Balik kampung mana tahun ni?", "baju raya dah siap ke belum?". Tak lupa juga pantun entah berapa kerat untuk memohon ampun dan salah sepanjang perkenalan. But as masa dan zaman berudah, keadaan juga berubah. Kad raya pun makin jarang dikirim, cuma digantikan dengan kiriman SMS. Murah pun murah!

#7 : Ketupat, Lemang & Rendang
Mulalah rasa panik, bila mengenangkan yang Ketupat instant yang tak dibeli lagi. Then, bila dah terfikir pasal ketupat, meleret-leret jugalah kepada perihal lemang dan rendang. Niat di hati, semuanya nak masak sendiri, penyudahnya tak sempat and kelam-kabut mencari stalls yang menjual semua ni. Mulalah bertanya pada tok nenek, wan ngah, mak su timah semua... "Kat kampung ni ade ke orang jual lemang, tok nek?". Ha, last2 minit baru nak beli.

#6 : Cuti Raya
"Timah, kau amik leave berapa hari?" atau "Aku cuti seminggu! Ko lak?". Perbualan2 camni akan mula didengari dikalangan colleagues and co-workers. Tambah-tambah lak yang memang plan nak beraya sakan. Ada yang sampai amik cuti 2 3 minggu. Alasan..? Kampung jauh tu... penat lagi driving, etc. Nak nak lak raya minggu depan, semua sibuk bertanya sesama sendiri pasal cuti raya.

#5 : Lagu Raya
Sebuk mencari2 CD lagu raya utk didengar dalam kereta. Baru lah feel katanya. Kat radio pun mulalah play lagu2 raya. Dari lagu zaman2 P. Ramlee dlu, sampai la lagu2 baru yang bebudak AF nyanyi. Ade jugak la yg kononnya diberi 'nafas baru'. Penyudahnya merosakkan lagu je. Time2 dekat nak raya ni la company recording and music buat duit. keluarkan CD kompilasi lagu2 raya la. Antara yang femes, lagu 'Sesuci Lebaran'. Wajib ada.

#4 : Duit Raya
Bagi budak2, semua lah berangan nak dapat duit raya daripada pakcik2 & makcik2, uncle2, aunty2, cikgu2 sekolah, etc. And yang dah tua2 pulak dan yang dah bekerja, jenuh memikirkan bajet tahun ni utk duit raya yg nak kena bagi kat anak2 buah. Silap2 boleh botak. Tu belum consider queue kat bank untuk tukar duit singgit singgit baru lagi. And sampul duit raya pulak... camne?

#3 : Kuih Raya
Kuih tat nenas, semperit, corn flakes, batang buruk, sarang semut... dan banyak lah lagi. Berangan2 lah juga nak buat 'almond london' sendri, penyudahnya beli kat Jusco saja. Senang kan? Tunjuk je mana-mana kuih yang suka, beli lah 3 4 jenis, asalkan ada. Then, balik rumah carik balang2 kuih yang dah disimpan entah ke mana, cuci, lap, and masukkan kuih. Bila member dtg rumah cakap camni "Eh! Korang rasalah kuih Almond London yang aku buat ni!".

#2 : Baju Raya
"Baju raya kau warna ape this year?" dan "Kau dah shopping baju raya lom?"
Soalan2 wajib menjelang Aidilfitri. Kan?

#1 : Balik Kampung
Bagi yang duduk merantau kat negeri orang, time ni lah peluang yang sesekali je dtg untuk bertemu mak abah dan sedara-mara di kampung. Awal2 puasa lagi dah plan nak balik beraya kat mana. Puasa pun belum tentu penuh. In some cases, siap bertengkar lagi suami isteri sebab takleh decide nak balik kampung siapa. Dan yang nyata kalau sapa2 yang kena kerja time raya, mereka2 ni pasti diajukan soalan:

"Eh! Kau tak balik kampung ke?"

Rasa cam nak lempang je kan?

--

Overall ini cuma pendapat segelintir individu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sekeliling. Tidak wajar digunakan salam kajian tesis sebagai rujukan ilmiah. Haha. So, korang.. amacam? Cuti raya dah apply lom? Kuih raya baper jenis? Korang bagi duit raya tak tahun ni? Hmm... baju raya pulak camne? dan yang penting, raya tahun ni balik kampung tak??

sometimes, annoying jugak.

Tapi inilah yang menjadikan kita bersemangat dan teruja untuk menantikan hari lebaran.

Kepada yang dah mula bercuti, selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri!

NUke


Siri 3


Dalam kelas tutorial Matematik Puan Roslinda itu, jemarinya ligat menyalin soalan-soalan tutorial yang ditulis pensyarahnya itu pada papan putih. Kesemua soalan itu dirasakan mudah untuk dijawab, justeru membuatkan dirinya sedikit leka dan mulai hilang dalam angan yang tidak pasti mana hujung pangkalnya.

Ada ketika dia memikirkan menu makan tengahari yang diingin, memandangkan Xyryll yang akan membelanjanya.

Kalau aku order nasi ayam double pun okay juga ni…

Tanpa disedari, monolog dirinya itu didengari oleh Puan Roslinda, yang kebetulan lalu bersebelahan dengannya.

Hai??

Punyalah saya ingat awak ni fokus memikirkan jawapan untuk soalan tutorial saya tu, rupa-rupanya memikir pasal apa benda yang nak di-order untuk tengahari nanti??

Bertuah punya anak!”, telatah bersahaja Puan Roslinda yang digeruni dek kerana ketegasannya itu sedikit sebanyak melucukan beberapa pelajar perempuan yang duduk berhampiran Asyraf. Terkejut dengan teriak pensyarahnya itu, Asyraf kemudiannya menunduk malu dengan muka kemerahan. Apatah lagi selepas itu dia dihukum untuk menyelesaikan tujuh daripada lima belas soalan di hadapan kelas tutorial. Itu pun disebabkan masa yang diperuntukkan telah tamat.

--

Lawaklah kau ni Asyraf…”, tegur Pugneswary sambil memperbetulkan selendang yang dikenakan bersama sari hijaunya itu. Buku-buku nota yang diletakkan di kerusi sebelah diambil satu-persatu, sebelum dimasukkan ke dalam beg galas.

Ye lah tu lawak. Korang memang suka tengok aku kena denda kan?

Alah. Okay lah tu. At least you have helped us answer almost all the questions given by Kak Ros kita tu…”, Noradilah mencelah.

Jom lunch! Kita makan nasi ayam…”, kata seorang lagi rakannya, Meor.

Double!”, sampuk Nuh dari belakang.

Gurauan yang dimulakan Pugneswary sambil berjalan di kaki lima Bangunan Tutorial 2 itu turut disertai dengan gelak tawa rakan sekelasnya yang sememangnya ‘havoc’ dan ‘sporting’. Masing-masing menuju ke Dewan Kuliah 1 untuk menghadiri kuliah Kimia.

--

2.15petang. Kuliah dua jam itu sememangnya terjangka untuk tamat dengan lebihan masa. Semuanya gara-gara pop quiz mengejut; menyebabkan hampir semua pelajar kalut dan mula menggelabah dan mencari jalan untuk meniru. Dan yang pasti, tactic melengah-lengahkan diri untuk menghantar kertas jawapan itu sememangnya memberikan lebih banyak peluang untuk mereka untuk meniru jawapan pelajar-pelajar lain.

So, kau nak join kita orang makan tak ni?”, tanya Noradilah kepada Asyraf, Meor dan rakan-rakan sekelas yang lain.

Siapa lagi yang join?

Aku, Meor, Pugnes, Che Wan… dengan Nuh.

Korang pergi lah dulu. Aku tak dapat join kot. Aku lunch dengan Xyryll.

Okay then. Jumpa kat kelas petang nanti!

Melambai perlahan sambil tersenyum. Beg hitamnya itu digalas di sebelah bahu kanannya, menuju ke arah Kafe C yang sama dituju oleh sekumpulan sahabatnya itu. Asyraf berjalan sedikit perlahan berbanding mereka. Sesekali dia terperasan Meor menoleh ke arahnya sebelum kembali berborak bersama Nuh.

Nuh juga berpaling. Senyum. Memandang Meor. Senyum. Berpaling semula memandang Asyraf. Toleh ke hadapan.

Apsal pulak dengan dia orang tu?” bisik Asyraf.

Bingung.

--Bersambung…

NUke

Seperti yang korang sedia maklum, kehilangan aku tempoh hari lepas disebabkan ketidakupayaan aku untuk membayar bil broadband. Bukan sebab aku kena buang kerja, tapi cuma status kewangan aku yang tak mengizinkan. Maklumlah, sejak-sejak dah ada tanggungan ni, macam-macam benda nak kena consider. But, itu tak bermakna aku tak boleh nak berblogging, menggunakan kemudahan yang lain kan? Heheh!

(sekarang ni, aku dah tak nak jadi baik sangat kat office. Sekali-sekala kena tunjuk kejahatan jugak!)

Siapa suruh korang abaikan salary aku kan?

Okay. Back to main idea untuk entry kali ni. Macam zaman sekolah rendah dulu. Sure akan ada satu tugasan karangan oleh Cikgu BM untuk Murid Tahun 3. Arahannya berbunyi cenggini lah lebih kurang:-

"Anda dikehendaki menulis satu karangan bebas. Akhirkan karangan anda dengan ayat 'Rupa-rupanya...'"

Cek Gaji Aku

Aku merenung dalam tajam pada setiap butiran huruf setelah aku membuka menyemak akaun bank menerusi laman maya Maybank2u.com. Hairan dan pelik apabila aku mengenangkan baki di dalam akaun itu masih sama seperti kali terakhir aku mengeluarkan RM30.00 terakhirku tempoh hari. Bagaimana bakinya masih lagi RM16.68 sedangkan ketika itu sudah pun masuk waktu berbuka puasa hari Rabu, 1 September 2010. Persoalan ini mengganggu emosi dan fikiranku selaku pekerja yang baik, apatah lagi mengenangkan sejumlah bil yang masih belum dijelaskan. Jatuh reputasiku sebagai pengguna dikalangan pemiutang-pemiutang durjana.

Aku tekad untuk menya menanyakan akan hal ini kepada akauntan syarikat. Ya lah! Mana mungkin aku seorang sahaja yang belum menerima gaji bulan Ogos, sedangkan rakan-rakan lain semuanya sudah dapat! Ada yang siap membeli kuih raya lagi!



Best ke baca? Malas lah aku nak sambung! Lagipun time rehat kat ofis dah habis! Ok fine, utk tak mengecewakan korang, ending karangan aku camni:-


Rupa-rupanya, cek aku tu tak clear lagi sebab salah tulis amount!!!! Officer bank tu da bagitau our accounts since MONDAY ok!!! And aku baru tahu pasal hal ni bila???? PAGI tadi!



NUke

Semuanya sebab access internet / broadband yang di-hold-kan sementara waktu.

Semuanya sebab aku takdapat nak bayar bil broadband lagi.

Semuanya sebab duit dalam bank tak cukup lagi untuk bayar semua bil-bil.

Semuanya sebab gaji yang tak masuk-masuk lagi, walaupun hari ni dah bulan September.

Semuanya sebab cheque yang tak clear lagi sedari hari Khamis lepas.

Semuanya sebab accountant company yang tak sempat nak queue kat counter untuk bank-in kan cheque.

Semuanya sebab mesin cheque deposit tu yang tiba-tiba dysfunction.






GAJI~ Mana kau ni?



NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.