Dah agak lama aku tak review lagu. Mungkin disebabkan kekurangan material idea dalam kepala untuk mengulas dan merekomenkan lagu2 yang baru di-release-kan kpd para pembaca sekalian. Jadi, sebagai pengganti, kali ni aku hidangkan Highlights untuk bulan ini.

#5 : Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir
Lagu ciptaan Edry KRU ni sememangnya kukuh dari segi susunan lagu dan lirik. bertepatan dengan suara Shahir yang mirip Jay Jay, menambahkan keunggulan dalam penyampaian. Ternyata "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" ini merupakan satu produk baru yg berkualiti dan kedudukannya dalam carta2 lagu tempatan diramalkan 'kukuh' untuk beberapa bulan yang akan datang.

MyRate : 3.8 / 5.0

#4 : Decorate - Yuna
Lagu ini.... berdurasi kurang daripada 2 minit saja. Kalau tak silap la. Dan kalau korang carik video clipnya di youtube, memang simple saja. Yuna. Memang well-known dgn kemahiran dan bakatnya mencipta lagu dengan lirik yang puitis dan melodi yang bersahaja. Sama juga dengan lagu "Decorate" ini. Tak ada apa yang mahu dikomen lebih2 untuk lagu ini.

MyRate : 3.3 / 5.0

#3 : Obsesi - Hujan
Watch out! Lagu ini dibisik2 akan direleasekan sebagai single seterusnya. Obsesi mengisahkan kehidupan zaman remaja yang obses akan gig. Dalam masa yg sama, peringatan kpd semua yang tidak semestinya org berusia yang 'pergi' dulu. Jadi, havoc tu havoc la juga. Tapi biarlah berpada2. A loud music. Sesuai utk mereka yang mahu menjerit bersama2 dan merelease tension selepas kerja / belajar.

MyRate : 3.3 / 5.0

#2 : If It's Love : Train
Single terbaru Train selepas "Hey, Soul Sister". Layan dan masyuk juga bila didengar. Music arrangement agak menarik. Intro boleh menyegat telinga. Verse 1 juga macam pantun. Haha. Chorus; memang sedap~ Pasangkan lagu ini di dalam kereta, buka tingkap, keluarkan sebelah tangan sambil jemari menepuk2 pintu kereta... dan layankan saja lagu ini.

MyRate : 3.4 / 5.0

#1 : For the Rest of My Life - Maher Zain
Wajib dengar! Satu produk nasyid antarabangsa yang berkualiti. Dah top dekat Brunei, menunggu masa menembusi pasaran dan muzik mainstream Malaysia saja. Yang mana aku rasa agak sukar la. "For the Rest of My Life" dipetik daripada album sulungnya, 'Thank You Allah', dialun dengan lontaran vokal yang gemersik dan tersendiri. Menjadikan Maher Zain satu identiti tersendiri; Maher Zain. Dia adalah dia. Another good combination of vocal, lyrics, and melody. Yet, expect more great products from Maher Zain after this.

MyRate : 4.3 / 5.0


NUke

3 Comments:

  1. Mel said...
    nape ada 1 lagu inggeris saje? :P

    u language-ist!

    (lama x guna 'inggeris' lol)
    Faizal Sulaiman said...
    2 dah ada.nak cari lagi 3.

    for the rest of my life memang syokk gila kan.sore Maher RnB memang..tatau nak ckp camne lagi.
    Very soothing!!
    Unknown said...
    ouwhh...
    kenapa tak der lagu fly me to the moon...

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.