Sedang2 membelek2 kamera, aku merajinkan diri untuk mengemas rak CD. Sambil2 melayan lagu yang sedia di-"rip" ke dalam pc, maka aku merajinkan juga diri ini untuk menyusun semula timbunan2 album yang dikumpul sedari sekolah menengah lagi.

Ya! Satu koleksi yang tak mungkin akan ku jual kepada sapa2. haha! Bongkak sekejap.

One of my favourite album.

Aku mmg minat muzik. Sebab dlu2 zaman melukis, aku slalu sumbatkan tlinga dgn earphone walkman. beli pun kaset je. Zaman skolah, CD player pun mahal gila. CD pun memang mahal. So, beli kaset saja dan pinjam walkman roomate dan layan lagu. Yang penting, bateri AA tu bli sendri lah. Kalau dah habis, jemur kat tgh panas skejap, ketuk2 skit, pastu boleh guna lagi.

The award winning albums.

Ya. Sejak itu, koleksi muzik aku semakin bertambah. Dalam koleksi itu, cuma ada 2 CD je yang cetak rompak. Yang lain semua original. Gila bukan? Kalau dikira2 tadi, aku dah habis around 900 to 1000 RINGGIT for those CDs and cassettes. But, kalau dah minat, nak buat macamana kan?


Memang, ada yang kata membazir saja beli CD Original. Kan lebih senang download. Ada benarnya. Tapi aku ni membeli atas dasar mahu menjadikan koleksi. Dan juga kehendak mendapatkan kualiti muzik yang tinggi. Maklumlah, kalau nk jadi artis tu, mmg jauh drpd nyata, so, sekadar meminati muzik dan menjadikan album2 yg menarik tu sbg koleksi pun dah ckup bagus bagi aku. Gamba2 tu smua cuma sbhgn besar koleksi lbum yang ada dalam simpanan aku saja. :)


So far, aku paling suka album Disagree - To Prevent The Earth From Moving With You. Mungkin sbb lagu2 tu memang kena tepat ngan jiwa aku kot. Kot! Kot je...

Nak pinjam??



Jangan harap la weh!! Aku kedekut skit bab2 CD Ori nih! Hahaha.

NUke

9 Comments:

  1. iyllienaz said...
    haha..bukan setakat cd ori je ko kedekut kan? semua ko kedekut kan?hahaha
    charco said...
    hahaha...banyak cd2 tu.. nnt aku amik satu la, buat souvenir :P
    Faizal Sulaiman said...
    gilos banyaknya!!!!cayalah ko bro.sapa nak sokong industri music kalau bukan kita.aicehh
    zixol said...
    aku satu cd pon xpenah bli..

    aku yg exiced bile tgk koleksi cd ko...wewww~~
    NUke_Rude said...
    iyllie:
    haha.. CD je aku kedekut.. haha.
    oh. dgn gaji! haha..

    charco:
    boleh. ko punya pasal.. xpe. hahaha.

    faizalsulaiman:
    tu la.. patutnya industri muzik kita ni kna appreciate aku. jemput la jadi juri AIM ke.. AJL ke..
    farhana said...
    Gigih gila jemur balik bateri hehe...
    wah..mmng banyak btol CD..layak tubuhkan mini library untuk CD =)
    Unknown said...
    nk pinjam album disgree
    NUke_Rude said...
    azizol:
    hm.. ye la. maybe ko ska download kot..? hahaa.

    farhana:
    zaman2 skolah dlu kan miskin.. so, kna la kreatif n berjimat cermat. hahaha.

    tengku:
    album disgree xde. disagree ade la. :D
    kudosDIYANA said...
    sepanjang hidup aku kan mir, ada 1 kaset original dan 1 cd original yang pernah aku beli.
    1. kaset new boyz *oke pe lagu dia kan* hehe
    2. cd maher zain *ini sungguh worth it lah*

    serious, lagu2 dia mmg wajib layan lah :)
    rank aku ;
    1. for the rest of my life
    2. insyaallah
    3. awaken

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.