Satu, EED stands is a short form for 'An Event Executive's Diary'.

Insyallah, awal bulan Ogos nanti, genaplah setahun aku berada dalam industri Event ni. Sedar tak sedar, and dalam diam-diam, hampir setahun berlalu. Banyak jugak perkara baru yang aku belajar; mostly customer-related  processes la. Sebab dalam bidang service ni, kita punya PR skills kena la mantap, and also, kena la updated dgn current issues, so bila customer sembang2 time event, takde lah macam org bodo je tak tau apape.

--



"KLCC satu. One-way ya..."
"2 Ringgit, patploh sen."

Naik ke platform Terminal PUTRA, after aku pergi adjust rambut kat toilet. Tengok jam kat handphone. 6.15am.

Menguap. Sumbat telinga dengan earphone, pasang lagu. Tunggu tren. Sambil2 tu, tag 'Organizer' aku selitkan kat dalam poket kemeja G2000 warna perang. Satu tag yang mana sangat penting ketika menguruskan event. Bila kau ada tag 'Organizer' atau 'Secretariat', itu bermakna kau memiliki 'full-access' pada sesuatu event. So, losing your 'organizer' tag in the middle of the journey and crowd, memang sesuatu yang sangat bahaya dan menakutkan.

6.55am. KLCC.
Plan nak singgah Rotiboy, tapi roti macam tak masak lagi. Jalan kaki ke KLConvex. Sangkut tag pada leher. Berjalan laju melepasi orang ramai dan security guard. Masuk dalam bilik sekretariat, breakfast dan dengar briefing daripada Manager. Lepas tu, semua ke workstation macam yang dah ditetapkan.

10.00 malam.
Satu butang kemeja dibuka. Membenarkan udara malam di Taman KLCC untuk menyejukkan dan mengeringkan peluh. Selesai satu hari. Ada 2 hari lagi menanti, dengan rutin yang sama. Apa yang ada di fikiran cumalah mandi dan tidur. Sebelum menanti hari esok.

--
Menguruskan event di Kuala Lumpur memang mencabar.
Seriously.


NUke

3 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    hohoho

    mcm best weh event2 ni

    tp penat ar.:)

    good luck bro!!!
    razy san™® said...
    hmm..nuke ko nak kje PR kat Media Prima tak?kalo nak bg aku resume ko...nanti aku hntr kt officer yg handle..ok..
    razy san™® said...
    hmm..nuke ko nak kje PR kat Media Prima tak?kalo nak bg aku resume ko...nanti aku hntr kt officer yg handle..ok..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.