Salam.


Dah lama sangat aku tak update slot pantang larang, bukan kekeringan idea, cuma masalah malas menjdi2. Itu saja. Anyway, slot PL kali ni nk membicarakan tentang satu habit orang Malaysia ni yg suka menyandar pada tiang. Tiang apa? Kalau setakat tiang pagar rumah ke, tiang lampu ke, tiang khemah ke.. takdelah aku heran sangat. Tapi kalau ada habit menyandar kat tiang dalam LRT and komuter tu, apehal lak?

Perkara ni berlaku bila aku amik LRT dari gombak menuju ke KLCC untuk kerja! Untuk pergi ke KERJA ya, bukan bersuka ria. Pagi, crowded. Ramai orang masuk berhimpit2 dalam tren. Ada yg sempat duduk setelah berebut2 dan bertolak2an sesama sendiri. Ada juga yang sempat memaut tali pemegang yang tersangkut pada palang besi atas kepala tu. Dan aku lak camne?


Dah nasib diri sendiri dan beberapa lelaki kacak yang lain, kami terpaksa lah bergantung harapan dengan memaut tiang bhgn tengah tren. Tu pun sipi2 je. Nak tau sebab apa? Ada pulak seorang akak ni selamba rock dia je menyandar kat tiang tengah tu, sambil buat muka mnyampah. Eii!! Rasa cam nak tampor je!

Bukan apa la, dah tau tren ramai org, consider la skit. Bgi la org lain hold tiang tu. Kang terpegang tubuh badan itu karang.. haa tau nak melenting... (aku suka je!)

Mungkin dia ada masalah tulang belakang ataupun kecewa tak dapat duduk bersandar... jadi, beliau pun bersandar lah pada tiang itu sambil dikelilingi lelaki2 tampan. Oh! Mungkinkah itu tujuan sebenarnya?

Oh No!

p/s: Happy Birthday to J! May your wishes come true. Eh betul ke aku nyer ayat tu?

NUke

8 Comments:

  1. zixol said...
    btol ape ko cakap tu..paling menyampah ade org sandar kat tian g lrt time2 sesak..rs nk tampo laju2 jek..haish
    Unknown said...
    hahahaha...
    klu aku dh sindir2
    hahaha..


    *tapi memang tk suke bila ader org menyadar kt tiang tanpa rase prihatin
    pari-pari tersenyum said...
    tolak je nuke=)) xpon masukkan lipas dlm baju dia..kamu kan penternak lipas yg berjaya:|
    NUke_Rude said...
    azizol:
    haha.. tampor lelaju best kan?

    tengku:
    huhu.. kagum! aku tak leh dowh nk sindir mnyindir ni..

    srai:
    hehe.. time tu lupa bwk stok lipas ar.. huhu
    Ren said...
    Kat mana ada tiang kat situ la irg suka bersandar yer dak??? dalam masjid pon ramai gak yg suka bersandar kat tiang...
    charco said...
    hahaha...pegang2 tiang..tgk2 berminyak..haih tgn sape la tu..psl org menyandar plak,cuit je bahu die tu..kalo die "stare", kita "stare" die blk...hahaha..
    HanaKimi said...
    (^_^)v
    iyllienaz said...
    haha..ko pegang je badan dye..jadikan badan dye tiang..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.