Actually, aku takdelah plan nak publish any entry hari ni. Mungkin sebab malas nak edit gambar utk topic yg ada dalam kepala ni. Lagipun, kalau nak update series, rasanya masih awal lagi. Just now, aku tlg my mom dengan her blog. You can visit here.

Apape pun, walaupun mngambil masa nearly sejam menolong ibu, aku rasakan yg ianya perlu dan menjadi tanggungjawab sebagai seorang anak. Bukanlah mahu berlagak baik, cuma, lebih kepada malu terhdap diri sendiri. Lagipun, menlong ibu bapakan satu amalan mulia, kan?

Aku menulis malam ni dengan penuh emosi dan tanda tanya. Kau pernah terfikir tak kalau satu hari nanti, kau akan mati dan ketika itu, tiada seorang pun akan datang menziarahi kau? Atau, kau mati kemalangan, kena langgar treler, tapi takde sorg pun nak tolong alihkan cebisan mayat kau yg berterabur kat tgh jalan?

Tak pernah kan? Aku pun tak pernah terfikir gak. Tu cuma imaginasi liar aku saja. Sengaja mahu men-saspenkan para pembaca.

Kali ini serius.

Kau pernah dengar tak, kalau2 ada tafsiran mimpi ke apa ke... Sebab 2 3 hari ni, aku ada mimpi someone yang dah meninggal dunia. Kali pertama aku mimpi, arwah tu tgh baring disebelah ku. Kali kedua pula, aku mimpi yg arwah ada di laman rumah tgh menyapu laman.

Dan tadi, ketika aku sedang menunggang motor utk balik ke rumah, aku tiba2 teringat akan semua pesanan mereka yg mengenali aku.

Kau pernah terfikir tak bagaimana kau akan mati?

Aku pernah. Dan lately aku merasakan yang ianya mungkin akan jadi kenyataan kot? Oh ya, dan aku pernah mention akan hal ini kdp one of my sisters.... very long time ago. I guess, nearly 5 years ago.

Dan aku mulai rasa takut sebab aku rasa aku belum bersedia.

"Ya Allah, kalau dengan nyawa kurniaanMu ini akan menambahkan amal jariah kepadaku...."
"...Dan kalau ianya cuma hanya akan menambahkan dosa bagiku..."

"Aku redha."

"Kau lindungilah insan yang aku cintai dari segala malapetaka. Dan ampunilah dosa2 mereka terhadapku."

NUke

8 Comments:

  1. Hans said...
    hui .. ko ni pehal ..
    bikin suspen jek ..
    ish3 ..
    sudeh2 le 2 ..
    Nizam Zahri said...
    mimpi ko.. menakutkan
    topek xda bilik nih.. aku sorang wei.. ptutnya aku baca en3 ko ni esok pagi.. duh..

    Nway ajal maut ditangan Tuhan kan.. kalau esok kita mati pon, memang kita belum bersedia tapi insyaAllah Tuhan maha pengampun dan Maha Mengetahui segalanya..
    Ren said...
    Mengingati mati itu perlu agar dapat menginsafkan diri...

    Renung-renungkan dan selamat beramal!
    Faizal Sulaiman said...
    Yg hidup pasti mati.semua manusia pernah mengalami apa yg ko rasa bro.Tuhan htr signal utk kita saling ingat mengingati supaya hidup lebih berhati2 dan ingat Dia selalu:-)
    farish izaryl @izreez said...
    mati dlm keimanan insyALLAH
    a.t.O.k. said...
    aku pon dah slalu sgt terpikir cmne aku mati nnti.tapi setiap kali terpikir aku trase nak bertobat.tapi setiap kali jugak la aku gagal dan berbuat jahat.hesh.mungkin setan dalam ati aku lebih kuat.
    iyllienaz said...
    xsalah pon kita mengingati mati..boleh menginsafkan kita n supaya kita sentiasa menjadi lebih baik dpd sebelom ni..apa2 pon sentiasa yakin dan berdoa padaNya..
    HanaKimi said...
    Tatootnyeer..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.