Salam.
Semalam (or kelmarin) ada seorg pembaca bertanyakan tentang usia aku dan bagaimana aku sudah berjaya mendapatkan degree aku. Seperti yg aku janjikan, entry kali ni aku akan terangkan serba sedikit ttg kekeliruan yg maybe berlaku itu.
Umum dah tahu yg aku baru je masuk 21 tahun, which means mendedahkan tahun kelahiran aku lah kan? 1988. So, kalau mngikut kenormalan teenagers lain, aku sepatutnya berada dalam tahun tiga di universiti. Or perhaps, in some situation, aku masih menuntut as a 2nd year student di universiti. Keliru? ye lah, umur 7 sampai 12, masuk sekolah rendah. 13 sampai 17 pulak, kat sekolah menengah, 18-19 di matrikulasi... dan 19-21 tahun adalah waktu tumbesaran di universiti. Tapi aku tak melalui sirkular (circular) yg sama. Aku sempat ada kat sekolah rendah utk 5 tahun saja, waktu umur aku 7 hingga 11 tahun. Sebab apa?
Rezki aku dpt lompat kelas. So, takde lah aku masuk Darjah 4. Aku tak sempat la nak blajar subjek Alam & Manusia. Tau2 je dah kena belajar Kajian Tempatan. Then, ada amali makmal subjek Sains pula. Dah la kena hafal nama2 planet Sistem Suria. Layan kan saja lah.
Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Aku berjaya menggenggam degree aku pada usia 20 thn 11 bulan 4 hari. (roughly lah).
Malam ni dah masuk 27 Ramadhan. Sekejap je rasanya. Ada ilmuwan agama berpesan dalam tazkirah terawih kat surau; "10 malam terakhir Ramadhan ni adlh peluang kita untuk dijauhkan dari api neraka. Dan jgn dilupa malam Lailatul-Qadr. kalau tak berkelapangan utk beribadat pada malam2 ganjil, ambil lah peluang pada malam ke-27. Sebab ramai ulama' berpendapat, malam ke-27 lah (selalunya) dikatakan sbg malam lailatul-Qadr..."
Wallahu'alam.
p/s: Kepada mereka yg dah mula pulang ke kampung esok hari, aku doakan agar kalian selamat dalam perjalanan pergi dan pulang. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
NUke
dalam topik : raya
9 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
ak dh agak. haahaa...
hait? tp degree kaw bpe tahun? skjap jek ek.
xpela, yg penting ko dh grads. huhu
[ pura2 tak tahu ]
lepas ni lompat apa plak?
thanks coz dah expalain aku punya kekusutan..now i know...thanks..
aku tau mst "something must be going on somewhere nih"--bak kata makcik mary citer sindarella tuh.hohoho
hebat...!!
kagum tul aku!
mcam main bola,
lu skor 1 wa kosong,
pastu wa skor 1 lu tak skor dah,
kita seri,
lu skor 2 wa 1,
wa skor balik 1,
kita seri,
lu skor la berapa pun,
wa pun skor la bejuta pun,
tapi bila di luar padang,
anggap la ianya hanya permainan,
jadikannya 0-0 balik,
walaupun hakikatnya,
lu mungkin 5,
wa mungkin 0,
lu mungkin 0,
wa pulak 5..6..7..8...,
tapi bila dah keluar padang,
0-0 balik..
apa salahnya....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI
MAAF ZAHIR BATIN
0-0 ok..!!
***********************************
Demit! Aku tak(de lah) pandai sgt. Genius tu jauh sekali. Cuma mensyukuri bakat yang diberi olehNya. Bila2 masa saja boleh ditarik kembali.
Semua org pandai & genius. :)
kimisai:
Selamat Aidilfitri bro. 0-0 juga.