Sebenarnya, dah lama aku mahu menulis pasal hal ni, tapi cuma kekurangan waktu lapang saja. Tapi, malam ni, aku mengorbankan tarawihku semata2 mahu mengalpakan diri pada hujung minggu.

Ramai yang cakap lelaki ni kalau mandi sekadar membasahkan badan ngan air je. Tak sabun, and tak syampu pun! Mandi kerbau lah, ringkasnya. Ya, dan kebanyakan yang cakap macam tu adalah perempuan. Ada sekali tu, aku cakap lah balik kat dia; Ha...perempuan pun sama la juga, mandi tak sabun, tak syampu..mandi kerbau! Alih2 dia melenting pula! Apahal pulak kan? Salah ke kalau aku repeat balik statement yang dia bagi kat aku tu semula? Salah ke tindakan aku tu? Tak lama pastu, perempuan tu pun terus blah n meninggalkan aku dan beberapa kwn2 aku yg lain kat situ.

Takdelah. Pada aku, tuduhan tu mungkin valid pada waktu2 tertentu saja. Ye lah, tak semua dan tak semestinya sorg lelaki tu masuk bilik air utk mandi, sure dia mandi kerbau! Aku admit juga lah, in some cases, aku hanya mandi sekadar syarat. Asal basah rambut, ketiak, dan badan. Alasannya, sama ada aku nak cepat, ataupun aku dah mandi proper sebelum tu. Tu je. Takdelah pulak aku mandi kerbau setiap hari; 24/7.

Mandi. Bagi aku, mandi tu satu perilaku membersihkan diri dengan sabun, dan menggosok gigi. Ya. kenapa aku hanya cakap 2 benda tu saja? Sebab, aku takkan syampu rambut aku setiap kali aku mandi. Dan aku takkan cuci muka aku setiap kali aku mandi juga. Honestly, aku cuma syampu rambut 2 hari sekali. Cuci muka pulak waktu mandi petang or sebelum nak tido...

jadi, apa bukti yang si perempuan tu ada untuk menjatuhkan HUKUM bhwa semua lelaki hanya mandi kerbau? Adakah disebabkan keadaan tuala si lelaki yang kusam dan kadang2 tu bertahi-lalat? Or, mungkinkah disebabkan dia tak nampak lelaki tu bawak shower gel, syampu, apabagai.. time nak masuk bilik air utk mandi? Ataupun dia terperasan bhw lelaki tu masuk dan keluar bilik air dlm satu tempoh msa yang sngt singkat?

Tepuk perut masing2 dan silalah jawab.

NUke

7 Comments:

  1. ikanbilis said...
    i mandi slalu tapi tak lama je gak tapi i selalu pakai shower gel ngan glove tangan body shop cuci habis satu badan cepat gak habis... ade la sape2 guna toilet tu mandi cam berkubang terus tak ingat dunia bazir air melebih lebih...

    tak semua lelaki mandi kerbau la tu tuduhan semata mata tu
    sYukCurz said...
    pompuan mandi berjam2.. xtaw ape diorng bwat lama2 dlm tu.
    Faizal Sulaiman said...
    adess lame nyer girl tu punya judgment. Lelaki slalu tersepit owh.
    bila mandi sket2 kata tak hygiene, pastu bila mandi lama@lengkap ngn shampoo, shower gel, pencuci muka bagai kata mengalahkan pompuan plak.

    erm..prasan tak kalu diorg ni ditegur, melenting tak tentu pasal. tak ramai akan terima dgn rasional.hehehe
    Unknown said...
    hahaha
    betul2 ckp org mandi kerbau dia mandi per..??
    Adek Abigail said...
    klu ikut perbandingan, kerbau x mandi. dia berkubang. berkubang pun mau mkn masa sejam dua...
    sbnrny elok tuk ksihatan mandi lumpur ini.. tp lumpur yg punya sulfur lah... hahaha...
    NUke_Rude said...
    :) yeap.
    guys mmg tersepit dgn situation.. mostly lah!
    LuVidA^^ said...
    sume yg komen ni guys ek?
    bia ida plak komen. :)

    actualy..lelaki mmg da sinonim dengan mndi sekejup...mndi dengan kadar yg cepat...tp x la smpai istilah mndi kerbau.huhu...

    pmpuan mndi lame sbb terlebey sopan santun..lagipon rambut kami ni lebih pnjg so amik mase labih nk sympu.. :)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.