Siri 6

Tiada apa yang melegakan apabila Xyryll turut bersetuju dan memberikan kebenaran untuk aku berkawan dengan Alya'. Secara tidak langsung, aku kini bebas untuk bercerita tentang perihal perempuan yang pernah membuatkan jantungku berdegup kencang dengan Xyryll secara terbuka, tanpa perlu ada syak dan rahsia disebaliknya. Xyryll memang sahabat yang baik. Aku sedikit pun tak pernah terlintas akan tindakannya yang beria-ia mahu melihat aku gembira. Memang dialah satu-satunya sahabat yang sejati.

Hubungan aku dan Alya' semakin rapat. Tidak sangka Alya' begitu ramah dan setiap perbualan menerusi telefon bagaikan perbualan di antara dua sahabat karib.

--

Rabu. 9.55 malam.
Tugasan dan latihan tutorial Fizik yang diberikan oleh Puan Azizah kali ini sedikit mencabar minda. Diskusi dan sesi meniru jawapan di antara Asyraf, Xyryll, dan Jason dijangka berlarutan sehingga lewat malam. Suasana hujan menambahkan tekanan dalam bilik konkrit itu. Bagi mengelakkan diri dan sahabat-sahabatnya mengantuk, Jason menawarkan diri untuk turun sebentar ke kafeteria untuk membeli minuman panas untuk dirinya dan dua orang sahabat sekuliahnya itu. Asyraf juga turun; menemani Jason ke kafe untuk membeli minuman. Tinggallah Xyryll yang dari tadi terkulat-kulat menyalin jawapan tutorial yang sukar itu.

"Macam mana kau dengan Alya'?", Jason mengejutkan Asyraf sebaik saja kaki kirinya menuruni anak tangga.

"Hah?". Tergamam. Soalan itu sememangnya tidak dijangka olehnya. Asyraf kemudiannya hanya menjeling sambil mengangkat kening kirinya. Sebelum kemudiannya tersenyum. Jason hanya tertawa kecil.

"Hebat aa sekarang! Dah ada amoi! Bila mau kenalkan dengan aku?", Jason menambah. Sengaja diusik sahabatnya itu. Geli hati Jason bila melihat gelagat Asyraf yang cuba-cuba mengelak untuk menjawab pertanyaan yang berkaitan dengan Alya'. Ketawa.

--

Biarpun semakin banyak jawapan yang disalin dan ditiru oleh Xyryll, dirinya masih tidak menampakkan kelegaan. Dia seolah-olah runsing akan sesuatu. Ternyatanya bukanlah perkara yang berkaitan dengan subjek Fizik, bukan juga memikirkan minuman apa yang mungkin dibeli Jason, malah kedinginan malam juga tidak sekali merunsingkan Xyryll yang bertubuh tegap itu. Pen diletak di atas kertas. Berhenti menulis buat seketika. Bilah kipas yang ligat berputar itu diperhatikan.

"Tak boleh jadi ni... Tak mungkin aku akan biarkan dia mendapatkannya..."

"Asyraf...", secara tidak sedar, nama itulah yang terpacul secara halus dari bibirnya.

-- Bersambung...

p/s: Minta maaf kerana sudah lama tidak update cerita ni. Mungkin ramai yang sudah lupa apa yg dah berlaku pada siri2 sebelum ni, kalau nak baca balik, boleh lah klik sini.

NUke

5 Comments:

  1. Saadah Hamid said...
    seyes cte nie mmg dah difollow dgn bgtu lame... xsabar gak nak tau apo yg brlaku.. truskn menulis ye... {'',]~
    NUke_Rude said...
    terima kasih saadah!
    :)
    Unknown said...
    next episode plzzzzz
    iyllienaz said...
    tau xpe..smpai dah lupe cite ni tunggu punya lama episod yg seterusnya..
    NUke_Rude said...
    tengku:
    sabar eh, nti saya schedulekan siap2 episod yg akan dtg.

    iyllie:
    haha. sori ya datin seri...

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.