Kehabisan idea untuk masak bagi menikmati makan malam? Saya ada caranya!




Klik la image kalau nak besarkan. Apa susah!

Bahan-bahan

(seperti yang diceritakan di dalam gambarajah di atas).

Cecara masak (mengikut firasat aku):


  1. Defrost daging burger itu sebelum memasaknya di atas api yang kecil. Tak perlu terlalu masak. Cukup sekadar half-cooked. Setelah itu dibiarkan sejuk pada suhu dapur untuk seketika.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan bersama 1/2 sudu mayonnaise dan garam (secukup rasa, 3/4 sudu kecil pun okay). Pukul telur kira-kira 5 minit atau sehingga campuran sudah berbuih halus.
  3. Daging burger yang sudah sejuk pada suhu dapur itu kemudiannya dipotong dadu. 
  4. Masakkan campuran telur dan daging burger yang telah dipotong tadi dengan api yang kecil. Since nama resepi ni pun 'scramble' maka korang scramble kan telur dan daging burger itu bersama-sama sehingga betul-betul masak.
  5. Siap dan sedia dihidang.
  6. Best served with sos lada hitam.

Enjoy!


Konsep dan idea asal oleh NUke Rude & Apai.


NUke


4 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    sedap siot!!!! nak cuba!
    bukankosong said...
    suka suka!

    xcept xsuka lada hitam :P
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    mesti cuba! memang sedap! lagi2 kalau tgh lapar! haha.

    bukankosong:
    oh! rugi la kalau tak suka black pepper sauce. mungkin boleh cuba dgn sos thai! ;)

    hidney:
    pergh! biasa-biasa je bro. masak telur je pun. (malu...~)
    farhana said...
    Wahhh!!! kreatif!
    Mesti cuba. =)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.