Amaran: Ini adalah kisah benar.



Teruk aku dipaksa dan dikerah untuk bekerja petang itu, padahal kebanyakan tugasan yang tergendala bukanlah datangnya daripada aku. Malah rakan sekerja yang lain. Tapi atas dasar tanggungjawab, aku membantu juga, sesudah masing-masing terkena hamburan perit daripada aku yang masih tidak berpuas hati.

Sehinggalah jam tepat menunjukkan waktu 11.45 malam, aku tekad untuk terus pulang. Pulangnya aku ke rumah kedua orang tua ku itu hanya menaiki motorsikal yang dibeli setahun yang lalu. Hanya diselaputi baju tee nipis sendat yang menampakkan susuk tubuh yang tidak sasa, dan juga sepasang jaket kalis air bagi mengelakkan tubuh kerdil ini digigit dan dimamah sejuk malam yang mula menebal.

Jalan Lingkaran Tengah 2 dipilih bagi memintas perjalanan dari Damansara menuju ke arah Selayang. Itu tujuanku. Mahu mandi dengan cepat dan terus menghempas badan untuk tidur. Atau pun untuk berpura-pura tidur. Ah! Paling 'cikai' pun, kalau badan masih tak mahu tidur, apa susahnya? Lempiaskan nafsu berahi sendirian, nanti, penat lah juga diri.

Ajaib, sudah sampai! Dan sudah pun mandi. Celik tanpa sedar, aku sudah pun berada dalam persalinan kain pelekat dan singlet putih, terbaring di atas tilam yang semakin menipis, dek kerana serakan kekabu yang semakin tidak sekata. Lampu bilik juga sudah lama tertutup. Yang ada cuma lah kerdipan malam LED merah dari Blackberry Curve yang memberikan notifikasi akan pesanan seseorang dari laman Facebook.

Terlelap beberapa kali. Akhirnya tewas.


Pelik.  Panas.

Peluh. Tetapi tidak puas.

Ke kanan, tiada daya. Ke kiri juga, masih tak termampu. Sedang aku cuba meletakkan tubuh untuk posisi keselesaan, aku terkejut dengan sesuatu yang dirasakan bergerak. Jelas pergerakkannya terasa di tapak kaki ini.

Mengenangkan perihal aku yang tidak mempunyai katil; dan hanya berbaring di atas tilam yang dilapikkan di atas lantai, aku kaget dan gemuruh.

Tersentap adrenalin menerjah segenap kapilari, dan segala macam jenis pengangkutan darah ke dalam tubuh ini. Mata ku dibuka luas!

Ular!!! Ular!! Ular!!!!




Dan bila aku sebetulnya terjaga, semua itu hanyalah suatu mainan syaitan. Syaitan! Ular yang disangkakan berbahaya dan berbisa itu tadi hanyalah sebiji bantal. Bantal! Dan aku tidak berada dalam persalinan yang dinyatakan tadi. Aku tidak balik lewat daripada kerja. Dan aku juga tidak dimarahi oleh Pengarah Projek awal hari tadi.

Astaghfirullah al azim.

Untuk seketika aku terfikir yang aku hampir ditelan sang Ular.

Syaitan.


p/s: Aku pernah dengar seorang ustaz bercerita dalam rancangan TV; kalau kita bermimpi ular, bermakna itu petanda yang tidak baik. Wallahu'alam. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Dan aku mohon padaMu, ya Allah, agar Engkau menjauhkan aku, keluarga ku dan segala kenalan rapat ku yang lain dari sebarang mala petaka.

NUke

3 Comments:

  1. Ren said...
    Hmmm saspen giler! hehehe
    Faizal Sulaiman said...
    yup. orang melayu kita je dah salah kalau mimpi ular bermaksud dipinang, tetapi mcm ustaz ko ckp, ia petanda perkara buruk berlaku. Hasad dengki, pertelingkahan, gangguan sihir atau musuh.

    Tawakkal dan berusaha ye nuke. InsyaAllah takde apa2
    middlename.EMO said...
    epik amat...

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.