Aku tak berapa pasti sama ada korang pernah dengar atau tidak pasal pantang larang ni. Ianya berkait rapat dengan tabiat engira wang dan juga tahap dan situasi kewangan korang. Kiranya ada side effect lah.
Aku ingat lagi, aku terdengar orang-orang tua bercakap kalau nak kira duit tabung tu, "Jangan kira pada waktu malam... kelak mewarisi kemiskinan."
Atau bahasa senangnya, 'kalau kira duit tabung malam-malam, nanti korang jadi miskin!"
Pernah dengar tak?
Tak pasti pula di mana relevensi dan perkaitannya antara dua perkara itu; ye lah, urusan rezeki mezki ni semuakan urusan Tuhan, dan juga dari hasil usaha dan titik peluh sendiri. Kalau orang tu boros, maka cepatlah dia habis duit. Apa kaitannya dengan mengira duit malam-malam kan?
But then, aku rasa ada juga rasionalnya pantang larang ini.
Maklumlah, dulu-dulu kat kampung, mana ada api letrik karan ni semua. Dorang semua guna api pelita saja. Jadi, kita tak tahu siapa yang lalu lalang kat luar rumah kan? (Rumah kampung dulu-dulu mana ada pagar kan? Unless la kalau korang tu anak Dato' Bendahara ke... ada lah pengawal yang jaga pintu!) Jadi, kot-kotlah kalau orang-orang yang lalu kat luar rumah tengah-tengah malam tu terdengar 'ka-ching' 'ka-ching!!' bunyi duit syiling yang korang kira tu, kemudiannya berniat jahat... siapa tahu kan?
Buatnya ada orang terus nak merompak ke apa? Huhu. Tak pasal-pasal je jadi miskin dan papa kedana.
Mungkin itulah rasionalnya pantang larang ni kot.
Cuba try test korang tanya kat mak bapak korang pasal hal ni, kot-kot diorang tahu?
pic credit to Google.
NUke
dalam topik : pantang larang
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
bebudak agi rr
hoho
sama macam kes "anak dara takle nyanyi kat dapur.nanti kahwen ngn orang tua"
anak dara dulu lain. kalau bersuara kuat kat dapur kang, takde sapa nak masuk minang
hahha. now, u dah pernah dengar!!
bukankosong:
yer.. budak2 skang mmg dah tak pandang syiling.. tapi, org mcm aku ni masih memandang akan syiling... penting oo. huhuhu..
faizalsulaiman:
betul kan? haha. ada rasional disebalik setiap pantang larang itu.
:)