Selalu kalau bab-bab merajuk ni, kita serahkan saja kepada perempuan. Perempuan = merajuk. Lelaki = pujuk. Tapi, bagaimana pula kalau lelaki yang merajuk?

Tipu lah kalau korang (lelaki) kat luar sana sikit pun tak pernah merajuk. Even dengan mak bapak sendiri pun korang pernah merajuk kan? Merajuk sebab parents tak beli mainan Hot Wheels yang korang nak. (Aku dulu main konda kondi je dgn abang sendiri). Haha.

Dalam bercinta, memang menjadi lumrah adegan rajuk dan memujuk ni. Kekasih hati merajuk, kita memujuk. Cuba memberikan segala perhatian kepada dirinya secara penuh.

Tapi, kenapa kalau kita (si lelaki) yang merajuk, tak selalu mendapat pujukan daripada si kekasih?

Awkward.

Stigma masyarakat: Lelaki kalau merajuk...nampak buruk.

Betul kah?

Pada aku, ianya benar dalam keadaan berpada-pada. Maybe lelaki tak sesuai kalau nak merajuk lama-lama. Sebab kalau lelaki dah mula merajuk, perasaan marah dan menyampah mula menebal juga.

Payah kan?



NUke

6 Comments:

  1. Sky0ne said...
    kesian kan jadi lelaki? Baru nak merajuk sikit dah kena bash
    Faizal Sulaiman said...
    takyala merajuk lama2.

    burok

    hehehe
    farhana said...
    Sebab lelaki tak boleh terlalu ikut emosi. Kthxbye.
    jejaka anggun said...
    Nak merajuk, merajuk ah! Ada aku kesah?
    Adam Haiqal said...
    kesimpulannya,semua manusia mempunyai perasaan tidak kira gender.Lumrah manusia.
    Cumanya,stigma masyarakat hari ni, lelaki merajuk adalah lemah,lembik,mengada-ngada (*eh terlebih pulak)
    setuju di situ ye encik NUke!
    NUke_Rude said...
    skyone:
    hahaha. pulak.. kan?!

    faizalsulaiman:
    begitulah lelaki. :)

    farhana:
    tapi perempuan boleh?! hahaha.

    jejakaanggun:
    okay... :(

    adam:
    mcm ada pngalaman je. hahaha.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.