Ingat lagi Faris? Budak kecil yang semakin membesar dan mula bercakap. Dan dia juga ada sedikit kepayahan untuk menyebut huruf K dengan betul. Bak kata mak dia la. Aku iya kan saja. Anyway, ini yang berlaku apabila Faris berkunjung ke rumah.

Dia ke hulu dan ke hilir membontoti Wan nya. Wan adalah gelaran kepada seorang Nenek.

Wan. Nak Shadderdor. (Bunyinya seakan Shut-the-door)
Ha? Apa dia?
Nak shadderdor.
Nanti kejap Wan cari kan ya.

Dia mengikuti saja Wan nya ke sana, ke mari. Masuk ke dalam stor. Tiada berjumpa. Keluar. Menghala ke almari kayu yang terletak di tepi dinding berhampiran ruang dapur. Masih tiada bertemu dengan shadderdor.

Wan, Faris nak shadderdor.
Tak jumpa lah. Pergi tanya ibu.

Ibu... Faris nak shadderdor.
Apa?
Nak shadderdor...

Terlihat akan raket ditangan kanan dan kirinya. Faris ingin bermain badminton.

Dan dia sedang mencari shuttle cock.


Nanti ibu carikan shuttle cock ya...?
Nak shadderdor...





Gambar ihsan Google.

NUke

4 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    hahaha
    comel gila pkataan dia tuh!!

    cuba ko plak yang sebut:))
    Ren said...
    Adoi somel la bila bayangkan gaya budak tu bercakap! heheheh
    Unknown said...
    ahaha..sweet..can't wait nephew i berkata-kata :)
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    haha. kalau aku yg sebut.. mungkin lain bunyinya. haha.

    janggel
    hahaha. secomel pakciknya lah! :D

    tengku:
    ya.. sila tunggu, dan nanti bersedialah utk melayan kerenahnya. :D

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.