Kisah bersiri Aidilfitri: Butang Baju & TV LCD



BATANG PADANG, 28 Ramadhan 1432H – Sekeluarga daripada keturunan Wan Ngah Bedah didapati selamat tiba di kampung milik warisnya itu dengan menaiki sebuah Perodua Myvi, dan sebuah Perodua Kelisa. Menurut salah seorang daripada mereka, Noorjehan (bukan nama sebenar), mereka tiba dengan perasaan penuh girang walaupun sebelum itu perjalanan mereka terpaksa ditangguhkan kira-kira 30 minit dek kerana mencari butang baju melayu di gedung pakaian Hari-Hari. Walaupun tidak berpuasa dengan mengisytiharkan dirinya sebagai musafir, cubaan Noorjehan untuk mendapatkan ‘Corn-in-a-Cup’ gagal, setelah permintaannya ditolak mentah-mentah oleh ahli keluarga yang lain. Dia, bagaimanapun berjaya untuk tidak berpuasa selama 7 hari pada Ramadhan kali ini.

Turut bersetuju dengan kenyataan itu adalah pemilik Myvi Biru, Noorsyakimah (bukan nama sebenar), katanya “…haritu dia tak bagi tahu (kepada) aku! Ini sudah last-last minit baru terhegeh-hegeh nak cari butang baju melayu!”. Ternyata kenyataan amarah itu ditujukan kepada salah seorang saudara lelaki yang menyertai misi balik kampung itu – Nuke Rude.

Encik Nuke Rude apabila mahu diminta komen tentang perkara ini enggan mengulas lanjut. Mungkin dek kerana malu dan terkedu.

TV LCD Pengubat Duka?

Dalam kes yang lain, Puan Rabiah (bukan nama sebenar) berkata, “Harapnya Aidilfitri kali ini akan lebih bermakna dengan adanya TV LCD Toshiba” yang dibeli oleh salah seorang anak lelakinya itu. Dia menambah, “bukan apa, TV di kampung ni tak clear sangat.

Rabiah, 59 teruja untuk menonton rancangan-rancangan raya di televisyen, namun, semua itu mungkin terpaksa dilupakan disebabkan hanya stesen tv Al-Hijrah saja yang clear di kampung itu. Encik Mahmod (bukan nama sebenar) menambah “Di kampung ni susah sikit. Nak kena guna aerial tinggi (bumbung) baru clear. Kalau guna aerial dalam rumah ni, memang kabur.” Rabiah kelihatan pasrah dengan situasi yang berlaku.

Difahamkan aerial bumbung di kampung itu sebelum ini musnah dalam kejadian ribut petir.

Bersambung...

NUke



Ehem, kali ini nak post entry yang extraordinary pulak. Nak promote event katanya. Alkisahnya pada tahun 2011 & 2012 ni akan berlangsunglah satu acara / ekspo Malaysia Showcase 2011/2012 yang akan berlangsung di 3 buah negara:-

Malaysia Showcase 2011 - Brunei Darussalam
30 September - 2 Oktober 2011 18 - 20 November 2011
BRIDEX International Conference Centre, Jerudong Times Square Mall Shooping Centre

Malaysia Showcase 2012 - Indonesia
16 - 18 Mac 2012 23 - 25 March 2012
Jakarta Convention Centre, Jakarta

Malaysia Showcase 2012 - Singapura
13 - 15 April 2012
Suntec Singapore International Convention & Exhibition Centre, Singapura

Basically, event ni nak mempromosikan produk, service dan jenama Malaysia. Kiranya sekali dengan kempen "Beli Barangan Malaysia" yang di-initiate-kan oleh government la. So, apa yang menarik pasal event ni?

Nak tau? Boleh tengok facebook page dorang ni: http://www.facebook.com/MalaysiaShowcase
Or else, contact je nombor sekretariat ni: +603-78803511 ext 288.

Okay?

NUke



Dah namanya kerja dengan event company, maka clients itu terdiri daripada bermacam2 industri. Bukanlah sesuatu yang tidak bagus, tapi hanya mensyukuri nikmat yang diberi.

Bulan puasa ni, memang banyaklah undangan berbuka puasa a.k.a Iftar daripada para clients.

Hari ini; berbuka di hotel itu.

Hari esok; hotel di sini pulak.

Lusa. Sana.

Tulat. Situ.

Bak kata Siti dulu-dulu... Siti Situ Sana Sini.

Then, boss belanja buka puasa lagi...


Alhamdulillah. Syukur.

Yet, berbuka puasa bersama keluarga juga tetap di hati.


NUke

Saja nak menjalankan survey2 ni. Seperti yang korang leh tengok kat bahagian Polls sebelah kanan blog ni, sila ambil bahagian dlm survey blog Nuke Rude ya.

Saja nak tau, siri novel mana yang korang suka.

=)


Ku Ampunkan Cintamu
Siri debut kat laman blog ni, mengisahkan 2 sahabat yang tidak pasti bagaimana pengakhiran cinta mereka. Seorang itu merupakan biseksual yang meminati rakan sendiri, yang mana seorang lagi itu masih naif dan hanya secara perlahan menerima perilaku songsang yang diaruhkan oleh si pemendam rasa. Siapa yang kecewa akhirnya? Mungkinkah si gadis, teman istimewa?


Pe'us
Sambungan dari siri pertama; namun dari perspektif adik si gadis yang menjadi mangsa cinta terlarang 2 jejaka. Bertemu semula dengan bekas kekasih yang kini merupakan teman hati seorang sahabat yang baru dikenali. Menerusi laman sosial, dia akhirnya akur dengan nasihat lelaki itu yang tidak mahu si gadis keliru - atas cinta waktu dahulu, dengan cinta yang dimilikinya kini.


Ku Ampunkan Cintamu 2
Lanjutan daripada siri debut. Menyaksikan ketidak-tulusan cinta terlarang. Kompleksiti menjadi tunjang utama jalan cerita. Konflik semakin memuncak pabila rakan sekelas turut memendam rasa dan menjadi saksi kecurangan yang berlaku. Jalan lama dipilih, atau jalan lurus menjadi pedoman?


Jasmyn
Terperangkap antara jinjang pelamin dan cinta pertama, sukar sekali bagi si gadis mentafsirkan satu baris ayat sang lelaki. Dan dari situ bermulanya 'flashback' segala kegembiraan, kekecewaan, pengubat luka, dan akhirnya membawa kepada penyatuan dua hati. Semua itu mengundang sesal si lelaki yang dahulunya tidak pernah menghargai erti cinta si gadis.


Selamat memilih.

NUke




Sesekali aku menoleh ke arah jam dinding yang tidak berfungsi. Menunjukkan waktu 8.21 pagi. Sebentar, bagaimana aku mahu tahu sama ada itu adalah pagi atau malam? Tambahan pula jam itu memang ku sedari tidak berfungsi. Pening. Aku berpaling mengadap skrin komputer. Di penjuru kiri bahagian bawah, aku melihat dan mencari waktu yang persis. 2.45 pagi. Dan dek kerana penangan kopi pekat yang diminum selepas berbuka puasa sebentar tadi, aku nyata sekali terkesan dengan kafein. Tidak rasa mahu melelapkan mata walaupun letih sudah menyelubungi tubuh yang kerdil.

Dan bila ku menoleh ke bawah, aku masih bertuala biru turquoise yang semakin pudar serinya. Masih tidak lagi membersihkan tubuh yang keletihan. Aku masih tidak mandi.

Lalu ku biarkan keadaan itu berlalu; dengan berlatarbelakangkan lagu Rocketeer nyanyian Far East Movement ft. Ryan Tedder.

Entah mengapa, dunia malam ku selama ini seakan-akan mengkhianati. Malam 17 Ramadhan selalunya tidak seperti ini. Jika aku tidak terus tidur, selalunya aku akan berjaga malam dan malam itu akan dipenuhi dengan perkara lalai dan lagha menikmati informasi dunia maya.

Ya Allah! Malam Nuzul Quran.

Seketika sahaja ia terlintas di fikiran. Dan apakah yang berlaku selepas itu?

Ya. Tiada apa.

Terduduk jauh di dasar hati, ada rasa ingin berubah mencari jalan pulang semula. Menyelongkar nur hidayah yang dulu terang menyuluh jiwa; membimbing nurani mendekati Yang Esa. Yang sebelum ini tak tersentuh oleh noda hitam yang memenuhi dunia remaja, dewasa, dan hari-hari mendatang.

Dari situ, aku cuba mengamati akan perilaku sejak dahulu. Okay, terlalu banyak yang semakin terlupa. Lalu, aku percepatkan memori sehingga awal Ramadhan tempoh hari. Apa yang telah aku lakukan semenjak hari itu? Semenjak 1 Ramadhan itu? Sepenuhnyakah aku memanfaatkan 10 hari rahmat, 10 hari keampunan yang sedang berlangsung, dan 10 hari pembebasan dari azab yang akan datang?

Bagaimana aku memanfaatkan semua itu? Dengan khusyu’ solat, takbir, terawikh, dan zikir?

Atau dengan lirik-lirik lagu, bait-bait dialog drama tempatan dan luar, atau dengan kesibukan memilih dan menikmati juadah berbuka sekaligus melengahkan waktu sujud kepadaMu?

Tepuk dada, tanya selera. Ya. Itu ketika mahu berbuka puasa.

Tepuk hati, mana nuranimu? Mana pula imanmu? Keliru. Tak tahu bila persoalan itu harus ditanya.

Kepada diriku. Aku tahu aku banyak terpesong daripada tujuan terciptanya kamu. Aku seharusnya menjadi khalifah kepada diri sendiri dahulu, sebelum mengemudi bahtera iman keluarga, kenalan, dan saudara seagamaku.

Persiapkanlah diriku dengan segala macam ilmu yang diberkati, iman yang teguh, jalan dan ucap ikrar taat dan patuh kepada Sang Pencipta yang satu – Allah swt.

Andai ini adalah 17 Ramadhan terakhirku,
Ampunkan aku Ya Allah.


NUke

Again, this year, senarai 100 lagu yang paling kerap dimainkan akan di-publish pada penghujung tahun. Countdown untuk tahun 2011 dah pun bermula sejak 26 Disember 2010, dan akan ditamatkan pada 31 Disember 2011 jam 12 tengah hari.

At the moment, lagu-lagu top20 dah dikenalpasti, dan kedudukannya mungkin berubah (kot) sampai penghujung tahun ni. Siapa tahu kan?

Dah ready untuk current Top20?

Semuanya ada dalam picture ni:-



Ada juga lagu-lagu yang aku sendiri pun terkejut, leh ada dalam top20 ni, for example 'Bagaikan Bidadari' nyanyian Tomok. Hahaha.


NUke



Nowadays, dah macam-macam perkara berlaku. Suatu benda yang mungkin tak pernah terfikir pada masa dulu, dah pun terjadi zaman sekarang ni. That's why sometimes kita boleh dengar orang muda-muda (macam aku) berkata like this:-

'Sometimes I hate technologies'.

Cewah. Teknologi tu bagus. Kalau tak bagus, masakan sekarang ni aku boleh berblogging menggunakan komputer & internet. But the not-so-good about it is...the internet and what so ever la. Internet pada pandangan aku adalah satu bentuk baru pembunuhan diri dan akidah.

Ok ok. Mungkin agak agresif. But, harap korang leh faham maksud aku la. Through internet and the konektiviti  yang kita peroleh, macam2 bentuk rupa benda kita leh tengok. Be it a good thing, or bad. For educational purposes or just pleasure. In short, it also leads most of us to PORN.

Lelaki dengan Porn tu memang dah sebati. Betulkah? Benarkah?

Pendapat aku: Tak juga.

Those who were raised up in a very good manner / ways selalunya takkan ada sebab untuk dipengaruhi dengan benda-benda lagha ni. Cuma sebagai pesanan, janganlah memulakan atau ada perasaan ingin tahu itu. Sebabnya, bila sekali dah ter'tengok', maka akan ada keinginan untuk tengok  dan tengok lagi. Maklumlah, 'nikmat dunia' la katakan.

Mungkin juga lelaki selalu dikaitkan dengan filem lucah sebab jumlah nafsunya yang fokus. Dan satu. Jadi, bila perasaan itu diaktifkan, maka ia akan mula membuak-buak. Penyelesaiannya adalah dengan mencari koleksi-koleksi tak berfaedah ini untuk kepuasan diri. Lepas-lepas tu, tak ada apa sangat pun.

Bukan menidakkan, jauh sekali membenarkan.

Tapi, aku personally rasa yang lelaki tu memang suka akan Porn.
Tak pasti pulak dengan kaum wanita.

Huhu.


NUke




Aku suka baju-baju robot jepun tu.

Trip ke Jepun?

Bila masa pulak?



NUke

Aaaa.
Kerja banyak.

Aaaa.
Kerja banyak.

Eeee.
Banyaknya kerja.

Eeee.
Banyaknya kerja.

Oh oh oh.
Kerja wooh...

Oh oh oh
Kerja wooh...

Lagu & Lirik: Nuke


NUke

Seminggu sudah berpuasa di bulan Ramadhan untuk tahun ini. Syukur kepada Allah atas peluang yang diberikan. But, hey! Most people said that Ramadhan is the best time and opportunity for us to berjimat in so many ways.

Seriously, do you think yang kita sangat berjimat pada bulan Ramadhan?

Mari kita buat sikit kira-kira. Ini adalah jumlah perbelanjaan kasar pada hari-hari biasa (bukan pada bulan Ramadhan). Tidak termasuk shopping groceries, dan pakaian.

Hari normal / biasa (bekerja):-

Petrol untuk 3 hari : RM 5
Makan tengah hari (purata) : RM 8
Beli cikedis lepas habis kerja : RM 2


JUMLAH : RM 15

Hari normal / biasa (hujung minggu):-

Beli jajan / biskut2 / keropok2 / aiskrim : RM 5

JUMLAH : RM 5


So, sekarang, mari kita bandingkan dengan perbelanjaan pada bulan puasa ni.

Hari normal / biasa (bekerja):-

Petrol untuk 3 hari : RM 5
Makan tengah hari (purata) : RM 0
Beli kuih-muih untuk berbuka : RM 4
Beli Ayam Golek Black Pepper : RM 16
Air tebu : RM 2
Beli jajan, on the way balik terawikh : RM 2

JUMLAH : RM 29

Hari normal / biasa (hujung minggu):-

Kuih-muih untuk berbuka : RM 4
Kebab Daging/Ayam : RM 3.80
Air cincau / tebu : RM 2
Beli jajan, on the way balik terawikh : RM 2

JUMLAH : RM 11.80



Camne ni? Berbelanja mengikut nafsu ke apa ni?


NUke

Masing-masing ada kelebihannya.

Ada orang suka yang berkulit cerah.

Ada orang suka yang tak berapa nak cerah.

Ada orang suka gelap sikit-sikit.

Ada orang suka yang gelap gelita.

Standard lah.


NUke



Well, petang tadi, ter-tengok siri animasi Upin & Ipin, berkisarkan tentang Cita-cita. Then, sambil-sambil mengadap TV tu, aku sempat bersembang dengan si Ibu. Kata ibu, cita-cita dia dulu nak jadi Pilot. Atau Policewoman. Or, anything yang ada uniform. She added, "...tapi, lebihnya nak jadi pilot lah!" dengan muka yang sangat girang.

Ended up, beliau menjadi seorang usahawan antik yang berjaya pada zamannya ketika itu, selain menjadi seorang isteri kepada si suami; dan juga menjadi ibu kepada 6 orang anak. Oh, menjadi nenek kepada 4 orang cucu.

Itu kisah ibu.

Kisah aku, korang tak nak baca lak? Haha. Cita-cita aku bertukar-tukar sejak zaman tak masuk sekolah, zaman belajar, dan zaman universiti. Time kecik2 dulu, bila orang tanya "Dah besar nak jadi apa?" aku akan jawab, "Nak jadi doktor."

Walhal, sepatah benda pun tak tau pasal doktor. Taunya boleh inject2 orang sakit. Tu je.

Then, bila masuk upper form, aku pernah bercita-cita nak jadi Fire Fighter. Macam best je tengok ke-cool-an bomba tu simbah2 air time kebakaran. Selain berjaya menyelamatkan harta benda dan nyawa orang lain. Terasa macam Bomba itu adalah satu 'adiwira'! Cewah! Then, tak kesampaian pun. Sebab itu cita-cita yang dipengaruhi oleh drama TV dan filem2 omputeh.

Cita2 aku sekarang? I don't know. Perhaps dah tiada cita-cita.

But what I know, I wanted and wished to work in nuclear industry. Particularly in transportation.

I love ships.

Not only because of it's structure.

But, you'll easily got freed from the hassles in the city.

Apa cita-cita korang lak?


NUke

Malam tu, kami dijadualkan untuk ke Siam Niramid; satu teater persembahan budaya yang diiktiraf oleh Guiness Book of World Records sebagai teater paling tinggi di dunia. Well, memandangkan persembahan tu bermula jam 8.30 malam (siap dengan makan malam), maka bos decided utk gerak keluar dari hotel jam 6 petang.

Satu langkah yang bagus memandangkan Bangkok ni sangatlah teruk kesesakan lalu lintasnya.

7.50 malam. Kami masih lagi tak sampai separuh perjalanan. Menurut tour guide yang jaga kitorang, "This is the worst traffic jam in the past 10 years." Rasanya ada eksiden kot. Then, bos mencadangkan half of the team should take the Motorbike-taxi. So, at least dah sampai sana, leh reserve kan seats untuk yang lain2. All the guys naik motor rempit. Cuma sorang perempuan yang berhati kental saja menyertai kami.



Komen: Aku masih panjang umur (lagi) sebab tak terjatuh or terlanggar apape or kereta or bas sepanjang pe-rempit-an itu.

Memandangkan dalam teater tu takleh nak bawa masuk kamera, so tiada lah gambar. Pun begitu, selepas persembahan tamat, pengunjung diberi peluang untuk memberi makan kepada gajah. 20 Baht je pun, belu tebu, then hulur la kat gajah. Ade ke patut gajah tu nak molest aku punya belalai jugak!?? Cis!



Balik semula ke hotel lepas dah penat2 bersuka ria. Decided to go to the SkyBar yang located at 55th Floor. Huiyoo. Gila tinggi dan cantik pemandangan Bangkok time malam2 ni. Gambar tak berapa nak clear sangat, but untuk tak menghampakan semua, aku letaklah gambar tangga2 skybar yang cam-cool saja ni!



Day 3: Shopping day. So-called shopping.

Pagi. Naik Skytrain from Siam Central to Mo Chik. Yang mana ada taman Chatunchak tu. Beli lah 3 4 baju skit. 8 9 fridge magnets, 2 3 selendang sikit, dan 1 tin air Sprite sebagai penghilang dahaga.



Tengah hari. Balik hotel. Kemas-kemas barang. Pack-up. Mandi lagi. Lepak Central World mall kejap. Makan, window shopping. Chocolate shopping sikit. Berkumpul. Naik teksi pergi ke Airport.


So, goodbye Bangkok, and again, we flew back to KL with Malaysia Airlines.



Sampai KLIA jam 10.50 malam.



Bangkok Trip
28-30 July 2011

NUke

Hari kedua bermula dengan ke-bangkit-an yang penuh bergaya. Memandangkan waktu di Thailand satu jam lebih lambat daripada di Malaysia, maka beginilah keadaan Bangkok pada jam 6.50 pagi. Gambar ni aku ambil dari tingkap bilik hotel kat tingkat 44.



Sepatutnya berkumpul untuk breakfast pada jam 8.30 pagi. Tapi, since aku dan roommate dah siap awal, maka kitorg decided untuk turun dan usha2 line kat area swimming pool & taman kat tingkat 27.




Lepas breakfast dan berkumpul, kami naik van tour untuk ke destinasi lawatan pertama. Kuil...... (lupa nama & tak tahu camne nak eja). :D



Biasalah, tempat-tempat agama ni, kena lah ada respect skit kan? So as the situation bila mat salleh datang melawat masjid kat Malaysia ni. Pakaian kena sopan. So, antara yang dilarang ketika masuk ke Wat / Kuil kat sana adalah memakai topi / cap. Kasut pun kena buka.



Jalan-jalan & pusing-pusing, ternampak pintu gerbang ni. Sama macam kat Petaling Street kan? Tulisan je lain. Diorang nyer version of China Town.



Pergi melawat Wat lagi. Kali ni besar sikit. So, ada lah patung-patung 'jaga' sekali.



Sebagai bukti yang aku memang ke Thailand, maka kenalah bergambar dengan bendera Thai. Chehe!



Then, on the way keluar dari situ dan menuju ke arah van tour, aku sempat membeli satu benda yang dah tak ada lagi di Malaysia. Air botol kontur Fanta. Perisa strawberry. Hahaha! Botol tu, aku simpan bawa balik sini, as a collection. Then, menuju ke satu lagi destinasi, Royal Palace. Time tu dah la matahari dah meninggi, dengan hausnya lagi, penat berjalan... sebab tempat tu sangatlah luas. :)



Bak kata orang, "Kuman seberang laut boleh nampak, Gajah depan mata tak nampak". Itulah dia. Aku tak pernah lak bergambar dengan guard Istana Negara kat KL pun... tapi kat Bangkok dah sudah!



Tengah hari, singgah makan di riverside. Makan atas kapal. Takdelah besar sangat pun. Then, bila dah kenyang baru best lambung2 dipukul ombak Sungai Chao Praya. Dulu-dulu tau pasal sungai ni pun sebab belajar Geografi dan sejarah. Tu je.



Banyak jugaklah air sungai yang tak berapa nak jernih tu melekat kat muka ni.

Balik Hotel. Ada masa untuk bersiap2 dan mandi. So, we all decided to go for swimming, yang mana peristiwa hampir meragut nyawa berlaku.

Memandangkan kolam berada di tingkat 27, maka angin yang kuat tu memang suatu yang menarik; dan membahayakan. So, tengah2 syok berendam, angin kuat pun datang. Payung besar tu pun leh lak terbang dengan lajunya ke arah aku yang kat dalam kolam tu. Nasib baik la ada pokok palm yang menahan, dan batang kayu payung itu pun terhenti mengejut hanya beberapa jengkal daripada pipi kanan aku yang kacak ini. Huhuu.

Kalo tak, sure dah tembus kepala.



Syukur pada Allah, aku panjang umur.

:) Nanti sambung lagi. Ada kisah Bangkok: Rempit Style.

NUke



Ya. Kehilangan aku tempoh hari kini terjawab. Aku bersama-sama dengan 9 lagi budak ofis di'terbang'kan ke Bangkok, Thailand atas urusan percutian insentif. Suatu benefit yang tidak pernah aku rasai ketika berada di company2 lama dulu. Huhu.

Apapa pun, terima kasih bos sebab memberikan ganjaran ini. Dan terima kasih Allah, sebab memberikan aku peluang untuk menikmati keindahan dan ciptaan-Mu atas Bumi Mu ini. :)



We flew to Bangkok with Malaysia Airlines. Suatu kebanggaan bila tiba di Bangkok, menaiki pesawat kebangsaan. Cheh!



2 jam lepas naik teksi dari Suvarnabhumi Airport, kami tiba di hotel. Bukan sebab jaraknya yang terlalu jauh, tetapi dek kerana jalan yang sebegitu sesak. Kalau anda rasa KL tu dah teruk, jadi marilah meninjau keadaan di Bangkok pula. Huhu.



Since Thailand merupakan sebuah negara yang 'Open', maka macam2 benda menarik boleh dijumpai. Termasuklah sticker dalam teksi ni. Dilarang Beromen.

Pun begitu, rasa kagum pada warga Bangkok itu turut memuncak bila melihat mereka beratur menunggu giliran menaiki Teksi a.k.a Van sapu (kot). Kalau kat KL, jangan harap la orang nak beratur.



Memandangkan petang itu sudah terbazir, maka cepat2 siap mandi dan segala bagai untuk menikmati makan malam di Mango Tree.




Nanti sambung lagi.

p/s: Trip ini menyaksikan suatu peristiwa mirip 'Final Destination' berlaku pada aku.

NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.