courtesy of Berita Harian Online - Nov 10, 2008

-------------------------------------------------

MOSCOW: Kemalangan sebuah kapal selam nuklear Russia menyebabkan 20 terbunuh dan 21 lagi cedera apabila sistem pemadam api menjadi aktif secara tidak sengaja ketika berada di Lautan Pasifik, kata tentera laut Russia, semalam.

“Ketika latihan diadakan di tengah laut membabitkan kapal selam berkuasa nuklear di Lautan Pasifik, sistem pemadam api tiba-tiba hidup secara tidak sengaja menyebabkan lebih 20 orang termasuk anggota dan pekerja maut,” kata Kapten Igor Dygalo, jurucakap tentera laut.

Kemalangan itu, bagaimanapun tidak menjejaskan reaktor nuklear kapal selam terbabit.

“Kapal selam itu tidak rosak, reaktornya berfungsi seperti biasa dan paras radiasi ketika kejadian adalah biasa,” kata Dygalo.

Dygalo memberitahu agensi berita, Presiden Dmitry Medvedev sentiasa dimaklumkan mengenai situasi itu oleh Menteri Pertahanan, Anatoly Serdyukov dan sudah mengarahkan siasatan penuh dan teliti dijalankan mengenai insiden itu.

Insiden itu mengingatkan kembali bencana Kursk 2000 apabila 118 krew maut selepas letupan berlaku dalam kapal selam nuklear menyebabkannya tenggelam di Laut Barents.

Kremlin dikutuk hebat di dalam dan luar negara kerana gagal memberitahu dengan segera bencana Kursk namun dilihat segera bertindak untuk mengelak mengulangi kesilapan itu dalam insiden terbaru.

Dygalo berkata, Medvedev juga mengarahkan Kementerian Pertahanan memberi semua bantuan dan sokongan kepada keluarga mangsa.”

Kapal selam itu menjalankan latihan apabila kemalangan berlaku dan kapal selam itu diarahkan ditempatkan di sebuah pelabuhan jauh di perairan timur Russia sementara, tambahnya.

Jurucakap itu tidak memberitahu di mana kemalangan sebenar berlaku atau menyatakan dengan tepat destinasi pelabuhan kapal selam terbabit. - AFP


Radioaktif!




NUke


0 Comments:

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.