salam, another quick update.

time aku tengah guling2 atas katil sebentar tadi, aku tiba-tiba teringat akan suatu peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam keluarga aku. (lebih khusus kepada Along aku). Sebak, sedih, perasaan bercambur baur ketika kejadian tu, aku yang keseorangan di rumah menjadi penghubung antara dua daerah berbeza, due to limited coverage.

15 November 2003
Birthday Along yang ke 28. Beberapa minggu sebelum itu, Along datang ke rumah, dengan wajah yang ceria, membawa kandungannya yang merupakan kandungan sulung mereka dan kembar pulak tu (Along + A. Zee). Tambah gembira mereka since itulah kandungan pertama mereka sejak hampir 4 tahun berkahwin... Pada hari tu, Along tak ada di KL, coz dia balik ke Kota Bharu menziarahi bapak mertua dia yang sakit tenat. Along pergi ke KB dengan Angah dan Ayah since husband dia da balik KB awal2 lagi...

Along sampai di KB setelah hampir 9 jam perjalanan. Aku ingat lagi time tu bulan Ramadhan. Yang ade kat rumah time tu, hanyalah aku, adikku, Alang, Big Bro, and Ibu.

16 November 2003
Ibu pegi kerja, Bro keluar, lil Sis keluar jugak, Alang gi kerja, so yang ade kat rumah aku seorang. Pagi itu kami dikejutkan dengan khabar yang kurang enak... Angah call ibu, dia cakap Along masuk wad, air ketuban dah pecah... Allahuakbar, ibu punya lah panik but she still need to go to work sebab ada appointment dengan customer. Dalam masa yang sama, Ibu suruh aku book tiket flight ke KB untuk minggu tu jugak. (ibu pergi ngan makcik aku yg sorg lagi)

Along still x sedar, A. Zee bertambah panik. keadaan family A. Zee jd huru hara, menguruskan bapak yang tengah sakit, dan usaha untuk tidak memberitahu kepadanya tentang keadaan Along.

Doktor mengesahkan salah satu bayi dalam kandungan Along dah tak bernyawa... Tapi yang seorang lagi still alive and perlu diselamatkan segera. Since mereka adalah kembar seiras (satu uri), maka kedua2nya perlu 'dilahirkan'... Alhamdulillah, si kembar yang sudah tak bernyawa itu berjaya dilahirkan, begitu juga dengan seorang lagi.

Tuhan lebih sayangkan mereka, si adik yang dilahirkan itu hanya mampu bertahan selama 20 minit sahaja (kalo x silap aku la)... A. Zee terdiam, tak menangis. suasana murung, sedih dan sepi. lebih menyedihkan ialah Along... Dia hanya sempat menatap wajah si kembar yang sulong sahaja. Kulitnya putih, berwajah mirip orang jepun, berkening lebat. Kandungan pertama mereka dilahirkan tapi tidak bernyawa, kerana Allah lebih berkuasa dan lebih menyayangi mereka.

jenazah dibawa pulang dan diuruskan oleh keluarga A. Zee, disebabkan mereka cukup sifat, dengan jari jemari sudah terbuka dan sempurna, maka mereka perlu diuruskan seperti jenazah biasa...

Along dan A. Zee menamakan mereka Fatimah dan Aishah.


6 bulan selepas kejadian, Along mengandung lagi.

05 Mac 2005
Mereka dikurniakan sepasang kembar lelaki dan perempuan.
Zuhair Hariss dan Farisya Haniss

11 September 2008
Along meluaskan lagi empayar keluarganya... dengan kehadiran seorang lagi lelaki kecil bernama Akif...





Sesungguhnya aku harus mengakui bahawa aku memiliki seorang kakak yang Tabah.



NUke

2 Comments:

  1. Bijen M. said...
    waaa..
    kau taw?..
    semua itu dugaanNya..
    haha..
    ada hikmah..
    mungkin time tu dorg masih belom besedia..
    tuhan saja yg taw..
    NUke_Rude said...
    hmm.. btul..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.