salam.

pagi tadi menyaksikan aku menjadi orang yang ke seratus lebih masuk ke dalam DECTAR bagi mengambil exam Fizik Nuklear Lanjutan.

5 minit sebelum exam bermula, aku baru terperasan yang aku tak bawak masuk kalkulator fx-570 berwarna kelabu aku. Huhuh.. So, aku minta izin dr pembantu peperiksaan untuk keluar dewan bagi mengambil kalkulator fx-570 aku yang berwarna kelabu itu...

Sambil aku jalan ke seat aku dalam hall tu, ada mata-mata (bukan polis aa) menyaksikan langkahku di samping kelihatan Shaima tersengih lebar (maybe gelakkan soalan kot! xpun sengih kat aku! hahahu)

Soalan kali ni seperti yang dijangkakan, cuma struktur soalan agak diubah, namun memberikan maksud yang sama.

1 soalan (yakni soalan ke 4) ditambah bagi menampakkan kelainan soalan dari tahun-tahun sebelumnya. (skema gila ayat aku ni)

Format soalan x berubah, yang beza, this year student diminta untuk menjawab 4 soalan daripada 5 soalan yang 'dipertandingkan'.

daripada 5 soalan tu, aku jawab 4 (of course la!) soalan 1, 2, 3, dan 5.

(no way aku nak jawab soalan 4 tu ok << guna intonasi Meera (haha!)

contengan2 jawapan ditoreh oleh aku pada buku jawapan sehingalah aku habis idea.


The Author Bersama Syak dan Mira sewaktu berada di dalam kuliah...


Sekali lagi, aku menjadi orang pertama keluar dewan di kalangan coursemate aku, di samping menjadi makhluk tuhan paling sexy yang kedua keluar bagi kategori keseluruhan hahahu.

Hal ini menjadi bahan bualan dan kutukan oleh Mira yang nampak begitu terpesona dan tak puas hati. lalu mIra bertanya pada aku berkenaan perasaan menjadi antara org terawal keluar hall exam. haha!

So far, aku rate paper Fizik Nuklear Lanjutan ini sebagai "Most Expected and Highly Tendency To Get B+" paper...


Terima kasih Prof. Shahidan



aku yang masih terpesona;
NUke

2 Comments:

  1. MYRAspberry said...
    hahaha...adakah itu intonasi aku?
    wakakaka....mm, aku xde la x puas ati kan ko kuar awal..
    tp mcm jeles la nape awal sgt??
    pelik aku..hihi..even sume soklan mcm dah ape yg di expect kan...
    tp jwpn die sume bkn pnjg2 ke kne tulis?? tu yg lame...
    NUke_Rude said...
    haha.. memang la panjang jwpnnya..
    aku tulis selaju yg mungkin so, aku x lupa..

    pastu bla mmg da xde idea n aku da habis conteng, aku kuar la. hu hu hu

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.