salam.
Tengahari tadi menyaksikan aku menjadi orang yang ke berap puluh ntah masuk ke DECTAR bagi mengambil exam STKM 2512 : Pemakanan. Satu subjek yang bertaraf Luar Pusat (LP) bagi aku bagi memenuhi kehendak pengijazahan aku.
Alhamdulillah, dengan berkat doa daripada ibu dan keluarga, serta ucapan2 goodluck yang diterima dari kawan-kawan, aku berjaya la jugak menjawab soalan exam itu dengan penuh tabah dan harmoni.
Time jawab exam tu, ada la beberapa kali aku mendongak ke siling DECTAR disebabkan kelenguhan tengkuk. Beberapa kali juga jari-jamariku 'diletupkan' dengan pembebasan gas Nitrogen yang terdapat pada pergelangan sendi.
Exam bermula jam 1200, dengan 2 bahagian utama : objektif dan struktur. Sehinggalah jam menunjukkan tepat jam 1300, aku sudah berada di pertengahan soalan struktur yang betul-betul menguji ketabahan jari-jemari. 20 soalan objektif, 15 soalan struktur termasuk 2 soalan semi-esei, menjadikan jari-jemariku hampir tercabut.
Jam 1321, aku sekali lagi menjadi makhluk tuhan paling bergaya yang pertama keluar dewan exam di kalangan mereka yang mengambil subjek Pemakanan itu. Namun, aku gagal menjadi makhluk tuhan paling kacak yang kedua keluar dari dewan seperti mana aku menggenggam anugerah itu pada peperiksaan semalam.
Selang 5 minit selaps aku keluar, nasuha menjejaki ku.. Lazimnya, beberapa ketika selepas dia keluar, Iqa akan menyusul... Namun pada exam tadi, FERDI menjadi makhluk tuhan paling bergaya yang ketiga keluar dari dewan, yang mana peristiwa ini melayakkan Ferdi merangkul pingat gangsa bagi kategori pelajar sains Nuklear.
Overall soalan kali ini agak student friendly and mostly expected sebab lecturer dah bagi hint awal2 lagi subtopik apa yang akan keluar.
Thank kepada lecturers Pemakanan.
Pemenang 3 Pingat Emas "Manusia Keluar Exam Terawal" kategori Sains Nuklear
NUke
aku da abes exam..
yeeuuhhuuuuuuu..
sekian!