Re-post from my older Blog : NukEnergy

-----------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, NukEnergy-readers;

Hari sabtu lepas menyaksikan masyarakat Malaysia yang
berumur 21 thn ke atas keluar membuang undi bagi Pilihan Raya Umum ke-12
(PRU12). Justeru, aku yang masih tak layak mengundi ni pun, turut tak sabar2
menunggu keputusan PRU12 yg akan diumumkan mlm tu. Of course, focus utama aku
mestilah pada kawasan P98S16 (Parlimen Gombak, DUN Batu Caves), tempat di mana
letaknya rumahku. Dan Alhamdulillah, setelah beberapa kali PRU (yg sempat aku
observed), akhirnya kemenangan berpihak kepada BA. Malah, nak menambahkan lagi

rasa, Parlimen Gombak yang menjadi perhatian ramai (terutamanya penduduk
Selangor), turut jatuh ke tangan BA. Scenario yang sama turut berlaku di Bukit
Antarabangsa, Gombak Setia, mahupun Selayang; suatu fenomena yang baru dan
jarang2 (mungkin tak pernah) berlaku di Selangor. Apatah lagi kemenangan
majority pihak pembangkang telah menyekat penguasaan BN di Selangor, sebuah
negeri maju yang memberikan prospek kekayaan Negara.

Bukan berpihak kepada mana2 barisan, Cuma ingin meluahkan
rasa yang terbuku… adakah mereka terlalu sibuk mengejar Kelantan dan negeri
pantai timur, sehingga memandang ringan tentang kebangkitan yang berlaku di
pantai barat? Suatu pengajaran yang perlu diambil / dipandang serius. Kadang
kala kita sering alpa / memandang remeh tentang suatu perkara yang dianggap kecil.

Justeru, aku dapat menggambarkan situasi ini dengan pepatah ni… “YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN”. Maka, berakhirlah penguasaan BN di 4
buah negeri pantai Barat; iaitu Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang,
selain gagal merampas/menguasai negeri idaman – Kelantan. Siapa sangka? Tambah
mengejutkan apabila WP Kuala Lumpur turut terlepas daripada genggaman apabila

10 daripada 11 Parlimen WPKL dimenangi oleh Pembangkang. Nasib baik WP
Putrajaya tu ada 1 parlimen je, and nasib baik BN menang di situ, otherwise…?
Oh ye, fenomena ini turut membuatkan diriku tersentak, apabila memikirkan suatu
perkara – adakah pengaruh media tidak berkesan? Ataupun kesukaran mempengaruhi
minda warga kota yang semakin bijak membuat pilihan? Entahlah~


Timbul persoalan – siapakah yang harus dipersalahkan? Bagi
aku, aku hanya mampu tersenyum sinis yang tidak bermakna. Sama2lah kita ikuti
perkembangan berita2 utama Negara berkenaan hal ini.

Adakah ini merupakan 1 titik revolusi dalam politik
kebangsaan? Hanya tuhan yang tahu. Namun, sebagai mahasiswa, aku hanya berharap
mana2 pihak yang telah memenangi kerusi DUN @ Parlimen yang dipertandingkan
akan menjalankan tanggungjawab mereka dan berbakti kepada masyarakat tanpa
mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Sebab kalian telah dipilih secara suara
majority oleh rakyat.

Harapanku, semoga politik di Malaysia akn bertambah baik dan
mana2 kesilapan perlu diberi perhatian, manakala suatu yang baik itu, perlu
diteruskan.

So kawan2, any comments?


---------------------------------------


NUke



0 Comments:

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.