Tet adalah nama kucing jantan berwarna putih yang dilahirkan hampir setahun yang lalu oleh Tot. Jadi, dah tentu korang tahu Tot tu siapa, kan?
Tot itu adalah ibunya.
Tadi, setelah beberapa hari rumah ini kehilangan Tet, maka sayup-sayup kedengaran suara lolongan kucing yang meminta tolong. Pada mulanya, aku yang sibuk melayan hobi baru (berkebun dan bercucuk tanam di belakang rumah) terperasan juga, tetapi tak tahu dari mana datangnya lolongan itu. Sahabatku, Apai juga terdengar. Sehinggalah dia kemudiannya menge-spot satu makhluk berbulu warna putih di rumah belakang.
Ajaibnya, makhluk itu seolah-olah kaget dan cemas dek kerana dia ter'sangkut' di atas ruangan tingkap di rumah jiranku itu. Ya, makhluk itu adalah Tet.
Segera aku memangil Angah dan Ibu yang kerisauan sejak dahulu akan kehilangan Tet untuk melihat situasi yang berlaku. Dan akibatnya, aku dan Apai terpaksa menebalkan muka bertemu dengan jiran belakang rumah dan meminta izinnya untuk membawa pulang kucing yang bernasib malang itu. Terpaksa control macho tatkala berhadapan dengan si surirumah beranak dua, yang ketika itu hanya bertemankan pembantu rumah sahaja.
Usai sahaja urusan menyelamatkan Tet, Apai segera mendukungnya untuk dibawa pulang. Alangkah malangnya nasib Apai apabila niat murninya itu disalah-ertikan oleh Tet lalu mencakar lengan Apai dengan rakusnya. Tet dibiarkan bebas dan membawa diri.
5 minit berselang, Tet kembali ke rumah. Mungkin kerana lapar. Dan selepas memandikan beliau, Tet bertemu dengan Tot, si ibunya yang risau. Namun, pertemuan Tet dan Tot itu menjadi lebih tragis apabila Tet yang semakin miang itu cuba mencium-cium bontot si ibu dan cuba melakukan sumbang mahram!
Kucing ini memang berperangai binatang!
NUke
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
Tang hobi tu....double LIKE!!! =D