Sambungan daripada naskah pertama – Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah, menyaksikan karya Fadhli Hamdan ini lebih bermakna. Kisah cerita dalam naskah kali ini lebih terfokus kepada Jimi yang di’denda’ untuk menyertai Kem Bina Disiplin, akibat tindakannya bergaduh dengan Alif tempoh hari.

Jimi dalam Akibat Jambul Alif!

Pembaca akan dibawa bersama-sama mengamati segala macam perkara yang dipelajari Jimi semasa menghadiri kem tersebut sekaligus mengimbau kembali kenangan-kenangan manis dan pahit semasa zaman kita bersekolah dahulu kala.



Ketika di kem tersebut juga Jimi akhirnya mengerti erti kesungguhan dan bersyukur setelah dia berkenalan dengan Hakim. Apa yang dipelajarinya? Kena baca sendiri buku ini!

Impian tetap impian, janji tetap janji. Jimi mula mengatur strategi untuk memperbaiki prestasi pelajarannya. Dia turut dibantu kenalannya dan juga kembarnya, Mimi. Jimi menggunakan kemahiran mencontengnya untuk menghafal dan memahami matapelajaran yang lemah. Dalam masa yang sama, Mimi juga mengajak Jimi untuk menyertai aktiviti pada Minggu Bahasa Inggeris setelah tamat peperiksaan pertengahan semester kelak.

Kesungguhan Jimi mengulangkaji pelajaran terserlah sehinggalah dia jatuh demam pada malam sebelum peperiksaan. Namun, dia masih sempat pulih dan menjawab peperiksaan dengan sebaiknya.

Adakah Jimi memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaannya itu? Bagaimana pula dengan janji oleh si Ayah berkenaan dengan basikal?

Dan apa pula kesudahan Alif, si musuh yang selalu menyusahkan hidup Jimi itu?

Kenalah baca buku ini!

Skor: 4.0/5.0

Judul: Jimi dalam Akibat Jambul Alif
Oleh: Fadhli Hamdan
Terbitan: PTS Pop Sdn Bhd
Harga Pasaran: RM12.90 (W/M’sia) / RM 14.90 (E/M’sia)
Tahun: 2012



p/s: siapa-siapa yang memang minat dengan karya contengan kartun, memang perlu memiliki naskah-naskah ini.

NUke

0 Comments:

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.