Belenging adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan situasi tidak berbaju. Seringkali dirujuk kepada si pelaku yang sedang tidur. Ringkasnya, tidur dengan tidak berbaju.
Jadi, kelebihan ini ternyata lebih berpihak kepada lelaki lah, memandangkan lelaki tidak memiliki payudara yang ranum, dan itu bukanlah sebahagian daripada aurat mereka.
(Wanita pun boleh saja nak ber-belenging time tidur, tapi make sure korang belenging dengan suami korang lah ya! Dan pastikan pintu bilik berkunci. Haha!)
Bila ditanya pada orang yang lebih berusia perihal belenging ni, mereka cakap ada baik dan buruknya. Yang baik, tentulah dapat menyejukkan badan dengan segera. Dan juga cepat mengeringkan peluh-peluh di badan.
Dan yang tak eloknya, mendedahkan ruangan dada (ketika baring) terlalu lama kepada angin sejuk boleh menyebabkan dada menjadi sejuk dan cenderung mendapat penyakit (paru-paru berair). Lebih buruk dilihat juga kalau dada-dada anda itu berparut-parut dan teruk kulitnya. Orang lain pandang pun jadi geli. Haha.
Aku yakin lah, kebanyakan lelaki (atau kemungkinan semua lelaki) kat sini pernah belenging time tidur. At least sekali. Yang perempuan, aku tak pasti. Mungkin anda ada cerita nak dikongsi?
pic credit: Google.
NUke
dalam topik : lelaki
8 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
hahah
aku tak boleh tido tak pakai baju!!
sebab tak biasa dan sejuk!!
ko better berbaju even a singlet
nuke la nuke~~~
aww~~~ hhaha
lain le klu badan org taf mcm tuan tanah :P
Dengan senang hati saya juga telah follow blog anda. NEXT TOP BLOGGER musim 1 sudah
berakhir dalam blog AWIE OMAR. Akan menyusul selepas itu NEXT TOP BLOGGER musim 2
pula. Niat sebenarnya nak pelawa anda untuk menyertainya. Harap sudilah turut serta.
Kalau sudi nak jadi peserta - maklumkan saja di ruang komen entri anda di sini (saya
akan tengok balik) atau komen saja di blog saya. Saya hormati segala keputusan. Jika
kurang berminat dan tidak mahu menyertainya pun tidak mengapa. Maklumkan saja macam
tadi jugak ATAU jika mesej ini tidak dibalas oleh anda sebelum 16/4/12 maka saya akan
anggap anda tidak mahu menyertainya. Apapun terima kasih kerana sudi habiskan baca
mesej ini. Jika ingin tahu maklumat lanjut tentang segmen ini, boleh tekan link yang
tertera ini http://awieomar.blogspot.com/2012/03/next-top-blogger-1-episod-13.html
waah!! ke situ pula!
ismael:
haha! itu lah. lain orang, lain caranya.
Dzul:
haha. dah kahwin, takpe la!! belenging sama2 dgn bini pun dah halal! :D
hahaha! ke situ pulak dia! taf ke?
naqib:
:D betul gak tu! hahaha!
Awie:
menarik juga ni. Tapi, kerana takut tidak dapat komited dgn bersungguh-sungguh kelak, saya rasa, perlu KIV dulu kot. :)