Tak pasti kenapa.
Tapi ingin tahu juga.
Apakah kebaikan berdemo di jalan raya dan di setiap pelusuk celah jalan di bandaraya itu?
Kasihan pada nat-mat dan minah-minah pendatang asing tanpa izin nak berniaga buah dan air kordial kat KL tu nanti.
NUke
dalam topik : malaysia
Ada beberapa cara untuk berjaya. Berusaha dengan gigih. Dan juga menarik perhatian dengan gigih. Kedua-dua cara ini terbukti berkesan. Berjaya yang aku maskudkan di sini, bukanlah hanya tertumpu kepada kerjaya. Ia juga boleh diaplikasikan kepada pelajaran. Dan blogging.
Kreativiti itu memang perlu. Penting juga sebagai perencah rasa, terutamanya dalam bab penulisan dan penghasilan grafik. Sebab semua ini boleh menarik perhatian orang lain yang ingin bekerjasama dengan anda, atau dalam perihal blogging - pembaca.
Perlukah untuk kita mengaplikasikan kriteria 'seductive'. Menarik perhatian. Menggoda. Teaser. Dalam hal ini, bukan lah bermaksud dan tertumpu kepada aksi-aksi lucah semata-mata. Tetapi mendedahkan perkara-perkara menarik secara sedikit demi sedikit; bagi menarik perhatian org lain untuk membaca.
Seorang kenalan blog pernah berkata kepada aku:
Kau ni teaser.
Tafsiran kasarnya, 'kau ni menggoda orang lain'. Not in the sexual way.
Mungkin ya. Mungkin tidak. Sebab itu aku selalu terapkan unsur-unsur cliffhanger dalam penceritaan aku. Dan selalu juga aku tease pembaca aku dengan gambar-gambar yang pelik-pelik. Macam dalam gambar di atas.
And I thot it's a new definition of creativity. I may be right ahead. I may be left behind. This might be true enough, or else it's definitely a crystal-clear wrong. And bullshit.
Up to you. Either to believe or remain in denial.
NUke
Kadang kala, bukan kehendak kita untuk menjadi orang tengah dan 'sumber rujukan' akan sesuatu masalah. Tapi, mungkin disebabkan sikap, perilaku dan respon yang kita berikan kepada sesuatu perkara itu menjadikan kita sedemikian rupa.
Aku takdelah berpengalaman sangat dalam hal-hal cinta ni. Jadi, apa yang aku tahu, mungkin tak sama dengan apa yang orang lain tahu. Barangkali mereka lebih arif.
NUke
dalam topik : personal
Tet adalah nama kucing jantan berwarna putih yang dilahirkan hampir setahun yang lalu oleh Tot. Jadi, dah tentu korang tahu Tot tu siapa, kan?
Tot itu adalah ibunya.
Tadi, setelah beberapa hari rumah ini kehilangan Tet, maka sayup-sayup kedengaran suara lolongan kucing yang meminta tolong. Pada mulanya, aku yang sibuk melayan hobi baru (berkebun dan bercucuk tanam di belakang rumah) terperasan juga, tetapi tak tahu dari mana datangnya lolongan itu. Sahabatku, Apai juga terdengar. Sehinggalah dia kemudiannya menge-spot satu makhluk berbulu warna putih di rumah belakang.
Ajaibnya, makhluk itu seolah-olah kaget dan cemas dek kerana dia ter'sangkut' di atas ruangan tingkap di rumah jiranku itu. Ya, makhluk itu adalah Tet.
Segera aku memangil Angah dan Ibu yang kerisauan sejak dahulu akan kehilangan Tet untuk melihat situasi yang berlaku. Dan akibatnya, aku dan Apai terpaksa menebalkan muka bertemu dengan jiran belakang rumah dan meminta izinnya untuk membawa pulang kucing yang bernasib malang itu. Terpaksa control macho tatkala berhadapan dengan si surirumah beranak dua, yang ketika itu hanya bertemankan pembantu rumah sahaja.
Usai sahaja urusan menyelamatkan Tet, Apai segera mendukungnya untuk dibawa pulang. Alangkah malangnya nasib Apai apabila niat murninya itu disalah-ertikan oleh Tet lalu mencakar lengan Apai dengan rakusnya. Tet dibiarkan bebas dan membawa diri.
5 minit berselang, Tet kembali ke rumah. Mungkin kerana lapar. Dan selepas memandikan beliau, Tet bertemu dengan Tot, si ibunya yang risau. Namun, pertemuan Tet dan Tot itu menjadi lebih tragis apabila Tet yang semakin miang itu cuba mencium-cium bontot si ibu dan cuba melakukan sumbang mahram!
Kucing ini memang berperangai binatang!
NUke
Belenging adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan situasi tidak berbaju. Seringkali dirujuk kepada si pelaku yang sedang tidur. Ringkasnya, tidur dengan tidak berbaju.
Jadi, kelebihan ini ternyata lebih berpihak kepada lelaki lah, memandangkan lelaki tidak memiliki payudara yang ranum, dan itu bukanlah sebahagian daripada aurat mereka.
(Wanita pun boleh saja nak ber-belenging time tidur, tapi make sure korang belenging dengan suami korang lah ya! Dan pastikan pintu bilik berkunci. Haha!)
Bila ditanya pada orang yang lebih berusia perihal belenging ni, mereka cakap ada baik dan buruknya. Yang baik, tentulah dapat menyejukkan badan dengan segera. Dan juga cepat mengeringkan peluh-peluh di badan.
Dan yang tak eloknya, mendedahkan ruangan dada (ketika baring) terlalu lama kepada angin sejuk boleh menyebabkan dada menjadi sejuk dan cenderung mendapat penyakit (paru-paru berair). Lebih buruk dilihat juga kalau dada-dada anda itu berparut-parut dan teruk kulitnya. Orang lain pandang pun jadi geli. Haha.
Aku yakin lah, kebanyakan lelaki (atau kemungkinan semua lelaki) kat sini pernah belenging time tidur. At least sekali. Yang perempuan, aku tak pasti. Mungkin anda ada cerita nak dikongsi?
pic credit: Google.
NUke
dalam topik : lelaki
Seperti yang tertulis pada pembuka antologi ini, Kopi adalah gabungan 19 cerpen Fixi yang diilhamkan oleh minuman yang tidak asing ini. Sama seperti kepelbagaian rasa kopi, antologi Kopi ini juga mempunyai kepelbagaian yang sama. Pahit, manis, pekat, cair... semuanya ada.
Dibuka dengan 'Kopi 3 Rasa' oleh Shaz Johar, pembaca akan dibawa menyingkap kisah sebuah keluarga yang masing-masing mempunyai kisah 'kopi' tersendiri. Sebagai pembantu rumah keluarga itu, perlu bagi Kartika untuk memenuhi kehendak tuan besar, puan besar dan juga anak perempuan mereka. Penghujung cerita yang sangat luar biasa bakal menemui pembaca.
'Bersaksi Kopi' karya Dayang Noor pula lebih kepada situasi serba salah seorang wanita terhadap seorang lelaki setelah kesudiannya mendengar segala macam cerita lelaki itu, dan kesudiannya memberikan nasihat itu disalah ertikan. Wujudkah erti kekejaman dan kezaliman dalam perihal ini? Terpulang kepada tafsiran pembaca sendiri. Ada ketika ia menjadi simpati, ada masa, menjadi lawak pula.
Namun, kisah dramatik kopi lebih tersusun dan digamat baik menerusi 'Kopi Kola' hasil nukilan Nadia Khan. Pertemuan dua individu yang berlatarbelakangkan keluarga berbeza - moden dan kampung menjadikan pertemuan itu lebih bermakna. Dari situ, timbul rasa cinta dan seterusnya kehendak untuk mahukan satu ikatan. Kopi dan Kola pula menjadi gelaran masing-masing; dan dramatiknya, semua itu mungkin tidak kekal lama apabila salah seorang daripadanya sepi menghilangkan diri dan tiba-tiba muncul kembali, setelah menemui pengganti.
Obsesi terhadap bekas kekasih juga menjadi salah satu kesan adiktif kopi. Menerusi 'Kopi, Donat dan Bayang Gadis Berambut Hijau' memanglah satu cerpen yang unik hasil tinta Adib Zaini. A must-read short stories, yang akan membongkar segalanya pada pengakhiran. A worthy reading!
'Cinta Kopi' pula mengisahkan persahabatan seorang jejaka yang sudah dibuang kerja dengan seorang barista di Starbucks. Anehnya, betulkah mereka berdua itu pernah bertemu? Benarkah wujud gadis itu? Atau hanya imaginasi dan khayalan? Another must-read! Menyentuh hati juga karya Gina Yap Lai Yoong ini!
Bayangkan pula anda memiliki seorang isteri yang bermisai dan mengenakan tudung berserban ala-ala Yuna! Bukankah lawak? Karya bersahaja Ridhwan Saidi berjudul 'Luwak dan Kretek' ini mungkin perlu dibaca dua kali sebelum mendapatkan gambaran yang sebenarnya. Dan ia adalah olahan yang paling menarik dalam kumpulan cerpen ini!
Mengambil latar belakang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), karya 'Kopi Percik' oleh Amal Hamsan adalah kisah yang paling menyentuh emosi dan perasaan pembaca. Jangan ditanya mengapa, tetapi cukuplah kita ingat bahawa ada ketika roh tidak menyedari akan jasad yang telah pun 'pergi'. Another must-read!
'Kau Kopikoku' oleh Dheepan Pranthaman pula mengimbau kembali kisah dan pendam rasa cinta seorang murid lelaki berbangsa India terhadap rakan sekolahnya - seorang pelajar perempuan berbangsa Melayu (I think). Setelah terpisah beberapa lama, akhirnya dia berjaya menjejaki semula gadis itu, yang kini sudahpun berumah tangga dan mempunyai cahaya mata. Simbolik plastik gula Kopiko pada awal dan pengakhiran kisah ini sangat menjadi!
Satu-satunya cerpen bergambar dalam antologi ini adalah sebuah karya Nik Adam Ahmad berjudul 'Kopi Jantan Kaw'. Mengenengahkan kisah seorang pengemis, diselang-selikan dengan gambar yang menyempurnakan jalan cerita. Perlukah kita kesal selepas membelanja minum seorang pengemis?
'Cethu' pula dirasakan antara cerpen yang 'berat' dalam himpunan cerpen-cerpen Kopi ini. Tulisan Nabila Najwa ini perlu diambil masa juga untuk dihirup dan difahami. Namun, semua usaha itu perlu dikeluarkan sedikit demi memahami bait-bait mantera cinta yang cuba disampaikan.
Jikalau anda mahukan suatu penceritaan yang unik, 'Barista Cinta' adalah satu contoh terbaik. Tema yang cuba ditonjolkan oleh Shafaza Zara Syed Yusof ini memang memberi kesan dan makna kepada pembaca. Yang menjadi imam, tak semestinya seorang yang tua. Dan yang alim itu tak semestinya lemah lembut. Dan seseorang itu barangkali mempunyai dua identiti berbeza pada siang dan malamnya. Semua itu tergambar daripada mata seorang barista yang memerhati dan memiliki deria hidu yang tajam. A must-read!
Lucah! mungkin itu tanggapan pertama pembaca ketika mula-mula membaca nukilan Asyraf Bakti berjudul 'Hari Inditih' ini. Tetapi, mungkin ada kebenarannya juga disebalik pembongkaran yang dilakukan dua sahabat ini. Awas ya, kepada sesiapa yang gemar makan dan minum di kedai mamak yang memiliki pelayan-pelayan wanita yang putih-putih dan cantik-cantik.
Karya Hafiz Hamzah menerusi 'Malam, Di Meja Tempat Kau Terlentok' juga merupakan salah satu cerpen berat yang memerlukan kefahaman dan tafsiran yang baik oleh pembaca.
Secara peribadi, karya 'Ritual' selayaknya diangkat sebagai terbaik di kalangan terbaik. 'Ritual' merupakan satu kisah cinta yang menggabungkan sisi romantis sepasang kekasih, dan juga menonjolkan isu pengorbanan yang perlu dihapadi oleh si jejaka dan si gadis. Sementelah masing-masing merupakan sepasang kekasih, dan juga adik-beradik seibu, sebapa. A very nice writing by Luc Abdullah. A worthy reading, and a must read!
Kalau cerita-cerita sebelum ini lebih berkisarkan akan kisah cinta manusia, karya Fadhli Al-Akiti berjudul 'Tangan Berulat' ini adalah sesuatu yang luar biasa. Garapan pada permulaan cerpen ini sebegitu bagus sehinggakan pembaca seolah-olah dapat merasakan gerak-gerak ulat dan pasir pada muka, tangan dan muka masing-masing. Manusia? Zombie? Siapa yang memiliki cinta?
Redza Minhat juga menyumbang dalam antologi ini. 'Venti' menunjukkan kepada kita sebagai pembaca akan keutuhan sesorang kepada prinsip, walaupun terpaksa berdepan dengan orang yang dicintai...dalam diam. Short, and simple, yet a worthy reading!
Sedikit thrill, pembaca disajikan dengan 'Kopi Julia' yang dibancuh baik oleh Faizal Sulaiman. 'Sesuatu' yang dikutip dan diperturunkan perlu digunakan sebaik mungkin. Tambahan pula untuk menghapuskan musuh dan juga mereka yang menghalang diri untuk memiliki sesuatu yang diidam-idamkan!
Antara cerpen berat yang terkandung dalam antologi ini adalah 'Secangkir Kopi Bersama Dia' oleh Syaihan Syafiq. Lelaki, sudah berkahwin; juga bercinta dengan lelaki lain. Kesannya? Tahniah! Anda juga mewarisi virus yang akan menjamah perlahan diri dan hidup anda!
Sebagai penutup, antologi ini diakhiri dengan 'Kopi Mimpi' karya Raja Faisal. Antara ayat yang menarik dalam cerpen ini adalah "Orang yang selalu memikirkan tentang dunia lama adalah orang yang suka bermimpi." Meaningful. Satu lagi nukilan yang menyentuh hati. Sungguhpun bermimpi.
Keseluruhannya, Kopi adalah satu bacaan yang sederhana (tidak terlalu ringan, dan tidak terlalu berat) dan perlu dibaca dalam suasana santai. Membaca antologi ini ketika berada dalam tren keretapi atau bas barangkali akan menambahkan stress dan tekanan; sementelah tajuknya sendiri sudah jelas memberikan gambaran yang sepatutnya - KOPI.
Rileks, santai, bersahaja, nikmat, dan lupakan dunia lain!
Judul: KOPI
Editor: Amir Muhammad
Tahun: 2012
Skor: 4.0/5.0
NUke
Dalam Vlog yang lepas, saya kata akan berkongsikan 5 album kegemaran 'sepanjang-masa' kan? Jadi, inilah 5 album yang saya maksudkan itu...
Kalian? Kongsikan bersama di sini.
NUke
Ya, berikut merupakan senarai pemenang bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011 / ABPBH 25) yang baru berlangsung seketika tadi.
Untuk edisi Jubli Perak ini, ABPBH juga turut memperkenalkan satu lagi kategori khas - Anugerah Seri Perak, yang menampilkan finalis-finalisnya terdiri dikalangan pemenang 'Bintang Paling Popular' sepanjang acara ini diperkenalkan.
Pemenang ditebalkan.
Pengacara TV Lelaki Popular
- Aznil Nawawi
- Faizal Ismail
- Ally Iskandar
- Awal Ashaari
- Zizan Razak
- Fara Fauzana
- Cheryl Samad
- Sharifah Shahira
- Raja Azura
- Nurul Syuhada
Penyampai Radio Lelaki Popular
Penyampai Radio Wanita Popular- Faizal Ismail
- Aznil Nawawi
- AG
- Halim Othman
- Khairil Rashid
- Fara Fauzana
- Linda Onn
- Raja Azura
- Abby Fana
- Sharifah Shahira
Pelakon TV Lelaki Popular
Pelakon TV Wanita Popular- Aaron Aziz
- Adi Putra
- Remy Ishak
- Fizz Fairuz
- Fauzi Nawawi
- Fasha Sandha
- Tiz Zaqyah
- Scha Al-Yahya
- Nora Danish
- Rozita Che Wan
Pelakon Komedi Lelaki Popular
- Zizan Razak
- Johan
- Nabil
- Along Cham
- Afdlin Shauqi
Pelakon Komedi Wanita Popular
- Noorkhiriah
- Sharifah Shahira
- Didie Alias
- Kenchana Dewi
- Alliza abdullah (Enot)
Penyanyi Lelaki Popular
- Faizal Tahir
- Anuar Zain
- Aizat
- Hafiz
- Black
Penyanyi Wanita Popular
- Najwa Latif
- Yuna
- Stacy
- Alyah
- Shila Amzah
- 6ixth Sense
- Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah
- Meet Uncle Hussain & Hazama
- Bunkface
- Forteen
- Aaron Aziz
- Shaheizy Sam
- Adi Putra
- Shamsul Yusof
- Bront Palarae
Pelakon Filem Wanita Popular
- Lisa Surihani
- Maya Karin
- Diana Danielle
- Yana Shamsudin
- Eja
Artis Baru Lelaki Popular
- Johan Ariff Asari
- Hazama
- Awi Rafael
- Aeril Zafrel
- Beto Kusyairi
Artis Baru Wanita Popular
- Tasha Shilla
- Najwa Latif
- Neelofa
- Nur Fathia
- Izara Aishah
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
- Datuk Sheila Majid
Anugerah Seri Perak
- Aishah
- Zainal Abidin
- Eman Manan
- Datin Sofea jane
- Datuk M. Nasir
- Ziana Zain
- Dato' Siti Nurhaliza
- Rosyam Nor
- Saiful Apek
- Mawi
- Nabil
- Shaheizy Sam
Bintang Paling Popular
- AARON AZIZ
Trivia:
- Aznil Nawawi dengan tidak semena-mena naik ke pentas selepas pemenang Pengacara TV Lelaki Popular diumumkan. Menurutnya, beliau sudah lama menantikan saat ini (kemenangan bertukar tangan), dan mahu menyampaikan trofi kemenangan itu kepada Zizan Razak.
- Fizz Fairus kelihatan kaget dan mungkin cuba mengawal emosi dan tangis; ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Pelakon TV Lelaki Popular.
- Persembahan oleh Azlan dan Ziana Zain adalah yang paling mantap (setakat ini). Kedua-dua mereka berpadu suara mendendangkan lagu Anggapanmu dan Lagu Untukmu.
- Yuna mengekalkan kemenangan Penyanyi Wanita Popular selama 2 tahun berturut-turut. Beliau yang tidak dapat hadir pada malam itu, diwakili penyanyi baru, Diandra Arjunaidi yang menerima trofi bagi pihaknya.
- Penangan filem Ombak Rindu betul-betul jelas pada ABPBH kali ini. Aaron Aziz, Maya Karin & Hafiz adalah mereka yang terkena akan tempiasnya.
Tahniah kepada para pemenang!
NUke
dalam topik : award
Sejak mula melibatkan diri dalam dunia Twitter setahun yang lalu. Dunia saya semakin luas dan terdedah. Dan macam-macam ragam manusia dapat dipelajari.
Seseorang akan lebih mudah memahami hidup dengan menggunakan twitter. Kalau mereka suka kamu, mereka follow. Sampai lah ketika rasa menyampah mula menguasai diri... unfollow saja.
Haha. Itu cuma perumpamaan. Cewah.
Apa-apa pun, mendapat kenalan yang hebat; dibalas komen oleh artis-artis, dan juga berpeluang menyertai aktiviti hanya dengan jemputan dari twitter adalah antara pengalaman yang cukup istimewa.
Ikuti perkembangan badan saya di twitter: @nukerude
NUke
dalam topik : life
Sambungan daripada naskah pertama – Jimi
dan Raksasa Misai di Sekolah, menyaksikan karya Fadhli Hamdan ini lebih
bermakna. Kisah cerita dalam naskah kali ini lebih terfokus kepada Jimi yang di’denda’
untuk menyertai Kem Bina Disiplin, akibat tindakannya bergaduh dengan Alif
tempoh hari.
Jimi dalam Akibat Jambul Alif!
Pembaca akan dibawa bersama-sama mengamati
segala macam perkara yang dipelajari Jimi semasa menghadiri kem tersebut
sekaligus mengimbau kembali kenangan-kenangan manis dan pahit semasa zaman kita
bersekolah dahulu kala.
Ketika di kem tersebut juga Jimi
akhirnya mengerti erti kesungguhan dan bersyukur setelah dia berkenalan dengan
Hakim. Apa yang dipelajarinya? Kena baca sendiri buku ini!
Impian tetap impian, janji tetap janji. Jimi
mula mengatur strategi untuk memperbaiki prestasi pelajarannya. Dia turut
dibantu kenalannya dan juga kembarnya, Mimi. Jimi menggunakan kemahiran mencontengnya
untuk menghafal dan memahami matapelajaran yang lemah. Dalam masa yang sama,
Mimi juga mengajak Jimi untuk menyertai aktiviti pada Minggu Bahasa Inggeris
setelah tamat peperiksaan pertengahan semester kelak.
Kesungguhan Jimi mengulangkaji pelajaran
terserlah sehinggalah dia jatuh demam pada malam sebelum peperiksaan. Namun,
dia masih sempat pulih dan menjawab peperiksaan dengan sebaiknya.
Adakah Jimi memperoleh keputusan 5A
dalam peperiksaannya itu? Bagaimana pula dengan janji oleh si Ayah berkenaan
dengan basikal?
Dan apa pula kesudahan Alif, si musuh
yang selalu menyusahkan hidup Jimi itu?
Kenalah baca buku ini!
Skor: 4.0/5.0
Judul: Jimi dalam Akibat Jambul Alif
Oleh: Fadhli Hamdan
Terbitan: PTS Pop Sdn Bhd
Harga Pasaran: RM12.90 (W/M’sia) / RM
14.90 (E/M’sia)
Tahun: 2012
p/s: siapa-siapa yang memang minat dengan karya contengan kartun, memang perlu memiliki naskah-naskah ini.
NUke
Jadi, sebagai penggemar muzik, sudah tentu aku menyimpan dan mengumpul koleksi album secara keras dan juga digital. Dan kebanyakan daripadanya dibeli secara sah. (Haha!). Jadi, apakah album-album yang paling anda suka?
Kongsikan bersama-sama dalam vlog kali ini dan vlog akan datang!
NUke
Siapa-siapa yang tidak tersenyum dan
tersengih-sengih bersendirian selepas membaca naskah debut Fadhli Hamdan ini
barangkali tidak mempunyai zaman kanak-kanak yang ceria. Pemilik blog ‘contengconteng’ ini akhirnya memenuhi permintaan peminat karya kartunnya tahun ini
dengan terhasilnya buku terbaru. Lebih bermakna, bukan sahaja satu buku, tetapi
dua!
Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah
bermula dengan impian watak utamanya, Jimi (seorang murid sekolah rendah) untuk memiliki sebuah basikal setelah
terlihat akannya ketika keluar bersama keluarga di pasaraya. Namun, impian
untuk memiliki basikal idamannya itu tidaklah dimakbulkan sebegitu sahaja
apabila si Ayah memberikan syarat untuknya memperoleh keputusan 5A dalam
peperiksaan pertengahan tahun sebelum boleh memiliki basikal itu.
Dan dari situ, kisah Jimi bermula.
Gambaran hidup keluarga mid-class jelas digambarkan dalam keluarga Jimi, yang
juga mempunyai kembar perempuan, Mimi – yang jauh lebih pandai daripadanya.
Kehadiran kawan-kawan Jimi dan Mimi seperti Ganesh, Jason dan Mei Ling
menambahkan rencah jalan cerita ini.
Tak lupa juga akan watak antagonis –
Alif yang digambarkan sebagai seorang murid yang ‘poyo’ dalam kisah ini, sesuai
dengan jambul yang dimilikinya.
Juga perlu diberi perhatian akan ‘komik
di dalam komik’ pada pertengahan jalan cerita ini; yang mana Jimi secara tidak
sengaja telah menyinggung perasaan Cikgu Rosman, guru disiplin di sekolahnya.
Ketahui juga tips-tips belajar yang
dikongsikan Mimi kepada Jimi, yang mana menjadikan buku ini bukan sahaja satu
bacaan ringan semata-mata, tetapi penuh dengan ilmu yang berguna juga!
Jimi juga menyertai pertandingan
mencipta logo untuk kelab Sains dan Matematik, yang mana dia kemudiannya
dipilih sebagai pemenang dan mendapat keahlian percuma ke dalam kelab itu.
Semua itu mungkin menggembirakannya untuk seketika sehinggalah dia menyedari
bahawa musuhnya, Alif turut berada di dalam kelab yang sama.
Pembaca akan dibawa hanyut bersama contengan
yang sedikit tampak ‘messy’ tetapi kemas Fadhli Hamdan mendalami kisah hidup
Jimi dan strateginya untuk memperoleh 5A. Namun, cerita ini sudah tentu
bukanlah satu kisah gembira semata-mata; tatkala kesabaran Jimi akhirnya
melampaui batas, akibat tidak berpuas hati dengan sikap Alif.
Akibat dari tindakannya itu, Jimi
akhirnya dikenakan hukuman.
Menarik kan? Kalau nak tahu apa yang
berlaku kepada Jimi, kena dapatkan naskah Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah
dengan segera!
Skor: 4.0/5.0
Judul: Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah
Oleh: Fadhli Hamdan
Terbitan: PTS Pop Sdn Bhd
Harga Pasaran: RM12.90 (W/M’sia) / RM
14.90 (E/M’sia)
Tahun: 2012
Notakaki: naskah ini ada sambungannya,
berjudul Jimi dalam Akibat Jambul Alif. Ulasan menyusul kemudian.
NUke
Bila ditengok semula gambar tu, comel kan? Itulah aku waktu kecil2 dulu. (Damn! Aku lagi comel kot). Ada pesan orang-orang tua dahulu kala, kata mereka 'Jangan duduk di atas bantal, nanti punggung kena bisol'. Sejauh mana kebenarannya, aku tak mahu banyak komen.
Rasionalnya, memang wajar pun kita ditakut-takutkan sedemikian rupa. Sementelah, bantal tu kita gunakan untuk meletak kepala semasa tidur, jadi agak kurang elok dilihat kalau kita memperletakkan punggung di atas bantal kan? Lagipun, kalau duduk atas bantal ni, tiba-tiba terkentut, tak ke baunya terserap dan melekat terus kat bantal. Nak nak pula bantal kekabu, ada juga yang lekat baunya tu sepurnama lamanya.
Pasal bisol tu... errr, sebenarnya aku pernah terkena. Tak tahulah kebetulan ke apa, satu ketika tu memang aku agak gemar duduk atas bantal. Tak lama lepas tu, bisol pun menjelmakan diri di punggung. Ouch!
Tu lah namanya pantang larang.
NUke
dalam topik : pantang larang
Kembali normal setelah bulan Mac lepas difokuskan semata-mata untuk kisah KAC3, yang mana menyaksikan total pageview blog paling tinggi (additional 2000 views) berbanding February 2012.
Sedar tak sedar, dalam kesibukkan aku menyiapkan siri KAC3 tu, aku sempat me'lancar'kan satu lagi blog baru yang mana proses pembikinannya mengambil masa yang lama juga. Dan hari ini, secara rasminya aku akan memperkenalkannya kepada kalian. Kiranya ni macam side project aku lah.
MuzikKAH?
(setelah dibiarkan di dalam development hell selama 4 tahun).
Nak tahu apa kandungannya, silalah melawat blog itu dengan menekan link di bawah:
Terima kasih.
NUke
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.