"Ayah! Bangun ayah!"

Tempikan yang dilemparkan oleh Aneesa itu terus membuatkan ibu, kak long dan juga Achik terbangun daripada tidur. Ruang tamu yang penuh dengan tubuh yang bergelimpangan, menikmati tidur itu tiba-tiba menjadi hingar bingar. Dek kerana tempikan itu juga, Mak Cik Su dan keluarganya yang tidur disebelah keluarga Aneesa juga terjaga. Ia disusuli dengan keluarga Pak Ngah yang tidur di dalam bilik berhampiran ruang tamu.

Rumah Opah kembali terang dengan limpahan neon dan kalimantang yang menyilaukan mata anak-anak kecil yang lena dibuai mimpi.

"Kenapa ni nak?", ucap Ibu, memeluk erat Aneesa. Ubun-ubun gadis itu diusap perlahan sambil perilaku kasar yang dibalsnya itu cuba ditenangkan oleh Kak Long dan Achik. Aneesa menangis sambil terus menerus berteriak. Dia mengenangkan ayah yang tiada lagi di situ. Aneesa sedih kerana tidak dapat bersama-sama ayahnya pada malam raya itu. Yang mana ayahnya itu sedang berjuang di bumi Bosnia.



Aku? Aku hanya mampu terkebil melihat segala drama yang dipaparkan kerana itu semua hanyalah 


KHAYALAN dan IMAGINASI aku saja!

Haha! Mengarut je.

NUke

5 Comments:

  1. MrsAyie said...
    alah.. baru terasa best nak terus baca dah habis..

    *Imaginasi dan khayalan pemula karya yang menarik ;)
    FaizalSulaiman said...
    uiks nuke..idea baru ek??hehehe
    zixol said...
    hahaha...ko da kembali normallll
    NUke_Rude said...
    mrsayie:
    eh! selamat datang ke dunia blog saya. ahhaha. saya ni mmg suka mengarut ntah apape.

    faizalsulaiman:
    hah. spontan je kot. masih not in the mood nak sambung series tu. hahaha.

    zixol:
    yeah! kembali normal semula!!
    Muhamad Zaki Zafir said...
    naseb baik aku scroll down dulu.kira spoil cerita lah.haha. :D

    tapi bgs la cerita kau.tak rasa nk sambung ke? :)

Post a Comment



Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.