Setelah 4 bulan undian dibuka; maka para pembaca blog ni telah sepakat mengundi dan memilih album Thank You Allah oleh Maher Zain sebagai Album Terbaik 2010. Album Thank You Allah memuatkan lagu-lagu nasyid kontemporari dan berentak R&B, yang kini merupakan trend semasa dalam penyampaian dakwah. Buktinya, dengan penerimaan pendengar tempatan terhadap lagu-lagu hits seperti Insha Allah, The Chosen One dan For The Rest of My Life

Dalam so-called kajian itu, Thank You Allah turut disaing hebat oleh buah tangan Yunalis Zarai (Yuna); juga dengan album studio pertamanya, Decorate; yang mendapat undian kedua tertinggi. Padat dengan lagu pop dan balada yang liriknya penuh dengan makna (Gadis Semasa, Cinta Sempurna, Random Awesome); Decorate juga boleh diiktiraf sebagai satu produk muzik tempatan terbaik tahun 2010.

Terima kasih kepada lagu-lagu hebat seperti Bad Romance, Telephone, dan Alejandro; album The Fame Monster oleh Lady Gaga menjadi pilihan ketiga sebagai album terbaik untuk tahun 2010 oleh pembaca blog ni. Mungkinkah album ini berjaya dinobatkan sebagai 'Album of the Year' pada anugerah Grammy awal Februari ni? Entah. Aku pun tak sure boleh ke tak. Tapi, harapan tu tetap ada.



To all who has cast your vote; thank you.


NUke

5 Comments:

  1. zixol said...
    maher zain mmg terbaik..satu lg lagu paling best n slalu aku pasang masa kelas, open your eyes..sekian
    Joey said...
    sorry, I dont like maher zain at all. His music just plain, but because has intipati keinsafan maka semua orang kat malaysia pun minat.

    But hey, itu citarasa masing-masing. I hormati apa yang orang minat.


    p/s I do want Gaga to win the AOTY, but Lady Antebellum and Eminem might give Gaga a run for her money :P
    mie said...
    semestinya maher zain terbaik..
    ehehheee
    Faizal Sulaiman said...
    memang album maher zain yang paling terbaik!
    NUke_Rude said...
    zixol:
    oh. lagu tu pun best jugak. meaningful :)

    joey:
    i like you lah bro! u're always diffrent from others. & that kind of idea is actually the one that i've been looking from the readers! haha.

    mie:
    yeah. maybe sebab kat malaysia ni lately takde produk nasyid yg bagus & bjaya mnambat smula hati pendengar kot. sbb tu kta leh accept si maher zain ni.

    faizalsulaiman:
    ye lah bro. baru 1 je album dia.. tgu la thn ni, dia kuar album baru lagi. nak compare yg mana satu lagi bagus. haha.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.