Tahniah kepada TV3 kerana berjaya menganjurkan Anugerah Juara Lagu yang sudah pun masuk edisi ke-25. Sememangnya harus diakui, dalam pada ramai pemerhati mengkritik hebat dengan senarai lagu yang layak ke pentas akhir, namun, masing-masing juga tertunggu-tunggu akan lagu mana yang bakal dijulang sebagai Juara Lagu; manisnya untuk edisi Jubli Perak ini - 25.



Persembahan pembukaan oleh bekas-bekas juara sememangnya mengimbau segala memori bersama AJL. Dimulakan dengan Francissca Peter yang mengalunkan lagu Sekadar Di Pinggiran, diikuti dengan Nash, Pada Syurga Di Wajahmu sebelum diakhiri dengan M. Nasir yang mendendangkan lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud dan Ghazal Untuk Rabiah. Menariknya pemilihan mereka ini sebagai pembuka tirai AJL25 mempunyai signifikan tersendiri.

Melihat kepada persembahan semua finalis yang bertanding; beberapa kesimpulan boleh dibuat. Pertama, hampir semua finalis mampu dan berjaya mengawal vokal dengan sangat baik; dan hampir sempurna. Awalnya, menjangkakan Yuna boleh mengungguli kategori itu, namun, pilihan seakan berubah-ubah kepada finalis yang seterusnya membuat persembahan. Vokal yang memang diperakui mantap dan 'most outstanding' pada malam persembahan AJL25 ialah Hafiz (Noktah Cinta), Black (Sofea Jane) dan Yuna (Cinta Sempurna). Jadi, tiada isu berbangkit apabila Hafiz dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik AJL25 memandangkan dia dengan selamba saja menyanyikan lagu itu dengan nada yang tinggi. Oh ya! Tanpa kerutan terlihat di wajahnya.

Mengenai persembahan, kita terpaksa memuji semua finalis kerana berjaya bertindak kreatif dalam penyampaian lagu. Persembahan daripada Yuna menyaksikan pentas AJL penuh dengan pokok-pokok yang tinggal ranting cuma; persembahan API dengan vokalis yang dipalit 'darah' dan juga berbalut tangan. Paling menarik adalah persembahan Hafiz yang nampak 'real' seolah-olah ditembak. Cara dia jatuh pun nampak real. Menjadikan suasana dewan sedetik cemas. Namun, kejutan yang dilakukan Hafiz kemudiannya dijamah perlahan oleh penonton yang kemudiannya khayal dengan Adira yang 'berterbangan'. Muncul pula Faizal Tahir yang diikat tangannya, dan pada pertengahan persembahan, penonton dikejutkan dengan FT yang jatuh ke dalam kolam air, semasa persembahan Hanyut. FT sebelum itu muncul bersama beberapa pelakon tanah air yang menjayakan persembahan Selamat Malam.

Keputusan tempat ketiga yang memihak kepada Noktah Cinta memang memberi sedikit kejutan kepada semua. Sebab rata-ratanya cuma dapat mengagak 2 lagu yang akan berada di kelompok teratas. Bila saja Noktah Cinta diumumkan sebagai pemenang Tempat Ketiga, masing-masing mulai berdebar. Drama King nyanyian Meet Uncle Hussain dan Black muncul sebagai Naib Juara, seperti yang diramal kebanyakkan peminat dan penonton. Lagu baik memang seharusnya berada di posisi kejayaan yang baik. Drama King sebelum ini pernah disenarai pendek dalam kategori Lagu Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-17, namun gagal.

Ramalan kini lebih tertumpu kepada Faizal Tahir atau Yuna yang diteka ramai mampu mengungguli Juara Lagu kali ini. Namun, bila saja Ally Iskandar mengatakan bahawa Juara Lagu milik seorang penyanyi yang juga penulis lirik dan komposer bagi lagu itu, maka pilihan kini hanya ada 2; sama ada Yuna, ataupun Ana Raffali.


And that's it. Ana Raffali menang! Menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku. Satu kejutan hebat buat penonton dan peminat Anugerah Juara Lagu!

Lagu dia serius sedap! Dan bila difikir-fikir semula, lagu ni memang berkualiti! What more can I say about this song?

Anugerah Juara Lagu ke-25

Vokal Terbaik: Hafiz (Noktah Cinta)
Persembahan Terbaik: Faizal Tahir (Hanyut)

Tempat Ketiga: Hafiz (Noktah Cinta)
Naib Juara: Drama King (Meet Uncle Hussain & Black)
Juara Lagu: Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku)



NUke

6 Comments:

  1. Sang Kucing said...
    Kemenangan Ana Raffali memang mengejutkan banyak pihak (termasuk sy yang tak familiar dengan lagu tu)
    sy bukanlah peminat Hafiz, so mgkin anggap vokal die biasa2 je, Lain la pada juri2 profesional.
    M.U.H selayaknya menang walaupun ditangga kedua.
    Bagi sy mungkin kekreatifan faizal dalam mencorak persembahan yang memberikan kemenangan padanya
    zixol said...
    tetibe terminat lagu adira..even xtgk ajl..
    FaizalSulaiman said...
    Aku baru dengar lagu Ana ni full version. Didengar banyak kali, memang best..ada influence country sikit2.ko perasan x?
    ismael zaharee said...
    MMg x sangka Ana.. mulenye aku dh sebut nama Yuna.. YUNA Suara pun bagus, even show x ada kelam kabut...

    juri know the best..
    Tp seriously, performance Ana R mlm tu agak berserabut....

    Adira aku suke sgt... dan lagu tu sweet..

    Stacy so jahat spai tercabut tocang.. hahaha
    NUke_Rude said...
    kucing:
    ya. ramai yang terkejut dgn kemenangan ana raffali. but yet, for me it is still a good quality song, yg sebelum ni ramai tak perasan. But yet, rasanya lagu tu masih tak dapat menafikan keberkesanan melodi dan lirik Cinta Sempurna. So.. hm..

    zixol:
    haha, ko ni mcm2 la bro!

    faizalsulaiman:
    haha. memang la. kalau dgr byk2 kali, bole jd sdap lagu tu. pasal influence country tu, x brape prasan lak sblum ni.

    ismael:
    yup. ramai yg menjangkakan sama ada FT atau Yuna, tapi juri pun ade sebab kenapa dorg memilih Ana Raffali.
    k.A said...
    hehe,aku suka ana raffali. mula dari hujan bunga di kuala lumpur, then tolong ingatkan aku. aku rasa performance dia better kalau hanya dengan style baju kurung and gitar dia. konsep teater yang cuba dibawak memang nampk berserabut sikit. mungkin ilham dr zahiril adzim kot konsep tu.

Post a Comment



Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.