Aku percaya masing2 ada luck masing2. Dan tak perlu untuk kita semua jeles akan perkara itu. Paling tidak, sekali sure kita pernah menang cabutan bertuah ke, main tikam2... ,ape ke, apape je la yang boleh dikira ada "luck". But then, bila kita terlalu mahu akan sesuatu benda, dan menyedari yang ianya takkan menjadi realiti, maka kita pun sure akan rasa jeles. Tambah2 lak, kalau cabutan bertuah yang hadiahnya begitu menggiurkan.

But then, aku pun tak mahu berharap sangat lah. Sebab, pada aku, walau takde luck nak menang pun, dapat mengexperience excitement utk menang tu pun dah cukup bagus. Dulu2 zaman belajar, aku slau gak menang cabutan bertuah kejadahnye ni. Rezki tuhan nak bagi kot. Jimat la duit poket. Ye la, zaman2 dlu kan miskin. Skang ni dah keja, bole la pakai broadband! Haha.

Bercakap pasal Broadband, haritu aku saja2 la update profile Maxis Broadband aku. Sebab dah alan2 ada peluang bole menang hadiah percutian worth RM 10,000. Aku pun join saja. Dan oh! Dia kata, kalau update pun dah boleh menang payung masix broadband. Tu pun ade tulisan kecik "while stock lasts".


Dengan niat bersahaja, aku update kan saja profile aku tu, tanpa sebarang harapan untuk mendapat apape.

Dan tak lama selepas itu, ade org kurier payung maxis tu kat aku! Tapi aku tetap musykil sebab time aku balik kerja hari sabtu haritu, aku tak nampak pun ada parcel kat porch rumah tu. But then, bila akak aku datang rumah, dia pulak yang prasan ada parcel. Dan before that, aku takde pulak dengar orang kurier panggil2 or hon2 van ke. Mentang2lah aku dapat payung je, ko main campak je kat porch keta!

Apape pun, Alhamdulillah la. Dapat payung pun okay apa. Kiranya, time aku update profile tu, ade stok lagi lah payung tu kan?? Hahaha.

Sebelum ni pun pernah dapat payung jugak time melawat MAHA 2008. Orang2 kat situ ingat aku n kawan2 aku ni "media" yang buat coverage utk Menteri Besar Selangor. Haha. Tah apape.

Skang ni tengah dalam proses nak mengasah 'luck'. Mana la tau lpas2 ni ada kontes boleh menang Myvi... bole la cuba2.

NUke

9 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    heh aku teringat mimpi ko menang kontes coca cola.hahahahaha
    Unknown said...
    incik. sebarang aduan terhadap pos malaysia bleh call 1300 300 300 yer. huhu. parcel tu kire "packet kecil" haha

    makin dalam pengetahuan mengenai kurier. haha
    iyllienaz said...
    haha...ok la tu.aku xpernah lucky bab2 lucky draw..
    Mel said...
    ehhh! world stage passes! :D lol!
    Zuwairi said...
    bagi kat aku la hadiah tu;)

    follow ko.
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    tu la. luck dlm mimpi pun ok je kot.. hahah.

    mell:
    hahha.. tapi, aku rs bukan pos msia yg anta. huhuhu..

    iyllie:
    tapi maybe luck ko pada bnda lain kot! sapa tau? :D
    NUke_Rude said...
    lizquek:
    i'd tried tho. but i dun think i hv luck for this one. huhuhu :(

    zue:
    hahah. payung tu aku dah frame kan. hahah. thanks.
    a.t.O.k. said...
    kau sgt bertuah dengan mende yang berkaitan dengan payung kan?
    charco said...
    hehehe...ok pe dpt payung tu...cm lawa je aku tgk..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.