Salam.
Kerosakan pc aku tempoh hari barangkali memberikan manfaat kepada aku - untuk meluangkan masa bersama2 keluarga dan adik-beradik yang lain. Dan oh! Disebabkan pc aku rosak juga lah sekarang ni aku suda berjinak2 melayan citer Korea kat 8TV tu. Tak silap, tajuknya Brilliant Legacy. Alah, kat Malaysia ni, nama je citer Korea, tapi dah alih bahasa ke bahasa Cina. Reason? Tak payah la nak ade subtitle chinese and malay at the same time kan? Kalo tak, semak je aku tgk skrin tu nanti.
Back to family's activities, hujung minggu yang ade cuti hari Wesak haritu, aku dan adik-beradik mengambil peluang cuti hujung minggu tu untuk balik ke kampung Sungkai, Perak. Tujuan? Saja2. But more to nasihat dan ajakan ibu supaya menjenguk opah kat kampung tu. Ye la, Opah dah tua, lepas ni entah sempat atau tak nak berjumpa dan bergurau senda dgn opah lagi.
Orang kampung kata, opah aku ni 'hot' gila waktu muda2...
Walaupun opah tu 'garang' dulu2, tapi itu lah yang menarik. Bila dah berkumpul ramai, bukak cerita dulu2 pasal kenangan masing2 dengan opah. Aku ingat lagi, time kitorang sekolah2 dlu, bila tiba je hujung minggu dan waktu cuti, opah lah yang menjadi 'cook' utk makan tengah hari. Lauk feveret aku dan abang aku (Uda) semestinya Ayam Masak Kicap. Peergh!! Marvellous beb! Memang sedap!! Kalau boleh, tiap2 hari nak makan lauk tu. Tapi of course la tak boleh kan. Parents aku bukannye cop duit nak beli ayam banyak2.
Anyway, pernah ade skali tu, waktu cuti sekolah. Masing2 duk berkumpul tengok citer hindustan (rasanya), time tu dah pukul 4 lebih la. Opah dah start bising suruh aku, Uda, dan yang lain2 solat Asar. Opah kata, takde pekdahnya duk mengadap 'citer Setan' tu. Opah siap ugut nak repot kat ibu n ayah lagi kalau kitorang tak sembahyang.
"Aku kabor kat ayah kamu... Dah tak nak semayang dah ye!", ugut Opah.
Aku pun pergila amik semayang dan solat Asar kat bilik depan, biasalah, mesti tak khusyuk punya, sebab aku boleh sedar opah kuak pintu tu dan tengok aku sembahyang! Nampak sangat dia tak yakin dengan kitorang! Hahahaha!!!
Habis semayang, aku sambung ngadap tv. Cantek je timing aku, aku duduk je, terus kuar iklan, pastu Azan Asar baru je masuk waktu (TV3 manade azan, dia kuar hadis2 tu je). Aku tak puas hati, aku tanya la opah!
"Apa ni opah, baru je masuk waktu Asar!!", kata aku yang tak puas hati. Dan opah dengan slambernye menjawab:-
"Hmm.. mana lah aku tau..."
--
Dan sampai hari ni, aku tetap merasakan yang opah itu COMEL!
NUke
dalam topik : family
5 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
sayangilah opah ande selagi ade..em
terus rse cm x jd nk mrh.haha!
:) moga2 dia smakin comel.
azizol:
ye. ni je la masanya pun nk bergembira2 dgn opah.
atok:
tau xpe. trus aku sambung tgk tv lpas tu.