Aku tak pasti pula kalau kalian pernah dengar pasal pantang larang ni. Time aku kecik-kecik dulu ibu selalu pesan dan bagi nasihat pasal buku.
Maklumlah, zaman kecik-kecik dulu, aku sangat rajin menelaah (ceh!) dan membuat kerja sekolah. Tapi, memandangkan buat kerja rumah pun sambil mengadap TV, kadang-kadang tu terlepas juga daripada kerusi meja study, tup tup dah ada depan TV. Maka buku itu dibiarkan begitu saja.
Lalu, ibu pun memesan;
"Kalau dah habis (belajar) tu, tutup buku tu! Jangan biarkan terbuka..."
Sebab apa?
"...nanti hilang semua ilmu itu!"
Logik?
Cuba bayangkan ilmu2 dari dalam buku tu terbang merewang2 ke dalam rumah. Masuk dalam toaster, masuk dalam mesin basuh, masuk dalam blender. Haha. Logik la sangat.
Tapi, apa aku rasa dan apa pendapat aku pasal hal ini ialah:-
1. Ibu tak nak buku-buku sekolah tu kelihatan bersepah-sepah.
2. Tak nak tahi cicak jatuh. Nanti buku tu kotor. Dan aku takde semangat nak belajar. Lepas tu tak dapat timba ilmu.
Logik?
Persetankan. Dan ak masih percaya dengan so-called 'Pantang Larang' ni. Hahaha. Kalau dah habis baca or tak nak sambung baca buku tu, sila tutup.
NUke
dalam topik : pantang larang
7 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
kalau terbang nnti bule tangkap,simpan dlm sangkar
pakai time exam
hehehe
aku pernah terdengar cakap orang tua macam ni dan lepas2 tak baca buku kena tutup.kalau tak setan baca.hehe
hahha. kan? kalau boleh tangkap la. kalo x...terlepas juga. :)
taring merah:
rasanya la. but aku masih ikut pesan ibu pasal buku ni. mungkin sebab dia adalah ibu.
faizalsulaiman:
walaweh, setan baca! hahaha.
yeah! sep!! ada gak org lain yg pnah dgr pasal pantang larang ni!! :)
adamhaiqal:
hahaha. ok apa kalo ilmu tu bole terbang. imaginasi kena lah liar skit. haha