Salam.
Sebagai tuan tanah; kita selalu melepaskan peluang dan mengambil ringan terhadap apa yang kita miliki. Tak banyak perhatian diberikan. Tak banyak penghargaan diluahkan. Tak banyak perkara kita hargai. Kuala Lumpur. Satu ketika dulu, bila Opah atau kakak-kakak aku ajak aku berjalan ke situ, aku rasa sangat teruja. Ataupun, bila saja mahu pulang ke kampung di Melaka; menyusuri jalan-jalan di tengah bandar KL, aku selalu mengagumi kotaraya ini.
Namun, berbeza dengan aku masa kini. Traffic jam, kesesakan, kotoran sampah dan vandalisme; ditambah lagi dengan kedatangan pendatang asing yang semakin ramai membuatkan aku sedaya upaya mengelak untuk berada di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Tapi, beberapa minggu lepas, seorang sahabat telah memberikan satu soalan yang 'kedengaran bersahaja' tetapi penuh makna.
"Jom kita jalan-jalan kat KL. Dah lama rasanya tak jalan-jalan kat KL. Last sekali kau jalan-jalan kat KL tahun bila?"
Jalan-jalan.
Bukan sekadar melintasi. Tetapi menikmati.
Bila kali terakhir aku menikmati apa yang ditawarkan Kuala Lumpur kepada mereka yang mahu menghargainya?
Gambar-gambar berikut adalah hasil tangkapan aku (dan juga sudah ditambahbaikkan mutunya) di Kuala Lumpur tempoh hari.
NUke
dalam topik : malaysia
6 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
(i used to do that pagi2 buta..lepas tu stop for neslo)
yeah! lama x drive kat KL malam2. :)
and minum neslo lepas tu. hahaha
Ri:
haha. unplanned trip jugak sbnrnya ni. :D
hahha. ye la, menara maybank was once the tallest building in KL what... amik la jugak.
taring merah:
pegi la jalan2 KL. nostalgic juga kadang2.