Cis!





Anak buah aku tadi meng-accuse aku 'amik CD BoBoiBoy' dia tanpa kebenaran. dia siap jerit-jerit dan nangis-nangis hentak kaki lagi tu.

Semuanya bermula apabila ibunya masuk ke dalam bilik aku ni untuk online sekejap. Dia pun masuk sama. Dan kemudian dia nampak CD BoBoiBoy aku tu dalam display cabinet bersebelahan dengan meja komputer. cis sungguh!

Punyalah aku bermati-matian menafikan tuduhan beliau. Nafi sekeras-kerasnya. dia jerit kat aku, aku ala-ala jerit balik kat dia!

Tu CD BoBoiBoy Fariss!!!!

Tak! Tu Cikmey punya!!

Faris punya CD!!!

TAK!!!! Cikmey PUNYAAA!!!

Tak nak kawan dengan cikmey!!

Tak nak kawan sudah!!!

(mungkin ketika ini, faris menganggap aku sebagai makhluk berkepala kotak - Adu Du). cis!

Gila pulak rasanya. Budak 5 tahun kot. Tu pun nak gaduh-gaduh. Mau taknya, aku dapat CD tu lepas pergi meeting dengan Animonsta Studios tahun lepas. Kiranya fresh dari studio okay!! Nasib baik ibu si faris tu tau memang CD tu aku punya. Last-last ibu Faris menyuruh beliau ke depan, untuk kira berapa banyak CD BoBoiBoy yang ada dalam simpanannya. Kata ibu Faris; "Berapa banyak CD BoBoiBoy yang Faris ada? ada 3 kan?? Pergi kira kat depan, ada berapa...?"

Faris laju ke depan, dan mengira koleksi CD BoBoiBoy nya itu. Dan kembali ke dalam bilikku.

Sambil teresak-esak dan sedu sedan, dia berkata...

"Ada TIGA..."

Aku tersenyum puas! hahahahaha! Gila jahat aku ni!


"Tapi Faris nak CD BoBoiBoy banyak-banyaaaaaaaakkkkk!!!!"



Budak kecil. Sungguhpun aku sepatutnya boleh beralah dengan beliau. Tapi tak mungkin akan ku serahkan CD BoBoiBoy ak tu semudah itu!!!



Ha Ha Ha!

BoBoiBoy kuasa tiga!!!!

p/s: Gambar sumber google.

NUke

9 Comments:

  1. Unknown said...
    nak jugak
    Faizal Sulaiman said...
    hahahaha

    sakit perut aku baca entry ko pagi pagi ni:)

    dan syok jugak bergaduh dengan budak kecik:P


    ps: weh, pecer ko punya KAC?
    aindbest said...
    hahaha..sonok gk sekali skale gado ngn bdk2 nih..
    kdg2 mrk perlu d ajar sejak dari usia kecil.."hak org lain tetap bkn hak sendiri"...
    -(",)-
    Anonymous said...
    aku rasa ko sangat comey lah bro!
    Unknown said...
    kau dah boleh tukar nama kepada adudu sekang.
    Mel said...
    tsk tsk.. teruknya cikmey. pembuli! :P
    Sky0ne said...
    haha..kelakar pulak aku baca entri ni
    NUke_Rude said...
    taring merah:
    hahah. gi beli kat kedai! :D

    faizalsulaiman:
    terima kasih bro! ni kisah benar ni! hahah

    aindbest:
    yeap! true! sebab tu lah saya x mengalah dengan dia! hahahaha! :D
    NUke_Rude said...
    ano:
    lol. haha.

    Juno:
    tak nak la.. aku x suka makhluk kepala kotak tu!!

    liz:
    hahaha. dia yang buli saya la!!! :D hahaha

    skyone:
    thanks bro!!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.