Salam.

Bukan nak kata apa lah; tapi kadang-kadang blogger yang dah lama 'bertapak' dalam dunia blogging ni pun kadang-kadang ada masa 'blackout' nya. Blank. Banyak idea, tapi tak tau macam mana nak olahkan. Aku tidak terkecuali.

Banyak benda nak dikongsikan; antaranya topik najis, pantang larang, majlis majlis dan sebagainya. Ha? Excited tak? Tunggu dalam entry akan datang.

Sekarang ni (selain sibuk dengan kerja), aku sedang sibuk mengedit gambar2 pertunangan kakak, dan juga memperhalusi 3 bab pertama siri Ku Ampunkan Cintamu 3 yang dijadualkan menemui pembaca sekalian pada 3 Mac 2012 nanti, InsyaAllah.


NUke




Agak keji bila kita round-round kat shopping complex, tengah2 nak cari parking; then kita spot ada 1 kereta Mercedes park dekat ruangan petak Orang Kurang Upaya (OKU). Kalau betullah diorang ni memang cacat or  tak ada upaya, then dimaafkan juga lah.

Tapi apa yang selalu dilihat adalah golongan mereka yang suka menggunakan petak letak kereta OKU ni adalah orang-orang yang sihat wal'afiat dan tak ada masalah kelainan upaya pun.

Dan lazimnya, pihak pengurusan shopping mall; takde pulak nak ambil tindakan 'clamp' or 'saman' kereta-kereta mewah ni.

Agaknya, nak sangat jadi OKU kot.

entah apape ntah.



NUke

Cis!





Anak buah aku tadi meng-accuse aku 'amik CD BoBoiBoy' dia tanpa kebenaran. dia siap jerit-jerit dan nangis-nangis hentak kaki lagi tu.

Semuanya bermula apabila ibunya masuk ke dalam bilik aku ni untuk online sekejap. Dia pun masuk sama. Dan kemudian dia nampak CD BoBoiBoy aku tu dalam display cabinet bersebelahan dengan meja komputer. cis sungguh!

Punyalah aku bermati-matian menafikan tuduhan beliau. Nafi sekeras-kerasnya. dia jerit kat aku, aku ala-ala jerit balik kat dia!

Tu CD BoBoiBoy Fariss!!!!

Tak! Tu Cikmey punya!!

Faris punya CD!!!

TAK!!!! Cikmey PUNYAAA!!!

Tak nak kawan dengan cikmey!!

Tak nak kawan sudah!!!

(mungkin ketika ini, faris menganggap aku sebagai makhluk berkepala kotak - Adu Du). cis!

Gila pulak rasanya. Budak 5 tahun kot. Tu pun nak gaduh-gaduh. Mau taknya, aku dapat CD tu lepas pergi meeting dengan Animonsta Studios tahun lepas. Kiranya fresh dari studio okay!! Nasib baik ibu si faris tu tau memang CD tu aku punya. Last-last ibu Faris menyuruh beliau ke depan, untuk kira berapa banyak CD BoBoiBoy yang ada dalam simpanannya. Kata ibu Faris; "Berapa banyak CD BoBoiBoy yang Faris ada? ada 3 kan?? Pergi kira kat depan, ada berapa...?"

Faris laju ke depan, dan mengira koleksi CD BoBoiBoy nya itu. Dan kembali ke dalam bilikku.

Sambil teresak-esak dan sedu sedan, dia berkata...

"Ada TIGA..."

Aku tersenyum puas! hahahahaha! Gila jahat aku ni!


"Tapi Faris nak CD BoBoiBoy banyak-banyaaaaaaaakkkkk!!!!"



Budak kecil. Sungguhpun aku sepatutnya boleh beralah dengan beliau. Tapi tak mungkin akan ku serahkan CD BoBoiBoy ak tu semudah itu!!!



Ha Ha Ha!

BoBoiBoy kuasa tiga!!!!

p/s: Gambar sumber google.

NUke




Sama seperti manusia, Kucing juga tahu akan 'keterkejutan'. Apa kata kita sama-sama mengenali kucing dengan lebih dekat. Sekali sekala terkejutkan kucen ni seronok gak.




p/s: Mak kucen namanya Tut. Anak kucen namanye Tet. Kadang-kala dipanggil 'Ah-tet'.


NUke



Definisi gembira sekarang ni dah jadi banyak dan bermacam-macam. Hidup dalam negara yang 'membangun' memang memeningkan dan merunsingkan kepala. Ibarat aur dengan tebing dan juga lari dengan kasut tempurung.

Okay, tiada kaitan di situ. Nokhtah.

Bila kita gembira, semua benda seems to be easy dan segala masalah dan halangan yang datang boleh diambil 'mudah' untuk diselesaikan atau diabaikan. Jadi, apakah perkara yang boleh menggembirakan kita?


#8: Mendapat tahu bahawa masih ada duit di dalam akaun bank / dompet.

#7: Kekasih hati tidak merajuk jika kita terlambat menjawab panggilannya / membalas SMS.

#6: Gembira bila perut juga gembira; yakni kenyang dan cukup makan, serta tidak membuat perangai.

#5: Masih mempunyai keluarga, teman dan kenalan yang boleh bergantung harap jika sesuatu yang buruk berlaku.

#4: Mempunyai perlindungan insurans, serta kad perubatan.

#3: Ibu masih menunjukkan kasih sayangnya dengan membancuhkan air Nescafe untuk anda.

#2: Masih mempunyai pembaca blog.

#1: Ada internet yang laju.



Tu sebahagian daripada senarai saja.

Okay. apa pula yang boleh membuatkan korang gembira?

NUke



Aku tak pasti pula kalau kalian pernah dengar pasal pantang larang ni. Time aku kecik-kecik dulu ibu selalu pesan dan bagi nasihat pasal buku.

Maklumlah, zaman kecik-kecik dulu, aku sangat rajin menelaah (ceh!) dan membuat kerja sekolah. Tapi, memandangkan buat kerja rumah pun sambil mengadap TV, kadang-kadang tu terlepas juga daripada kerusi meja study, tup tup dah ada depan TV. Maka buku itu dibiarkan begitu saja.

Lalu, ibu pun memesan;

"Kalau dah habis (belajar) tu, tutup buku tu! Jangan biarkan terbuka..."

Sebab apa?

"...nanti hilang semua ilmu itu!"






Logik?

Cuba bayangkan ilmu2 dari dalam buku tu terbang merewang2 ke dalam rumah. Masuk dalam toaster, masuk dalam mesin basuh, masuk dalam blender. Haha. Logik la sangat.

Tapi, apa aku rasa dan apa pendapat aku pasal hal ini ialah:-

1. Ibu tak nak buku-buku sekolah tu kelihatan bersepah-sepah.
2. Tak nak tahi cicak jatuh. Nanti buku tu kotor. Dan aku takde semangat nak belajar. Lepas tu tak dapat timba ilmu.



Logik?

Persetankan. Dan ak masih percaya dengan so-called 'Pantang Larang' ni. Hahaha. Kalau dah habis baca or tak nak sambung baca buku tu, sila tutup.


NUke

Hari Kekasih dah nak tiba.

Siapa pasangan korang untuk hari istimewa ini nanti?












Maaf, saya tak sambut.


NUke

Itu hari, aku sembang-sembang sama ibu dan juga adik beradik yang lain. Topik perbincangan, pada asalnya lebih berkisar tentang jodoh. Tapi entah macam mana entah, kekarutan kami berlanjutan sehingga ke bab pusat.

Pusat badan. Navel. Belly button.

No. Not Adam's apple you idiot! Itu halkum.


Aku membuat statement kepada kakakku dan ibu. Beginilah lebih kurang kenyataan itu:

Tengok ni, (sambil mengangkat baju menunjukkan pusat) pusat orang cetek je. Tak dalam. Orang tua-tua kata kalau pusat tak dalam ni, jodohnya orang dekat-dekat saja.

Belum sempat aku nak bertanya pada ibu, kakak aku pula menyampuk.

Ha! Kalau macam tu, orang punya jodoh dengan orang yang jauh la! Sebab pusat orang dalam.



Ibu yang sedang mengunyah kuih time tu cuma mampu tersengih. Tersengih sambil kunyah, aku pun tak boleh kot nak buat camtu.

Sebab nak mendapatkan kepastian, aku tanya lah ibu pasal hal ni.

"Betul tak, bu?"


And it comes to my surprise that apa yang 'orang dulu-dulu cakap' kat aku, dan 'orang dulu-dulu' cakap kat ibu adalah dua benda yang jauh tidak berkaitan. Jauh berbeza.

Entahlah. Yang ibu tau, orang dulu-dulu cakap, kalau pusat cetek ni, mati muda. Tak panjang nyawa.





Okay. Bila ayat sebegitu yang keluar daripada mulut ibu; aku pulak rasa cuak. Aku dah tak nak percaya cakap orang dulu-dulu dah.

Tapi, sekurang-kurangnya bukan lah mati pucuk, ye tak?

p/s: Gambar sumber Google.

NUke

Salam.

Sebagai tuan tanah; kita selalu melepaskan peluang dan mengambil ringan terhadap apa yang kita miliki. Tak banyak perhatian diberikan. Tak banyak penghargaan diluahkan. Tak banyak perkara kita hargai. Kuala Lumpur. Satu ketika dulu, bila Opah atau kakak-kakak aku ajak aku berjalan ke situ, aku rasa sangat teruja. Ataupun, bila saja mahu pulang ke kampung di Melaka; menyusuri jalan-jalan di tengah bandar KL, aku selalu mengagumi kotaraya ini.

Namun, berbeza dengan aku masa kini. Traffic jam, kesesakan, kotoran sampah dan vandalisme; ditambah lagi dengan kedatangan pendatang asing yang semakin ramai membuatkan aku sedaya upaya mengelak untuk berada di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Tapi, beberapa minggu lepas, seorang sahabat telah memberikan satu soalan yang 'kedengaran bersahaja' tetapi penuh makna.

"Jom kita jalan-jalan kat KL. Dah lama rasanya tak jalan-jalan kat KL. Last sekali kau jalan-jalan kat KL tahun bila?"

Jalan-jalan.
Bukan sekadar melintasi. Tetapi menikmati.

Bila kali terakhir aku menikmati apa yang ditawarkan Kuala Lumpur kepada mereka yang mahu menghargainya?

Gambar-gambar berikut adalah hasil tangkapan aku (dan juga sudah ditambahbaikkan mutunya) di Kuala Lumpur tempoh hari.















NUke







Sunyi… Kesepian yang menghuni bilik itu membuatkan Xyryll dan Asyraf bertambah buntu. Membisu seribu bahasa. Yang kedengaran hanyalah bunyi bilah-bilah kipas siling yang meniupkan angin panas petang Khamis di Bumi Melaka itu.

Hati Asyraf terasa begitu sebak mengenangkan segala macam kemungkinan antara perhubungan cintanya dengan Xyryll, sementelah kebenaran diberitahu oleh Meor yang dalam diam juga meminati dirinya itu.


. . .















NUke



For the past 2 months, I have been running (literally) here and there, back and forth to Sri Hartamas, just to earn some Simoleons living. Bak kata orang, hidup bersederhana saja. And I was stunned and surprised that I am kind of like the life that I lived during that period of time.

Kadang-kadang tu, bila kita sudah terbiasa dengan kesenangan (hasil daripada titik peluh sendiri), kita acapkali terlupa akan kesusahan. Dan bila ketika itu sudah tiba, elok kita 'switch' akan kehidupan penuh kemewahan itu untuk sementara waktu.

Dan bila sudah hidup dalam keadaan serba cukup-cukup, kita akan lebih menghargai jasa, nikmat, dan wang Ringgit yang kita perolehi.


NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.