Anugerah Lagu Terbaik AIM18 ditarik balik!

Dan aku memang penakut...

Itu lah berita yang paling kecoh dan hangat diperkatakan oleh penggemar dan penggiat muzik tanah air buat masa sekarang ni. Sebagai pemerhati dan peminat, aku rasa sangat sedih juga bagi pihak Yuna dan Anuar Zain memandangkan mereka ni ibarat 'tersepit' di tengah-tengah kekecohan ini.

Semuanya gara-gara penganjur AIM18 yang memberikan kemenangan kepada lagu Penakut nyanyian dan gubahan Yuna pada malam penganugerahan 12 November lepas. Difahamkan, pemenang Lagu Terbaik ini sepatutnya dipilih di kalangan pemenang kategori lagu terbaik mengikut genre; tetapi kriteria ini terlepas pandang daripada juruaudit dan set penjurian yang ditugaskan untuk menilai dan memilih lagu terbaik. Menurut artikel yang dibaca dalam Murai; Anuar Zain sendiri berasakan malu untuk berhadapan dengan Yuna, dan pemuzik-pemuzik yang lain akibat insiden ini. Yuna, bagaimanapun redha dan pasrah dengan perkara ini namun meminta penjelasan terperinci daripada pihak penganjur. Lagu Terbaik diberikan kepada Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim, nyanyian Anuar Zain.

Komen aku:
Dalam pada AIM cuba untuk membuktikan 'kematangan' anugerah berprestij ini; mereka barangkali terlepas pandang dan tidak menjangkakan perkara sebegini berlaku. Lebih buruk; persoalan kemenangan Penakut sebelum ini sudahpun diperjelaskan dalam sidang media selepas anugerah berlangsung. Tapi, sekarang, lain pula ceritanya.

Ini tidak adil
Tidak adil baginya
Ini tidak adil
Tidak adil bagiku
-- Penakut; Yuna

NUke

2 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    ok bro.

    ini bagi aku sangat memalukan dalam industri.

    yuna dan anuar tersepit dengan keadaan dan totally rim/aim wajar dipersalahkan
    NUke_Rude said...
    yeap. mangsa keadaan.
    boo AIM.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.