12 lagu telah dipilih untuk ke pentas AJL27 (yang akan berlangsung 6 Januari 2013) setelah kesemua 30 lagu bertanding di medan separuh akhir. Dan daripada 12 lagu jangkaan aku (yang disenaraikan sebelum ini), tujuh buah lagu diramal TEPAT. Not bad lah kan? Hahaha.





Senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-27; seperti berikut:-

* - Jangkaan lagu yang layak ke AJL27 (yang aku ramalkan)

  1. Idola (Azlan & the Typewriter / Audi Mok / Azlan)
  2. Pelangi Senja (Stacy / Taja / Tun Teja)*
  3. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat / Jimmy Palikat / ONE & Jimmy Palikat)
  4. Terukir Di Bintang (Yuna / Yuna / Yuna)*
  5. Ombak Rindu (Hafiz & Adira / Zaidi / Zaidi)*
  6. Tanpamu (Amir Jahari / Amir Jahari / Amir Jahari)*
  7. Lagu (Bedroom Sanctuary / Bo Amir Iqram / Bo Amir Iqram)
  8. Teman Pengganti (Black & Malique / Malique / Malique)*
  9. Ku Akui (Hafiz / Ajai / Ajai)
  10. Simetri (Hazama & Amy Search / Audi Mok / Zel Firdaus Haduan)
  11. Andai Ku Bercinta Lagi (MOJO / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)*
  12. Patah Seribu (Shila Amzah / Shila Amzah / Shila Amzah)*

Pemerhatian aku:

Idola sememangnya dalam senarai "ya atau tidak" aku sebelum ini memandangkan ada persaingan daripada 'Tapi Bagaimana' oleh Spider dan 'Panik' oleh Bunkface. Tetapi, kemenangan Idola dalam kategori Lagu Rock Terbaik AIM19 tempoh hari membuktikan kekuatan lagu ini.

Pelangi Senja; seperti yang aku ramalkan sebelum ini. Stacy lebih menyerlah dalam lagu ini berbanding rentak seperti Kasanova yang sudah lama 'membayangi' dirinya. Manakala Anak Kampung pula diramalkan menjadi salah satu 'punca' rating AJL27 yang akan datang ini tinggi. Tak dinafikan yang lagu Anak Kampung tu sedap; kolaborasi Jimmy Palikat dgn One Nation Emcees ini dilihat sebagai 'pemula' kepada kemasukkan elemen-elemen hip hop dalam AJL.

Yuna is the new 'Siti Nurhaliza' now. AJL would be less 'uumph' kalau tiada Yuna. Bezanya, Siti Nurhaliza usually akan bawak pulang trofi dalam setiap penglibatannya dalam AJL. In addition, Terukir Di Bintang is simply awesome.

Ombak Rindu continues to remind us about the popularity of the movie; so as the song. Dah diramal layak. Meanwhile, it is not everyday in Malaysian music industry to find a new material like Amir Jahari's Tanpamu. The song is simply meaningful and convincing (to be listed among the finalists); so as the singer.

Lagu is no other ordinary-typical rock song in Malaysia. Wait, is it rock, or pop? Jazz? I don't really know. That's why it qualified to the final. Unique. It was in my "yes or no" list before. As for Teman Pengganti... (seperti yang dijangka) ... couldn't find any suitable words to describe the song.

Aku akui yang Ku Akui bukanlah di antara lagu yang aku ramal layak ke AJL walaupun aku tahu kekuatan lagu ini majoritinya terletak kepada liriknya. Simetri yang turut menampilkan Amy Search memang pernah disebut-sebutkan oleh aku sebelum ini...sebab ikon rock ini bakal membantu menaikkan rating AJL. It's either Amy Search or Ainan Tasneem... but Amy made it to the final...with Hazama.

Mojo dengan Andai Ku Bercinta Lagi boleh dikategorikan sebagai 'Song of the Year' lah. Lagu ini masih lagi berada dalam carta lagu di beberapa stesen radio. So, memang layak lah; due to its popularity and the melody itself.

Kesilapan paling besar AJL27 adalah sekiranya tidak memasukkan lagu Patah Seribu oleh Shila Amzah. Nasib baik lagu ini layak. After all, lagu ini telah pun menerima penganugerahan tertinggi sebagai Lagu Terbaik di AIM19 tempoh hari. Kalau tak layak, tak tahulah. Congrats Shila. Lagu ciptaan Shila ni menjadi pesaing TERBESAR dalam AJL27.


NUke



4 Comments:

  1. Ren said...
    Pandangan kita hampir sama, ada beberapa lagu sebagai set pelengkap untukbratijg tv3. But its ok as long stacy , yuna n shila ada hehehe.
    bukankosong said...
    rasanya patah seribu boleh menang kot tahun nih

    klau ya ia merupakan kemuncak kepada shila sbg pengiktirafan terbaik dlm dirinya
    RAWNA said...
    kecewa lagu Harapan tak masuk final. Lagu Mimpi sampai ke Bintang tu sedap jugak.ke suara Asmidar tu yg mmg best. Belum pernah dengar lagu Simetri.
    NUke_Rude said...
    Janggel:
    yaa.. ada stacy kali ni! :D dan dia bawak lagu balada!!

    bukankosong:
    it could be Patah Seribu. :)

    khairul anwar:
    percayalah, bukan anda sorg sahaja yg kecewa lagu Harapan x masuk final... saya juga kecewa.



    but, i think this year it's either 'Terukir Di Bintang' atau 'Patah seribu' lah...

    saya rasa lah.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.