What would you do, if:-


Kamu sedang melawat opah kamu yang sedang tenat di Wad 2, Hospital Tanjung Karang, Kuala Selangor bersama-sama dengan adik-beradik dan anak-anak buah kamu yang lain. Perjalanan kamu semua itu memakan masa kira-kira dua jam, dan tanpa rasa penat, kamu berhibur bersama-sama dengan saudara-mara yang lain.

Semua itu bagi menghilangkan perasaan muram dan negatif yang mengelilingi opah kamu.

Tiba-tiba, berbisik sepupu kepada diri kamu tentang seperkara yang berkait rapat dengan diri kamu.

"Sebelum Opah jatuh sakit, dia ada belikan kamu hadiah."
"Hadiah hari jadi kamu, katanya..."

Dan kamu hanya mampu berpaling dan tersenyum menekup mulut, mengangkat kening; keliru untuk tersenyum suka atau terharu atau mungkin tidak percaya. Bagaimana?

"Sungguh... Opah kamu memang ada kata 'yang ini untuk kamu, hadiah hari jadi kamu'..."

Tidak lama berselang, datang si ibu saudara mengesahkan perkara itu. Lalu lantas kamu rapatkan dirimu ke tubuh Opah dan membisu sambil tersengih keliru. Dan ketika itu, Opah pun bersuara;

"Hadiah tu ada di bawah katil kat rumah Cu (ibu saudara) kamu tu. Nanti pergi lah rumah dia, ambil lah hadiah tu."

"Ala... tuala saja..."


Kamu kaget. Sementelah 10 tahun yang lampau pada hari jadi kamu, berlaku perang besar di antara Opah dan Ayah, yang merubah segala dimensi dan pandangan orang kepada keluarga kamu. Dan pada mlalam sebelum hari lahir kamu 10 tahun yang lepas, Opah pernah berjanji untuk memberikan kamu RM10 sebagai hadiah pada esoknya; namun tidak dikotakan.

Kamu tidak kisah tentang wang RM10 itu. Jauh sekali mengungkitnya.

Kamu hanya keliru dengan perasaan diri kamu ketika itu.


What would you do; if hadiah tuala yang diberikan pada tempoh hari itu adalah pengganti RM10 yang dijanjikan 10 tahun lampau? Hadiah terakhir daripada opah?



Kamu! what would you react to this situation?



Ya. Kamu di dalam nukilan ini adalah aku.




NUke

4 Comments:

  1. bukankosong said...
    terima dengan ikhlas hati

    dan doakan kesihatan beliau makin baik
    Ri said...
    saya akan guna tuala tu selagi boleh sehingga dah terlalu buruk sekalipun tapi masih boleh diguna utk apa2 tujuan baik yg lain.

    insyaAllah pahala drpd memanfaatkan tuala tu akan smpi pd opah..
    Ren said...
    saya juga akan terharu kalau melalui masa sebegitu.

    Anonymous said...
    1. papepun yng terjadi, bersyukur sngt sbb nko mash ada opah.

    2. msti terharu, sbb opah igt besday nko...dan plg pntg dia ingat and syg kat nko.

    3. kalau aku: tuala itu, aku smpn.and bila mana aku teringat and rindu kat dia,aku bawak tido tuala itu...sbb secara x lgsg, tuala itu ada sentimental value.hanya aku and dia.hehe.

    4. bertuahnya ada opah. =)

    the-nnnana

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.