Point 1 - DSAI didapati tidak bersalah.

Apa yang kita nampak:
Ternyata sebelum ini, mereka hanyalah melakukan konspirasi untuk menjatuhkan seseorang individu. Taktik lama yang pernah berlaku, dipakai semula dan kali ini kurang berjaya.

Apa yang kita nampak (juga):
Jadi, selepas ini apa yang mahu mereka perjuangkan? DSAI dah bebas, now what? DSAI jadi PM?


Point 2 - Kaitan gerakan mahasiswa & provokasi menjatuhkan kerajaan.

Apa yang kita nampak:
Kerajaan sepatutnya mengambil kira juga pendapat golongan terpelajar; baik di kalangan ahli akademik dan juga mahasiswa, sebab yang memimpin sekarang ni cuma bertindak mengikut rentak usia masing-masing, sedangkan yang mahu hidup lama bersama sistem yang sedia ada itu adalah warga-warga muda dan generasi yang akan datang. It's a cycle. generasi sekarang juga adalah generasi yang bakal memimpin negara. Dan ingatlah kalian, jangan meminggirkan juga generasi-generasi selepas kita.

Apa yang kita nampak (juga):
Di mana kewibawaan mahasiswa itu sendiri? Betul lah, nak berdemonstrasi, menyuarakan hak mahasiswa itu sendiri memang boleh. Tapi, kenapa perlu dilakukan pada pagi-pagi buta? Nak hantar memorandum apa bagai jam 2, 3 pagi? Pejabat mana yang bukak? even di universiti pun, kalau nak complaint kunci bilik hilang pun, kau kena la tunggu kaunter pelajar tu buka on the next day.

Isu pemansuhan (AUKU) yang ingin diperjuangkan, tiba-tiba beralih arah kepada isu menjatuhkan kerajaan sedia ada. Apa kaitannya? Jangan campur adukkan perjuangan kalian. Dan oh, jangan memperjudikan masa depan dan pendidikan kalian. 



Jujur aku ingin bertanya:

Soalan 1: Adakah kalian suka dengan kerajaan sedia ada?

Soalan 2 (sila jawab berdasarkan jawapan anda dari Soalan 1):
Adakah kalian mahu pemimpin yang akan memimpin negara kita pada masa akan datang ini datangnya daripada kalangan mereka yang pointer akademiknya hanyalah cukup-cukup makan, dan hanya tahu bertindak mengikut emosi semasa?


Kesimpulan, aku bukan lah sided. Neither pro-kerajaan nor pro-pembangkang. Benda yang baik, kita sokong; benda yang tak baik, kita tegur dan jangan biarkan ia berterusan. After all, yang bergaduh adalah golongan majority (perlukah aku sebut Melayu), walhal si minority itu bergelak ketawa mengambil masa dan peluang untuk mendahului takhta.

Come on lah!



NUke

3 Comments:

  1. najwa aminah abas said...
    Benda yang baik, kita sokong; benda yang tak baik, kita tegur dan jangan biarkan ia berterusan

    clean and precise. #salute
    Faizal Sulaiman said...
    bila kebenaran dibutakan, worst thing happen. mengambil kira beberapa contoh, atau ni sebahagian planning untuk PRU?

    aku sekadar memerhati.
    NUke_Rude said...
    najwa:
    salute juga.

    faizalsulaiman:
    hahaha.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.