Selain daripada orang (betul) yang berada di sekeliling aku memberikan sumber ilmu pengetahuan dan berita mengenai sesuatu perkara; aku juga akan ke beberapa laman blog untuk sama-sama membaca pendapat, luahan rasa hati, dan juga sama-sama berkongsi idea berkenaan sesuatu perkara.

Berikut merupakan senarai 8 Blog yang aku kerap kunjungi sepanjang tahun 2011.


#8: sya.leik.wtah.i.eflehttp://accordingtohafizanmohd.blogspot.com/


Blog ini umpama rujukan pendapat aku bila saja aku memerlukan pendapat berkenaan muzik. Terutamanya muzik Malaysia. Aku banyak bersetuju dengan pendapat si blogger ni dalam review muzik2 tempatan. Dan aku suka pilihan-pilihan muzik blogger ni sebab ada kesemaan dengan aku kot. Selain daripada kejujuran blogger ni dalam memberi pendapat.



#7: SEINDAH DUNIA KITAhttp://seindahduniakita.blogspot.com/



Blogger ni rajin update blog dia, dan aku juga mengikuti perkembangan blognya. So, no wonder blog ni ada dalam senarai. Cuma disebabkan dia terlalu rajin update, maka ada 3 4 entries blogger ni yang kadang2 aku tak sempat baca. Nak dijadikan cerita pula yang blogger ni suka letak 1 entry saja pada muka depan blog; maka mendesak aku untuk rajin menyelak satu persatu entrynya. Tips: Sila baca blog ini selang 3 4 hari untuk kepuasan. Hahaha! baca sekali banyaaaaak entry blogger ni.


#6: stone burnerhttp://diarmadhi.blogspot.com/


Simple je blog ni. Content pun very personal and close to the blogger himself. Mungkin aku suka baca entry2 dia yang macam 'tak tahu, what will be the next step?'. And it makes you wonder... "What's next?".


#5: Joey Yang Sengal!!http://zaphenz.blogspot.com/


Blog penuh dengan permainan emosi dan juga persoalan. Suka je baca jalan-jalan hidup blogger ni. Menjadikan kita ni ingin menilai semula kehidupan yang kita ada. Dan oh! Aku suka juga penggunaan ayat-ayat yang macam 'lol' dan juga sarkastik dalam entry2 beliau yang 'bukan lindungan Kaabah'.


#4: Eqbal Zackhttp://www.eqbalzack.com/


Tak tahu kenapa, tapi, aku rasa setiap entry yang dipublishkan di situ... ibarat ada isi. Kadang-kadang, entry yang dipublish tu pun hanyalah satu gambar cupcake.


#3: AKUBUKANSUPERMANhttp://www.hidney.com/


Kalau aku tau siapa-siapa yang tak suka blog ni, aku akan rasa OREN. Simple. Nice. Gambar2 cantik diselitkan dengan dialog yang cute and dowh! Kisah hidup blogger ni varies, daripada kisah2 menjaga staff di ladang / estet, sampai la kisah2 naik flight, dan macam2.

#2: contengcontenghttp://www.contengconteng.com/


Cerita banyak tak guna, tengok sendiri la. Disebabkan blog ni lah aku rasa zaman kanak2 aku dulu tidak sia-sia. Sebab apa? Sebab segala peristiwa itu juga berlaku di kalangan rakan seusia, lalu blogger ini mengabadikan memori-memori indah waktu kecil dulu dalam bentuk lukisan yang cantik dan comel.

#1: Cursing Malay : Terus Teranghttp://cursingmalay.blogspot.com/


Ini ibarat 'Utusan Malaysia' atau 'TV3' aku. Walaupun ada sesetengah isu yang dibangkitkan itu rasa macam biasa-biasa saja, akan tetapi beliau punya point of views ni memang awesome and cool. Sila baca.




NUke

7 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    wah ada dalam senarai. time kasih nuke!!

    hehehe rajin update entry.bagus2:)
    Ri said...
    walau tk ternilai sbnrnye, hanya jutaan terima kasih yg mampu ri ucap atas kesudian nuke membaca blog ri.

    so... what's next? ;) hehe
    eqbalzack said...
    salam bro nuke...
    ada terselit blog abg eq ni.
    bro punya blog ada unsur2 artistik...menarik!
    psstt...pic cupcake tu abg eq tolong marker biz kak je..hehe
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    yeap. ada! hahaha. terima kasih :D

    ri:
    hahaha. no prob. jadi, sila rajin2 update blog anda ya. mana tau next year boleh masuk dlm listing lagi. hahaha.

    eqbalzack:
    bro.. hahaha. terima kasih byk2. dan yg nyatanya, walaupun cuma sekeping gambar, ianya tetap menarik. haha.
    Unknown said...
    tq nuke!!
    flattered n speechless haha..
    but again tq so much for the reading n support :-)
    Joey said...
    since most of the penerima anugerah top 8 jade solid gold ada di sini, aku pun nak jugala menapak di sini.
    OMG.OMG.OMG

    apsal pembaca aku x banyak macam kau??? Matilaaah bengkeng penskodeng. LoL
    NUke_Rude said...
    hafizan:
    u're welcome bro. write more reviews ya!

    Joey:
    lol. jade solid gold katanya. ingat ni carta lagu cina ke apa? hahaha.
    lol. teruskan berblogging. :P

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.