Saban tahun, selain pengiktirafan muzik menerusi AIM (Anugerah Industri Muzik), satu lagi acara tahunan muzik yang paling dinanti-nantikan ialah Anugerah Juara Lagu (AJL). Dianjurkan oleh TV3, AJL yang akan masuk edisi ke-26 ini sedikit sebanyak sudah mula terpalit dengan kontroversi dikalangan lagu-lagu yang layak ke peringkat akhir.


Tidak mahu pertikaian timbul setelah pemenang dinobatkan, pihak TV3 mengambil langkah menambah bilangan juri untuk menilai para finalis sebelum acara sebenar berlangsung.


Macam biasa, karyawan, penggiat dan pemerhati arena muzik tempatan sering kali membuat ramalan akan 'siapa yang bakal bergelar juara' di kalangan finalis-finalisnya. Aku tidak ketinggalan.

Apa yang bagusnya senarai finalis kali ini, ada beberapa lagu yang bertanding dirasakan hanya 'cukup-cukup syarat' dan dirasakan 'dilayakkan semata-mata untuk memenuhi dan memeriahkan acara'. Pun begitu, tidak lah semua lagu yang bakal bertanding itu tiada kualiti; baik dari segi komposisi, lirik, alunan vokal, dan juga susunan muzik.

Antara lagu-lagu yang dijangka 'boleh dan sepatutnya' layak untuk berada dalam kelompok 5 terbaik adalah:-

Awan Nano (M. Nasir / Budi Hekayat / Hafiz)
Lagu ni bukan saja popular sepanjang tahun 2011, malah merupakan lagu yang terbaik (setakat ini) pernah disampaikan oleh Hafiz; in terms of vocal wise. Lenggok, dan tinggi rendahnya sangat harmoni dan memberikan emosi kepada lagu ciptaan M. Nasir ini. Disulami dengan lirik indah dan penuh makna, there's no doubt that this is one of the best song yang Malaysia pernah ada for the past 5 years. Lagu ini juga diserikan lagi dengan instrumen strings yang moden dan klasik / orkes.

Plus point: Lagu ini dinobatkan sebagai Lagu Terbaik pada APM 2011; Awan Nano menewaskan calon-calon lain daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia. Diiktiraf oleh juri serantau.


Penakut (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai / Yuna)
Eksperimentasi Yuna menerusi Penakut memang menjadi. Tak hairanlah lagu ini mendapat pemilihan tertinggi oleh sebahagian juri bagi kategori Lagu Terbaik AIM tempoh hari (walaupun selepas itu trofi kemenangan terpaksa bertukar tangan akibat kesilapan juruaudit). Disebalik kontroversi yang melanda Penakut, kualiti dari segi vokal dan komposisi lagu tak patut dinafikan. Yuna membuktikan bahawa kemunculan 'korus' pada babak akhir lagu bukanlah satu kegagalan. Korus dalam Penakut adalah killer kepada lagu ini. Menyebabkan para pendengar akan tertunggu-tunggu akan klimaks yang turut dipenuhi dengan riff guitar; lapisan vokal merdu berhantu dan beremosi. Kalau perasan, lagu-lagunya yang diselitkan unsur piano selalu mendapat perhatian.

Plus point: Kontroversi Lagu Terbaik AIM18. Killer chorus yang appear hanya sekali - di penghujung lagu.


Sedetik Lebih (Edry Abdul Halim / Edry Abdul halim / Anuar Zain - Jaclyn Victor)
Keputusan memberikan kepercayaan kepada Jaclyn Victor untuk menyampaikan karya Edry ini memang tepat. Semasa semi-final, Jaclyn hit the nail. Hard! Dia berjaya membawa lagu ini seolah-olah lagu itu memang dihasilkan untuknya. Vocal ability Jaclyn adalah satu kelebihan. Menilai dari segi susnan muzik dan lirik; tiada apa yang mampu dinafikan kualitinya. Lagu ini sepatutnya berada dalam kelompok yang terbaik; sebab dah lama juga industri muzik kita tak dipenuhi dengan lagu lagu sebegini. Melankolik.

Plus point: Lagu Terbaik AIM18. Vocal.


Sungai Lui (Anas Amdan, Aizat Amdan / Anas Amdan, Aizat Amdan / Aizat)
Lirik kemanusiaan, kehijauan, kesegaran. Itu pembaharuan dalam karya tag team adik beradik ni. Apa yang sepatutnya membuatkan lagu ni antara yang terbaik adalah susunan muziknya dan juga lirik. It's just another epic song yang kualitinya terserlah dalam lambakan muzik sepanjang tahun lalu. Sungai Lui turut disenarai pendek dalam kategori Lagu Pop terbaik AIM lalu. Satu lagi bukti yang meyakinkan bahawa ianya layak berada di kalangan yang terbaik.

Plus point: Instrumentasi orkestra di penghujung lagu. Ianya seolah-olah hanyut dengan mesej yang disampaikan oleh penulis lirik.


Kisah Hati (Manusia Putih / Manusia Putih / Alyah)
Tema redha dan pasrah menjadi nadi dan kekuatan lagu ni. Kerelaan Alyah menunggu cintanya di 'atas' sana dapat dirasai dengan alunan suara yang disampaikan dalam lagu ciptaan Manusia Putih. Another part yang memberikan kuatan ialah perubahan key suara yang sedikit rendah dan tinggi  dalam bridge dan korus. Alyah memang penyanyi yang tepat untuk lagu-lagu balada sebegini.

Plus point: Lirik yang jujur dan tidak berselindung; disampaikan sempurna oleh alunan vokal.


It's just a year of ballad. Welcome back ballad. Malaysian ballad.

Tapi, apa-apa pun keputusan itu tetap di tangan juri-juri yang arif menilai dan bijaksana. Sekadar memerhati dan menghayati muzik, aku cuma memberikan gambaran dan pandangan aku saja. Aku masih menghargai muzik dan karya anak tempatan.

Siapa favourite kalian?


NUke

8 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    bercakap tentang lagu, aku tak ada specefik yang khusus. entah sebab lagu mcm perkara subjektif agaknye.hehe bila dah menang baru aku fikir rasional camne lagu tu menang:P

    berbeza ngan filem, aku suka nilaikan:)hehe


    nice choice, nuke!
    Anonymous said...
    same mcm nko...

    awan nano,sedetik lebih,sungai lui.

    mesti kna dpt nombor...tolonglah.

    p/s:ntah2 projek pistol mng?.xpun,cinta fesbuk?...silakan,kalau nak kontroversi.hehehe

    317.
    Unknown said...
    saya kunci Penakut!
    Anonymous said...
    setuju semua kecuali lagu penakut...
    lagi bagus p[ilih beribu sesalan
    xx said...
    Sedetik lebih, Awan Nano, Penakut :)
    Unknown said...
    such a waste tgk Pokok dn Bagai Bidadari ditewas si muka buku. xkesah dh sape pn mng, ceritanya sama mcm dulu
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    yea. ko lbh cenderung dgn filem kan?

    nnana:
    haha. mana tau? silap2 cinta muka buku. lol!

    tengku:
    haha. mudah2an. mana tau ada rezkinya. :)
    NUke_Rude said...
    Lelaki ini:
    hm. mula2 pun nk letak sekali lagu tu dlm senarai. but then, aku rasa kekuatan lagu tu lbh kepada kombinasi vokal saja rasanya. apape pun, no question kalo lagu tu pun tersenarai dikalangan 3 trbaik.

    hafizzuan:
    awan nano!

    hafizan:
    haha. yeah. Pokok rasanya lbh qualified kot.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.