Well, sebagai seorang dewasa, kita mengawal kehidupan kita sendiri. Tapi, ada kalanya apa yang dirancang itu tidak berjaya dilaksanakan atas sebab2 tertentu.

Huhu.

Aku merancang, dan sepatutnya ke rumah seorang sahabat pada petang esok. Tapi, perancangan ini barangkali terpaksa dibatalkan sebab permintaan si Ayah.

"Ayah nak bawak Opah pergi rumah makcik kat Tanjung Karang esok. Besar kemungkinan tidur di sana. Nanti kau tolong la jaga rumah, ya?"

Oh.

Ibu akan ke Kenduri kahwin di Penang.
Angah akan mengikuti ibu.
Anak Angah akan mengikuti Angah.
Alang juga akan mengikuti ibu.
Adik juga akan mengikuti ibu.

Abang sudah selamat tiba di Pangkor untuk bercuti dengan kawan-kawannya.

Hanya tinggal aku.

Kucing.

Dan Ibu Kucing.









Huhu.

Kenapa aku selalu menjadi mangsa keadaan?


NUke

2 Comments:

  1. zixol said...
    kene jage rumah la nih..haha,sabo jela
    Mel said...
    awww... kesiaaannn...

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.