Zaman dulu, keluarga ku ini bolehlah dikategorikan sebagai sederhana. Mid-class. Jadi, bila tiba tahun baru persekolahan, maka sesi membeli-belah pun akan berlangsung. Keutamaan selalunya kepada kakak-kakak yang mana time tu dah pun masuk sekolah asrama, sekolah menengah, dan juga tahap 2 (darjah 4 dan ke atas). Manakala si adik-adik yang baru-baru nak masuk sekolah ni, perbelanjaan tu tak berapa nak banyak sangat.
Mungkin sebab excited nak masuk Darjah 1, jadi tak amik port sangat pasal baju sekolah cap ayam, ataupun kasut sekolah cap udang. Sebab tak tahu apape pun! Masa tadika dlu, cikgu Rogayah & cikgu Aisyah tak ajar pulak pasal jenama-jenama ni. Tak macam budak sekarang, nak masuk tadika pun nak pakai kasut Asadi!
Darjah 1. Disember 1994.
Dulu-dulu ingat tak? Sesi sekolah mula pada bulan Disember. Not to say belajar betul-betul pun, tapi pendedahan awal itu sudah ada. Quite fun juga. Aku ingat lagi cikgu sekolah pertama aku. Cikgu Norlaily. (Kalau cikgu baca entry ni, jgn lupa senyum sorang2! Terima kasih cikgu). Dan aku masih ingat lagi akan pembaris warna kuning berukuran 1 meter, yang digunakan oleh cikgu untuk memukul student yang kukunya panjang! Rasa gerun bila cikgu letak pembaris kuning tu atas meja.
Beg Baru.
Tak ingat pula. Tapi, waktu darjah 3, aku dapat beg yang boleh tarik, dan ada roda kat bawahnya. Bila aku dah besar, aku jadi pandai skit sebab sekarang ni baru aku tahu kenapa roda tu cpat rosak. Itu disebabkan oleh jalan tar yang begitu kasar permukaannya.
Kasut sekolah.
Dulu-dulu, kalau nak beli kasut, kitorang jarang pergi pasaraya yang besar ni. Paling kuat pun pergi Pasaraya Warta, tak pun Wira Jaya. Setiap tahun persekolahan, kena beli 2 kasut. Konon2nya 1 utk sekolah kebangsaan, 1 lagi untuk sekolah agama. Untuk sekolah kebangsaan, aku demand nak kasut Sparx. Dan sekolah agama, aku pilih je kasut Wira. Ibu kata kena beli yang nipis sikit, so kalau kasut basah kena hujan, boleh kering cepat.
Kenapa kasut Sparx?
Sebab tu je kot jenama yang 'up' zaman aku dulu. Kainnya sedikit tebal, dan juga mempunyai tapak yang tebal. So, murid yang pendek macam aku ni akan kelihatan tinggi sikit.
Aku rasa sebab tu kot aku suka kasut Sparx.
Sebab aku sangat pendek dulu.
NUke
dalam topik : sekolah
6 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
takde lak tau menau ataupun amik port pasal jenama ni.
apa yang dibeli, itulah yang dipakai/guna.
sungguh bergaya budak2 muda zaman sekarang ek :P
ok aku umpama baby bila banding dengan kau.
bro! kasut wira yg ada reflector tu mmg cool kot!!! hahaha. nostalgic.
Ri:
huhuhu. :)
Sarah:
yea. tapi skang da xde kan kasut sparx tu?
Ungu:
ahhaha. apekah? zaman ko masih sempat ke merasa kasut sparx? huhuh.