Ranking Title Artist

100 Situasi Bunkface

99 Ketahuan Matta

98 We Made It Busta Rhymes & Linkin Park

97 Saksi Rabbani ft. Mawi

96 So What P!nk

95 Won't Go Home Without You Maroon 5

94 Love Song Sara Bareilles

93 Lagu Untukmu Meet Uncle Hussain

92 Hati Siti Nurhaliza

91 It's Not My Time 3 Doors Down

90 Don't Suki

89 Gantung Melly Goeslow

88 Tanpa 6ixth Sense

87 Greatest Day Take That

86 When You're Gone Avril Lavigne

85 Ku Mahu Kau Tahu Hujan

84 Dibius Cinta Melly Goeslow & Yusry

83 Lucky Jason Mraz ft Colbie Caillat

82 Bila Nak Saksi Spider

81 Bagaikan Roda Badri Ibrahim

80 Seribu Tahun Imran Ajmain

79 No One Alicia Keys

78 Bukannya Satelit Elyana

77 Aurora Estranged

76 Bukan Di Sini Sofaz

75 Bossy Lindsay Lohan

74 Ilham Dimatamu Mila

73 Matahariku Agnes Monica

72 Say (All I Need) One Republic

71 4 Minutes Madonna & Justin Timberlake

70 Lara Liza Hanim

69 Sutramaya Siti Nurhaliza

68 Innocence Avril Lavigne

67 Main Hati Andra & The Backbone

66 Sorry, Blame It On Me Akon

65 Bleeding Love Leona Lewis

64 Outta My Head Ashlee Simpson

63 I Kissed A Girl Katy Perry

62 Dambaran Cinta Jaclyn Victor

61 The Time Of My Life David Cook

60 Permintaan Hati Letto

59 The Best Damn Thing Avril Lavigne

58 Take A Bow Rihanna

57 No Air Jordin Sparks ft Chris Brown

56 Aku Lebih Tahu Mila

55 Samudera Nora

54 J'ai Pas Vingt Ans Alizee

53 What About Now Daughtry

52 Breathless Shayne Ward

51 Kepantasanku Sofaz

50 Better In Time Leona Lewis

49 Pemergianmu In-Team

48 Sesungguhnya Ungu

47 Umbrella Vanilla Sky

46 Melawan Kesepian Siti Nurhaliza

45 Leave Out All The Rest Linkin Park

44 Cinta Dalam Hati Ungu

43 Bawaku Terbang The Fabulous Cats

42 Ku Merindu Shah & Ella

41 Yang Pernah Estranged

40 Kerna Kamu Faizal Tahir

39 Feels Like Tonight Daughtry

38 With You Chris Brown

37 Buronan Cinta The Lima

36 When I'm Gone Simple Plan

35 Wanita Siti Nurhaliza

34 Biarlah Nidji

33 Damaged Shayne Ward

32 Ku Mahu Siti Nurhaliza

31 Save You Simple Plan

30 Patience Take That

29 Sebelum Cahaya Letto

28 Dugaannya Hujan

27 Hanya Kau Yang Mampu Aizat

26 Mantera Beradu Malique ft M. Nasir

25 Bukti Fiq

24 Realize Colbie Caillat

23 Ayat-Ayat Cinta Rossa

22 Stop And Stare One Republic

21 Over You Daughtry

20 I'm Yours Jason Mraz

19 Cuba Faizal Tahir

18 Forever Chris Brown

17 Fifty Sixty Alizee

16 Dingin Ziana Zain

15 Ketulusan Hati Anuar Zain

14 Ketentuan Ramlah Ram

13 Jangan Bilang Tidak Raffi Ahmad & Ayushita

12 Kasih Yang Tak Dianggap Kertas

11 Bila Aku Sudah Tiada Hujan

10 11 Januari Gigi

9 Menjaga Hati Yovie & Nuno

8 Pagi Yang Gelap Hujan

7 Ingkar Bunga Citra Lestari

6 Cintamu Siti Nurhaliza

5 Your Love Is A Lie Simple Plan

4 Sampai Syurga Faizal Tahir

3 Hot Avril Lavigne

2 Rule The World Take That

1 Kalis Rindu Elyana

tu la 100 lagu paling banyak aku mainkan tahun 2008 ni.

NUke

Nak tahu berapa banyak lagu yang bertambah dalam koleksi aku tahun ni?
.
.
.

315

three hundreds and fifteen

. only .

via:

downloads

original cd

direct

transferred


NUke

2008 dah nak habis (ye ke?). Begitu juga dengan tahun 1429 H. maka, akan bermula lah tahun yang baru both dalam Hijrah dan juga Masihi. Jadi, entry kali ni nak menyingkapkan perkara2 yang major pernah aku terlibat sama or yg ade kena mngena ngan aku. maka, bermulalah penyingkapan peristiwa ini:-


JANUARI

Tahun 2008 bermula dgn menjadi pelajar tahun 2 dalam semester ke 2 spjg pengajian aku di UKM. Jadi, byk aktiviti yg aku join ngan coursemates aku. Januari agak busy dengan bertanya2 result exam semester lalu, gugur/tambah kursus, serta mencari alas an untuk datang lambat ke UKM (alasan: lecturer mesti tak masuk awal2 sem ni).

Student thn 2 Sains Nuklear ad perancangan nak wat seminar ttg kerjaya n keselamatan nuklear kpd budak2 skolah. maybe ni 1st event yang kitorg handle n melibtkan pihak luar jugak.

Tengok convention DCHL yang ade Siti Nurhaliza.

Aku tak pasti sama ada bulan 1 ni kitorg ade gi makan2 Mi Kari kat rumah Izza..


---

FEBRUARI

Awal2 Februari berlalu dengan biasa. Seminar Nuklear berlangsung pada 23 Februari 2008.

nukegroup dibentuk.

Seterusnya kat kolej, BKRS wat celebration birthday ahli2 kelab yang lahir bulan 1, 2, dan 3. Teringat lagi Kak Shidah marah2 diorg, bajet cam saspen aar, mmg best sbb ade main2 game lagi.

Family aku ade sikit goyang aarr.

---

MAC

Pilihan raya Umum 12. walopun aku xleh mengundi lagi, tapi aku ttp bergiat aktif dalam memberikan komen dan pandangan after pilihanraya tu. Hakhak. Then, ade perang besar antara aku ngan abang aku. Huhu… Bulan MAC banyak menyaksikan aku kluar lepak2 dengan kawan2, and duk dalam bilik dgr2 lagu je.

Mesyuarat2 kelab pun banyak gak bulan ni.

Then, pergi ke convention SYN kat Putrajaya.

---

APRIL

Bulan ni byk perkara jadi. Antaranya, bulan2 terakhir aku pgg jawatan Pengarah Eksekutif BKRS, dan bulan2 struggle untuk final exam. Oh ye, 6 April ade Family Day BKRS dan Dinner yang menyaksikan jawatan Peng Eks berpindah kpd Syafiq (tahniah bro!).

then, KVC (family day kolej) yang mana kelab aku kena handle PROKAD (Program Rakan Akademik) yg mn psertanya dtg dr student Form 6 SMK Seri Perpatih, N9. Diorg datang sini and ad xtvt ktorg sediakan. Time tu aku jadi ketua Fasilitator. then, at 1 time, ad probs skit, and tba2 muka si “Majlis2 Tertinggi” yang sblum ni xpernah2 nak amik tau psl PROKAD tu, muncul. Punya la belagak si dia tu, sampai time Dinner Kolej pun dia tak mention nama kelab aku, and said that PROKAD tu mmg diorg nye 100% lah.

Study week. dan menyaksikan Aku, Nora dan Nahar lepak2 kat KLCC, makan donut la.. and stay sana sampai malam just nk release tnsion. Study week aku dihabiskan masanya di Zaba, dan kedai2 makan.


---

MEI

Dinner Kolej.

Dinner Sains Nuklear. KOnsep Merah + Hitam. tapi sayang, ramai kosmet aku tak dpt dtg, aku rasa time tu dah habis exam kot. So, byk yg trus balik rumah. meriah gak la dinner tu, walopun cam simple2 je.

Bermulalah Latihan Industri pada 12 Mei 2008. Aku dpt tempat di Agensi Nuklear Malaysia, bwh seliaan Pn Rusnah Mustaffa. LI ni tamat bulan 7. So, dlm tempoh tu, aku duk rumah sewa Nahar. thanks gak ark at dia. Byk tempat lepak2, order2 nasik kat restoran Pak Ngah.

Aku start blogging via blogspot.

LI aku agak happy2, dengan ramai makhluk dalam lab tu, aku takkan lupa la Kak Ima, the lab assist., and Kamal, Yati, Zimah, Zura… tak lupa gak member2 UKM yg satu tmpat LI ngan aku (Nora, Fared, Saiful). Oh ye, nak ke ANM tu, aku drive kete Nora, dgn kpcayaan bapak dia. Huhu thanks Nora.

25 Mei – ade cam pameran usahawan kat PWTC, supervisor aku suh aku n Yati jaga time hr Sabtu. so, jagalah kitorg, after habis keje, g singgah Mid Valley jap. shopping kasut, few things, dan tak lupa Butch ngan Charco.

Hari2 swaktu praktikal berlalu dgn biasa.

---

JUN

bulan ni mmg aku duk dlm lab, kuar lab, gi mkn McD, dan join SMIDEC. Yang paling best, kitorg celebrate birthday Kak Ima (2 Jun) dlam lab.. haha, pastu ak dgr cta kena marah ngan En. Azran. (huuhu). Dengan insiden Nahar dan Paei dtg melawat kitorg, and makan dalam lab jugak.. aku tatau la camne en Azran nye feeling time tu. Haha (sorry En. Azran). Time ni jugak byk aku gi UPM, untuk analysis sampel Yati, langsung ke Alamanda n tgk movie.

Apai balik. time ni kot ktorg gi jln2 ke Melaka satu family.

Busy dengan analisis projek praktikal, and report writing.

---

JULAI

1st week tu bz ngan report writing, registration semester baru, dan submit report. Maka, aku dah jadi student Tahun 3. Then, presentation praktikal serta bz dgn gugur tambah kursus.

Minggu2 aku byk aku spend masa kat rumah bapak angkat aku kat Bandar Tasik Kesuma. lepak2 sambil folo dorg g bli ikan keli sampai la ke mana2 ntah. haha.

Carik2 supervisor untuk final year project.


---

OGOS

paling notable moment – present proposal. then, trus g makan kat McD. tension nyer pasal.

Then, on 16 Ogos – Aku, Apai, Nora, Najiha gi kenduri kawen abg Iqa kat Pedas, N9. the same day aku dpt tau aku menang tiket konsert Avril.

Pergi MAHA 2008 kat Serdang.

Lepak2 dgn Apai.

celebrate birthday Faeezah ngan Syakeera.

pergi Konsert Avril Lavigne kat Stadium Merdeka. Aku menang 2 tiket, at 1st plan nak gi ngan Nahar, pastu Izzah lak cam nak pegi.. then, cancel. Aku ajak Izham – member kamcing zaman2 skolah dlu… di on je, walopn tghri tu dia ade klas ke exam ntah.. Enjoy gak la konsert free…

Aku balik rumah setelah 5 bulan gaduh besar ngan abg aku. hak hak hak…


---

SEPTEMBER

Bulan puasa pun bermula. So, byk plan bukak puasa ngan kosmet2, ngan member2 kolej as well as my roommate. Bukak puasa kat rumai Apai pun ade gak.

Dapat anak buah baru! Lelaki, namanya Muhammad Akif.

Birthday aku yang ke 20. hoho, cecah 20 gak aku ni. kalo ikut bulan Islam, mmg da lama da 20 ni. huhu. Cuma yang best birthday kali ni, aku dapat 2 itik, 1 penyu… dan 1 blinky.

hantar apai kat airport ngan bapak. Dia nak terbang smula.. huhu

Buka puasa kat rumah Firdauz!!! haha, kagum gak la, pastu gi rumah Anonymous. (best aa air TEH mak ko buat Anonymous!)

Penghujung september bnyk dihabiskan di kolej, lepak2 dgn Topek. ni sbb kes malas nk balik cuti raya awal2. aku balik raya pun 2 hari b4 je. Then, tolong akak aku masak rendang, kua kacang, n nasik impit. Akak aku yg sorg lagi lak kmas2 rumah n etc.


---

OKTOBER

Hari Raya Aidilfitri. Raya kali ni, sederhana je, tak balik kampong pon, raya KL je. Bosan. Antara raya paling bosan pnah aku rasa. Sbb aku btul2 rasa nak balik UKM cpat. Raya ke 3 aku ngan adik aku tman akak aku g Muadzam, ade knduri kawen n beraya skali la, satu pjalanan yang jauh. Balik dr Muadzam aku drive, and trus singgah Genting Highlands, berbekalkan burger yg kitorg beli kat McD bawah tu. Otw turun GH, tyar kete cam hangit skit…, akak aku suh aku bwk je, xper ah, confident je.. sampai gak kat rumah.

hari raya Pertama 1429 H

Open house rumah aku.


ANSN – Asian Nuclear Safety Network


Celebrate birthday Firdauz.

pnghujung Oktober : bermulalah satu sketsa khidupan.

---

NOVEMBER

banyak sangat benda2 jadi yang mngakibatkan aku rapat ngan Nora, Faeezah, dan Firdauz.

Then, ade presentation Sjarah Falsafah Sains, dan juga study week.

Byk masa dihabiskan utk study kat Putrajaya, as well as bilik tutor, dan juga Zaba.

Salah faham antara aku ngan Anonymous pun settle.

Aku ade pre-HPT. (huhuhu)

Exam week, aku byk study past years, and notes yg Firdauz ngan Nora bagi. Kitorg sama2 bincang jwpn and notes. aku rasakan yg study dgn cara ni lbh berkesan utk aku (kot).

Start exam and Alhamdulillah, aku ade skit kyakinan ngan exam kali ni.

Start cuti semester and aku stay kolej.

---

DISEMBER

Cuti2 tak berguna pun bagi aku. Banyak menghabiskan duit je rasanya. Then, result exam kluar and aku bersyukur sgt2 kpd Allah.

Benda yg aku salu buat time bulan 12 ni ialah download lagu, makan2, beli 2 3 brg skit, and masuk chatroom. ahahaha.

26 Dis – aku da register smula bilik asal aku, and kmas2 barang.

Sekarang ni , aku tgh mnunggu abg aku dtg, hantar printer.huhu.

---

OVERALL

aku leh katakana yang tahun 2008 ni bukan la tahun yg biasa bagi aku sebab aku dah 20thn, and byk pristiwa gaduh. Berat bdn maximum aku thn ni just 55kg je, and tak mncapai target hahahaah.

2008 too much to take



NUke

salam.

tahun 2008 dah nak habis.. berbaki hanya 5 - 6 hari je lagi.. but entry kali ni bukan nak wrap the story yg berlaku dlm tahun ni, it just an expression that need to be expressed.

Result exam semester lpas dah pun kuar, and Alhamdulillah, aku bersyukur sgt2 pada Allah sbb memakbulkan doaku. Result aku meningkat semester baru2 ni. Okay, end of discussions.

Just now, aku bukak website Youthsays (youthsays.com), and read things related to d big event next year which is Youth'09. honestly, aku agak excited nak join event ni sebab banyak sangat xtvt.


YOUTH'09 - Malaysia's Largest Youth Lifestyle Festival


kalo nak tau lebih detail, klik la mana2 banner Youth09 yg ada kat blog aku ni okay.



Then, aku terbaca pasal muzik tempatan. One of local music fan mengeluh ttg kualiti muzik bahasa melayu yang makin kurang kualitinya sekarang ni (bak kata dia la), and somehow aku pun sedikit sebanyak setuju ngan pandangan dia.

bukan apa, aku masih ingat lagi zaman2 10 thn lpas, time aku skolah rendah, banyak lagu2 Malay yang aku leh kata jauh lagi bagus dr lagu2 skarang. cthnya lagu Aishah, Ziana Zain, lagu2 dr band2 lama mcm Headwinds, Search.. dan tak lupa gak dari M. Nasir. Bukan nak kata hasil seni diorg sekarang makin tak bagus... cuma, kureeng skit la dr segi pnggunaan bahasa tu. Maybe ni semua dsebabkan prubahan zaman..yes... and ade jugak lagu2 yg sangat berkualiti yg terhasil zaman2 skrg ni.. misalnya lagu2 beriramakan Pop dan Rock yang aku rasa rupa bentuknya mmg 360 degree punya pusing dari zaman2 dulu.

Lets compare these few songs:

Pada Syurga Di Wajahmu (Nash) & Itu Kamu (Estranged)

2 2 lagu ni pnh jadi Juara Lagu dlm AJL... basically, bagi aku la kan, lirik lagu Nash tu jauh lbh baik daripda lagu Estranged tu (no offence). But kalo dilihat dr segi muzik n guitars.. Estranged hebat jugak.. n muziknya lebih fresh. but both of them mmg rocks la..

And kalo nk dinilai dr kemampuan vokal pulak, aku leh katakan yg penyanyi time thn 80 - 90an dlu agak hebat.. zaman2 tu, sapa yg tak kenal kak Melah kita, Ramlah Ram... and aku yakin vokal Ziana Zain adalah antara vokal paling power. tak lupa gak pada Shima, Ella, Ning Baizura and Siti Nurhaliza. Most of songs zaman2 10 thn lpas byk mnguji vokal penyanyi... cthnya lagu Puncak Kasih, Purnama Merindu, Anggapanmu, and banyak lagi. But berbeza ngan zaman skarang, yang mana lagu2 baru skrng ni hanya memerlukan tahap vokal yg biasa2 je.. kot.. boleh dikatakan, lagu2 zaman skng ni, semua type suara leh nyanyi...

Then, kemunculan indie band yang sememangnya mmbawakan muzik yang lain drpd yg lain trus mewarnai industri muzik tnh air. BAnd like Meet Uncle Hussain, Hujan, and Bunk Face byk hasilkan lagu2 yg menarik n lebih segar...

most notable songs:

Pagi Yang Gelap & Dugaannya(Hujan)
Lagu Untukmu (MUH)
Silly Lily & Situasi (Bunk Face)

but still, org kita ni lebih minat kepada hasil seni muzik Indonesia.. maybe sebb komposisi muzik and word yg diorg guna dlm mnyampaikan lagu.. dengar je lah lagu2 drpd kump Ungu, Dewa... n artis mcm Ari Lasso, and Melly Goeslow.. Lirik yg diorg tulis.. peergh.. layan tu.. Siti Nurhaliza pun siap leh collaborate lagi ngan Melly utk lagunya (Pastikan). Rumors saying that Pastikan boleh diangkat sbg Lagu Terbaik waktu AIM dlu, but ia tak layak sbb ditulis n dihasilkan oleh artis indonesia. The same thing goes to Biarlah Rahsia, and recently, lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) pun terpaksa dinafikan kelayakannya menyertai Muzik2 sbb hasil dari seberang.

Tapi dalam2 diam, lagu tempatan pun dilihat makin matang. contoh terbaik yg aku leh bagi:

Sampai Syurga (Faizal Tahir)
Mantera Beradu (Malique & M.Nasir)
Sekian Lama (Siti Nurhaliza)
Kalis Rindu (Elyana)
Aurora (Estranged) <
lagu2 ni menampakkan kematangan dalam susunan muzik dan penulisan lirik. kalau ade masa, korg dgr2 la lagu2 ni.

Aku rasa itu je lah kot pendapat aku. Comments are much appreciated.


NUke

IBU

HAPPY BIRTHDAY

56

22DEC2008

NUke

Bagi kategori Pop Rock pula, sebanyak 5 lagu layak ke peringkat akhir AJL 23 yang akan berlangsung pada 18 Januari 2009 akan datang.

LAgu2 yang layak ke peringkat akhir adalah :-

Kalis Rindu (Aidit Alfian/AD Samad/Elyana)
Lagu Untukmu (Taja & Tass/Taja, Tass & Lan/Meet Uncle Hussain)
Bukan Di Sini (Sofaz/Sofaz/Sofaz)
Yang Pernah (Estranged/Estranged/Estranged)
Aku Stacy (Intan Norul Azlin/Intan Norul Azlin & Laila Ismail/Stacy)

My Point of view:

Sememangnya saingan kategori ini sengit memandangkan 3 kumpulan bertanding dan disertai dengan dua solo wanita bagi merebut gelaran juara kategori. Dengan kehadiran indie bands, dan penyanyi yang lahir daripada program realiti, sudah pasti kesemua lagu dalam kategori ini bakal menjadi tumpuan semasa berlangsungnya pertandingan nanti.

Tahun ini merupakan tahun kedua Elyana layak ke Anugerah Juara Lagu. Sebelum ini, Elyana telah pun menyertai AJL menerusi lagunya Tak Tercapai Akalmu. Namun, kali ini, lagu ciptaan AD Samad dan Aidit Alfian sekali lagi layak ke peringkat akhir menerusi lagu Kalis Rindu. Sejujurnya lagu yang unik sememangnya sinonim dengan Elyana, bermula dengan Diriku Tapak Sulaiman, sehinggalah lagunya yang terkini, Molek. Namun, tak dinafikan lagu Kalis Rindu ni merupakan antara lagu terbaik pernah dinyanyikan Elyana. Sememangnya lagu ni layak ke peringkat akhir lalu dinobatkan sebagai Juara kategori memandangkan kedudukannya di tangga teratas selama beberapa minggu hampir di semua carta2 lagu termasukla Muzik Muzik. KOmposisi muzik yang retro dan tulisan lirik yang baik menambahkan kecerahan peluang lagu ini untuk menjadi juara kategori.

Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussain juga adalah antara lagu terbaik tahun ini. Dengan memerluakan keupayaan vokal yang tinggi dan nyaring bermula dari awal lagu sehinggalah akhir, ternyata tidak mudah bagi seseorang itu untuk menyanyikannya. Namun, Syabas buat Meet Uncle Hussain yang telah menempah tiket ke AJL 23 menerusi lagu ciptaan Taja, Tass dan Lan. Ia juga dikatakan mampu memberikan saingan yang sangat sengit kepada finalis yang lain. Dan semestinya lagu ini mmg layak untuk dinobatkan sebagai Juara kategori.

Sofaz sekali lagi layak ke AJL menerusi lagu Bukan Di Sini. Susunan muzik dan lenggok yang bersahaja mampu memikat hati juri. Ditambah dengan penulisan lirik yang sempurna dengan memberikan makna yang mendalam, semestinya menjanjikan saingan kepada finalis yang lain. Ciptaan sepenuhnya oleh kumpulan ini, mereka telah berjaya membuktikan keupayaan bakat2 muda dalam industri muzik tanah air. Syabas!


Lagu Yang Pernah, ciptaan sepenuhnya dan nyanyian kumpulan Estranged dijangka bakal memenangi kategori Pop Rock. Kenapa? Sebab lagu ini sememangnya rock, ditambah dengan vokal Rich yang mantap dalam menyampaikan lagu ini. Elemen muzik rock yang sempurna, serta lirik yang baik. Tahun lepas menyaksikan Estranged merangkul anugerah Juara Lagu, sekaligus membuka mata semua ttg keupayaan bakat2 muda, dan juga menjadi "favourite contestant" AJL (maybe TV3 jugak). Sememangnya laluan mereka untuk merangkul anugerah juara kategori ini tidak mudah, kerana kesemua finalis yang bertanding mempunyai kekuatan masing2.

Mungkin ia merupakan satu kejutan apabila Stacy layak ke AJL23 menerusi lagu ciptaan Intan Norul Azlin & Laila Ismail; Aku Stacy. Mula2 aku dengar lagu ni, takde lah sesedap mana, namun aku harus akui yang lagu ini unik dan memerlukan stamina yang tinggi bagi seseorg itu untuk menyampaikannya. Ternyata Stacy adalah pilihan yang tepat dalam menyampaikan lagu ini. Syabas buat Stacy yang baru pertama kali menyertai AJL.


etc:
Kalau korg perasan, muka Mila ketika kesemua finalis diketahui (pd mlm separuh akhir MM) agak muram dan skit mcm tak puas hati. Mila mempertaruhkan 2 buah lagu pada malam tu iaitu Mila, Bila Cinta dan Aku Lebih Tahu, yang mana aku merasakan bahawa lagu Aku Lebih Tahu itu sepatutnya layak ke akhir.

Elyana berdiri tak sampai 1minit dengan kasut tumit tingginya tu sewaktu mempersembahkan lagu Kalis Rindu. Adakah beliau akan berkasut tumit tinggi sewaktu final AJL nanti? tgkla camane.



Pilihan Aku untuk kategori ini :
Kalis Rindu (Aidit Alfian/AD Samad/Elyana)


NUke

salam.

Kategori balada pulak. Sebanyak 6 lagu layak ke pringkat akhir AJL 23, yang mana kejutan dilakukan pada separuh akhir kategori Pop Rock di mana TV3 mengumumkan kelayakan 1 lagu lagu balada yang masuk ke peringkat akhir; Dingin - Ziana Zain.

Lagu-lagu yang layak adalah:-

Hanya Di Mercu (Aubrey Suwito/Habsah Hassan/Ayu)
Sampai Syurga (Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir)
Bila Nak Saksi (Tam/Loloq/Spider)
Lagu Kita (Aizat/Aizat/Aizat)
Cuba (Audi Mok/faizal Tahir/Faizal Tahir)
Dingin(Azlan Abu Hassan/Azalea/Ziana Zain)

Sememangnya hangat dan sengit jika melihat kesemua lagu yang bertanding dalam kategori ini. Dengan penambahan 1 lagi lagu yang layak, menjadikan 6 lagu kesemuanya, ini sedikit sebanyak menjadi klu bahawa lagu yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu mungkin daripada kategori ini.

My Review:

Hanya Di Mercu sememangnya salah satu lagu yang hits tahun 2008, di mana Ayu menyanyikan lagu ini dengan penuh perasaan dan harmoni. Sememangnya Habsah Hassan bijak dalam penyusunan lirik. Begitu juga dengan Aubrey Suwito yang mmg dah x asing lagi dalam dunia muzik tanahair.

Sampai Syurga merupakan salah satu lagu terbaik Faizal Tahir. Tak mustahil lagu ni diangkat sebagai Juara Lagu, kerana kedudukannya di #1 carta Muzik-Muzik selama beberapa minggu. Lirik yang bersahaja dan penuh makna, ditambah dengan komposisi muzik yang bijak. Audi Mok sememangnya bakal menjadi satu nama besar dalam industri ini. Koloborasi Audi Mok dan Faizal Tahir menjadikan lagu ini... "almost perfect".

Spider juga layak ke peringkat akhir menerusi lagu ciptaan Tam dan Loloq; Bila Nak Saksi. Kumpulan yang penah menang Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Relaku Pujuk ni sekali lagi memberi saingan dalam Juara Lagu 23. Susunan muzik yang baik dan rilex menjadikan lagu ni lebih santai di samping mmpunyai lirik yang mendalam.

Lagu Kita ciptaan sepenuhnya oleh Aizat menjadi favourite ketika malam Separuh Akhir JL23. Tak ramai artis yg juga lyricist n komposer yang layak ke AJL. Nama2 besar yg pernah masuk ke AJL adlh Yassin dan M.Nasir (2 2 pnh menang JL). Jadi, jangan terkejutla sekiranya Lagu Kita diangkat sebagai lagu terbaik 2008... sebab kalo kita perasan la kan, trend muzik sekarang ni lebih kpd indipendent muzik. kemenangan Estranged tahun lepas skit sbyk membuka mata semua tentang kehebatan bakat2 muda, ok...

Cuba (Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir). Dari segi penulisan lirik, Faizal Tahir bukanlah seorg yang baru, dia sebelum ni penah menyertai kumpulan nasyid Mirwana and tahu akan hal2 industri ini. Jujur aku katakan lagu ni tak sebaik lagu2nya yang layak ke AJL sebelum ni (Mahakarya Cinta, Kasih Tercipta, Sampai Syurga). Jadi, aku tak meletakkan harapan yang tinggi untuk lagu ni menang. But still, muzik diatur dengan baik dalam lagu ni.

Dingin nyanyian Ziana Zain mungkin bakal menghantui kita semua dek keperluan vokalnya yang perrgh.. tinggi. Sinonim dengan Ziana Zain, lagu ni sememangnya layak ke AJL kerana lagu tu sendiri mmg sedap. di tambah pulak dengan keinginan penonton untuk melihat Ziana Zain kembali beraksi di AJL setelah sekian lama sepi. Notable performance by Ziana Zain waktu AJL adalah pd tahun 1998 yang mana lagu Puncak Kasih dinobatkan sebagai juara Kategori.



Pilihan aku untuk kategori ini:
Sampai Syurga (Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir)


NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.