Murtad karya Hasrul Rizwan ini boleh dianggap sebagai novel 'sederhana berat'. Pembaca dinasihatkan untuk membaca Murtad dalam waktu yang sangat lapang dan santai bagi memudahkan minda untuk menerima hakikat jalan cerita ini bisa menjadi realiti di dunia kini.
Selesai membaca Murtad, pembaca berkemungkinan berasa was-was dengan beberapa individu yang dirasakan mengikuti kita; sekiranya pembaca acapkali melakukan dosa lah. Ini semua adalah kemungkinan yang akan berlaku di dalam dunia kini.
Adam dan Akhil merupakan sepasang kembar seiras yang berhajat besar untuk bekerja di Kuala Lumpur, sementelah kehidupan zaman kecilnya dibelenggu masalah hasil daripada kelakuan buruk bapanya. Namun, apa yang menyedihkan bagi mereka pabila persoalan tentang masa rehat dan solat yang diajukan seolah-olah dipermainkan oleh penemuduga. Berang.
Jadi, adakah mereka menjumpai kerjaya idaman mereka selepas itu? Tidak pasti. Apa yang jelas, kad hitam berkalimah syahadah itu telah membawa kedua-dua insan ini ke sebuah gudang usang. Briefcase hitam yang mengandungi dua pucuk pistol hitam, sekeping sampul surat, kunci kereta dan wang ringgit dibuka dan hanya dilihat; sebelum keputusan tekad dibuat.
Dalam penceritaan kerjaya mereka ini, mereka menjumpai semula insan yang bergelar Ayah, yang dahulunya hilang meninggalkan mereka bersama-sama si ibu. Si kembar ini juga berdepan dengan konflik dan dilema cinta daripada wanita-wanita yang bertentangan personalitinya. Tak lupa juga watak jahat yang sangat kejam.
Novel ini dikarang bagus oleh Hasrul Rizwan, namun beberapa 'typo' terutamanya di penghujung karya menjadikan ia sedikit 'slack'. Namun, intipatinya tetap terbaik disempurnakan dengan loghat 'Kedah' yang asli.
Membunuh orang yang Murtad. Pembunuh atau pejuang agama?
Anda sendiri mampu mencari jawapannya.
...dan mungkin si kembar ini akan mencari anda juga? Siapa yang tahu?
Judul: Murtad
Penulis: Hasrul Rizwan
Terbitan: Buku Fixi
Tahun: 2012
Skor: Wajib Beli, Wajib Baca
p/s: Picture is courtesy of Buku Fixi
NUke
dalam topik : buku
Kejadian ini berlaku secara tidak disangka-sanagka di Alamanda, Ayajartup. Seorang kawan mengajak aku ke Alamanda, Ayajartup untuk menemani beliau membeli selipar yang hilang diambil orang. Maka, dengan rajin dan tabah, aku membontotinya ke hulu dan hilir. Lagipun, aku juga mempunya tujuan yang lain di Alamanda, Ayajartup itu... yakni untuk membayar bil broadband yang aku pun tak pasti berapa jumlahnya.
Lalu, selepas usai urusan membeli selipar dan membayar bil, sahabatku itu mengajak daku untuk masuk ke sebuah kedai di aras 1 Alamanda, Ayajartup itu. Dalam kedai tu ada jual Babi. Seriously, mula-mula aku tak perasan ada babi kat situ, lepas lah aku duk tengok kawan aku tu ralit duk belek-belek barang yang nak dicarinya itu... bila saja dia hampir nak memegang binatang haram tu, aku terkejut dan baru terperasan!
Eh kawan! Jangan pegang! Tu BABI!
Eh, mana? Mana?
Too late, dia dah terpegang Babi tu.
Woi! Tu! kau dah pegang babi!
Kena sertu dan sama' ni!
Ahhh.. Babi ni tak haram.
Babi kan?
Oh! Babi ini dijual di Toys 'R' Us.
NUke
Muzik Muzik menjadi medan terbaik untuk penggiat muzik tempatan mempertaruhkan karya mereka, sebab pada penghujung tahun, lagu-lagu yang terbaik akan bertanding di dalam salah satu anugerah muzik berprestij kat Malaysia - Anugerah Juara Lagu.
Senarai 30 lagu yang layak telah ke separuh akhir sudah pun diumumkan; seperti berikut:-
* - Jangkaan lagu yang layak ke AJL27
- Kasanova (Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
- Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq / ID Mifzal / Zie Syafruddin)
- Tanpamu (Amir Jahari / Amir Jahari / Amir Jahari)*
- Watak (Hafiz / Aidit Alfian / Ad Samad)
- Angkasa (Diandra Arjunaidi / Diandra Arjunaidi / Diandra Arjunaidi)*
- Ombak Rindu (Hafiz & Adira / Zaidi / Zaidi)*
- Patah Seribu (Shila Amzah / Shila Amzah / Shila Amzah)*
- Tapi Bagaimana (Spider / Tam / M. Nasir)*
- Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar / Ajai / Ahmad Farid Abdul Jalal)
- Lagu (Bedroom Sanctuary / Bo Amir Iqram / Bo Amir Iqram)
- Terlalu Mencintaimu (Suki / Ajai / Jeremy Chong)
- Pencinta Terbaik (Sofazr / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
- Mesti Ada Cinta (Akim & Fiq / Kuncidemak / Kuncidemak)
- Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat / Jimmy Palikat / ONE & Jimmy Palikat)
- Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
- Aku Datang (Tomok / Tomok / Rafidah Abdullah)
- Jerrypah (Aizat / Aizat / Anas & Aizat)*
- Terukir Di Bintang (Yuna / Yuna / Yuna)*
- Simetri (Hazama & Amy Search / Audi Mok / Zel Firdaus Haduan)
- Andai Ku Bercinta Lagi (MOJO / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)*
- Cerita Dia (Drama Band / Ammar Habir / Aepul)
- Idola (Azlan & the Typewriter / Audi Mok / Azlan)
- Beginilah Caranya (Shaheizy Sam / Ajai / Ajai)
- Harapan (Hyper Act / Hyper Act / Frozen)*
- Pelangi Senja (Stacy / Taja / Tun Teja)*
- Panik (Bunkface / Sam / Sam)
- Ku Akui (Hafiz / Ajai / Ajai)
- Teman Pengganti (Black & Malique / Malique / Malique)*
- Aku Suka Dia (Ainan Tasneem / Ainan Tasneem / Ainan Tasneem)*
- Majnun (Hazama / Audi Mok / Audi Mok & Omar K)
# 12 lagu akan dipilih untuk ke AJL27.
Pemerhatian aku:
Diakui, tahun 2012 ni banyak sangat lagu yang bagus dihasilkan oleh karyawan Malaysia. Dan majoriti besarnya berjaya disampaikan dengan baik oleh si penyanyi. Aku tak berapa terkejut kalau ada beberapa lagu yang sepatutnya qualified tidak berjaya ke AJL27 sebab hampir semua yang disenarai pendek dlm semi final ni pun memang ada aura tersendiri... dan kebanyakkannya berada dalam par yang sama tinggi.
Walau apapun, kelayakan untuk lagu 'popular' pun perlu diambil kira sebab ini dijangka akan menaikkan rating AJL27 nanti. Dalam kes macam ni, aku meletakkan lagu Aku Suka Dia nyanyian Ainan Tasneem sebagai taruhan. Ataupun boleh jadi lagu Simetri yang menampilkan Amy Search yang akan menjadi punca ratings AJL27 tinggi.
Shila Amzah yang mencipta sejarah tersendiri perlu dimasukkan sebagai finalis AJL kerana karya Patah Seribu ciptaan sepenuhnya itu sememangnya akan memberikan saingan SENGIT kepada finalis yang lain. Begitu juga dengan lagu Harapan dan Teman Pengganti; yang diramal bakal menduduki kelompok lima teratas sekiranya kedua2nya layak ke AJL27 kelak.
Walaupun Stacy lebih terkenal dengan lagu-lagu pop dansa yang memaksa beliau menari di atas pentas, tetapi karya Pelangi Senja dirasakan dan diramalkan berjaya menandingi Kasanova.
Yuna (Terukir Di Bintang) masih dilihat relevan untuk layak ke AJL27 disebabkan dimensi baru muzik yang dibawanya; sama seperti Diandra Arjunaidi (Angkasa). Manakala karya juara AJL26, Dato' M. Nasir menerusi Tapi Bagaimana perlu juga diambil kira utk disenaraikan dlm finalis nanti, kan??
So, lagu apa pilihan korang yang dirasakan WAJIB ada dalam AJL27?
NUke
dalam topik : award, juara lagu, muzik
AMARAN: Entry ini hanyalah menyatakan pendapat penulis sahaja.
Bila kita semakin dewasa, banyak benda yang dipelajari. baik buruk atau tidak, semua itu boleh dikategorikan sebagai ilmu. cewah. Bezanya, kalau kita gunakan ia ke arah yang betul, maka baik lah ia. Kalau guna ke arah kejahatan, maka buruk lah ia.
Walaweh, ayat macam lecturer.
Dalam hal kali ni, aku cuma nak bincangkan pasal personaliti lelaki yang stereotype-ly dilabelkan 'punca' kepada perbincangan berunsur lucah. Haha! Bersedia semua? Go!
Kenapa bercakap lucah?
Aku rasa benda2 yang lucah ni senang nak tarik perhatian orang lain untuk sama-sama mendengar perbualan kita. Sebab benda ini adalah....tabu... mungkin? Bila unsur-unsur seks dimasukkan ke dalam perbincangan, banyak respon drpd banyak org dapat kita dengar. Dan ianya seringkali terhasil dalam bentuk ketawa terbahak-bahak.
Setuju?
Kenapa lelaki?
Sebab kelazimannya, lelaki je yang suka melucah ni. Bukannya nak cakap tak ada perempuan yang melucah, tapi obviously, memang kaum lelaki yang selalunya melucah pun. Sebab apa? Jawapan itu mungkin berbeza-beza di antara individu. But then, perbatasan pe-lucah-an tu kena sentiasa ada. Takut pulak orang sekeliling ingat kita ni gila seks ke apa. Lagipun, kita tak mahu lah orang yang join perbincangan kita tu nanti rasa offended pulak!
Sama dalam perbincangan sebelum2 ni pasal lelaki, boleh conclude lah yang 'insiden-insiden' berkaitan melucah ni memang selalu dikaitkan dengan lelaki. Haha! Kan?
But not to conclude that all men are the same; talking about sex every single time. But maybe every 8 minutes... kot!
Haha!
NUke
dalam topik : lelaki
Amaran: Entry ini TIDAK ditaja oleh mana-mana syarikat Pizza. Aku tak dibayar pun, okay?
Tatkala hati perut merintih kelaparan, aku terkenangkan pizza. Ya! Itu adalah satu sebab kenapa duit semakin cepat habis. sikit sikit nak beli kat luar, sikit-sikit nak makan kat luar. Tapi, bila perasaan malas utk memasak itu datang...apa boleh buat.
Lalu aku mengambil keputusan untuk meng-oder pizza.
Domino's Pizza. Call 1-300-888-333.
Ringing entah berapa kali. Then drop call. Cilanat!
Aku saja usha website diorg utk confirmkan hotline no. tu. Memey betul! Tapi aku lebih tertarik dgn aplikasi tempahan secara online. lalu, aku merajinkan diri mendaftar sebagai pengguna, dan terus order pizza dengan pelahapnya.
Dan yang paling best, kita boleh track kita punya order tu!!!
Aku suka!
Aku rasa lepas-lepas ni aku order je domino's pizza kot.
p/s: Dah 30 minit order... masih tak sampai-sampai lagi!
NUke
dalam topik : makan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.







