Siri 9


Sambil memerhatikan pelajar lain yang lalu lalang, Xyryll menyudahkan suapan makan tengah harinya yang terakhir itu. Dia mengunyah pantas lalu menelan butiran-butiran nasi yang tercampur gaul dengan kari ikan itu. Bangkit menuju ke arah sinki untuk membersihkan tangan dan mulut dan kembali ke tempat duduknya, menghadap Asyraf yang masih berbaki dua, tiga suapan yang perlu dihabiskan. Xyryll kemudiannya meminta kunci bilik daripada Asyraf untuk dipinjam sebentar, dek kerana mahu segera pulang ke bilik untuk berehat. Asyraf hanya menuruti, memandangkan dia mahu singgah ke surau terlebih dahulu untuk solat Zuhur.

“Jumpa kat bilik nanti, ya!” kata Xyryll.

“Okay. Nanti kunci aku tu, kau letak saja di atas meja aku.” Pesan Asyraf, mengingatkan Xyryll akan kunci miliknya itu. Dia tidak mahu kehilangan kunci bilik juga, sama seperti sahabatnya itu.

--

Nizam memohon maaf daripada Meor dan memujuk lelaki itu untuk menggunakan pengaruhnya bagi meringankan hukuman yang diterimanya. Namun, Meor yang masih keras itu dengan mentah-mentah menolak pujukan dan rayu Nizam yang sudahpun kelihatan serabut dan sugul. Dia kemudiannya meneruskan tawanya dan berlalu pergi meninggalkan Nizam buntu merenung nasib dirinya sendiri di situ.


--


Xyryll memandang ke arah deretan kasut dan selipar yang tersusun di luar pintu bilik. Dikesan olehnya akan Fadhiri dan Arief yang sudah pun berada di dalam bilik itu. Tiada kuliah untuk dihadiri barangkali. Salam diberi tanda hormat dan adab masuk ke dalam bilik.

Dan seperti yang dijangka, kedua-dua teman sebiliknya itu memang ada. Masing-masing membalas dan menjawab salam itu dengan hampir serentak. Cuma Fadhiri sahaja yang menjawab penuh. Juga seperti yang dijangka oleh Xyryll.

“Hairan! Bukan hari ini sepatutnya kuliah korang tamat jam 3 petang ke?” soal Xyryll pelik melihat mereka berdua sudah pun berada di dalam bilik itu. Dia cukup tahu akan jadual kuliah mereka sementelah masing-masing ada menampalnya di pintu almari.

“Kuliah batal.”, Fadhiri ringkas menjawab persoalan Xyryll itu. Dia kemudiannya menghampiri lelaki yang sedang menanggalkan kemeja hijau gelapnya itu lalu menghulurkan sepucuk surat dalam sampul putih.

Juga gugusan kunci bilik milik Xyryll yang tercicir itu. Seperti yang dijangka Fadhiri, riak wajah terkejut Xyryll tertonjol jelas. Namun, belum sempat Xyryll bertanya dan berkata apa-apa, Fadhiri mencelah.

“Dr. Khairi yang pass surat dan kunci ni kepada aku sewaktu aku baru tiba di muka pintu bilik untuk masuk. Dia cakap, kunci ini barangkali milik kau.” Jelas Fadhiri sambil menyangkutkan tuala kecil yang digunakan bagi mengelap peluh ke atas bahu.

“Katanya lagi, surat ini juga untuk kau. Apa isi kandungannya… aku tak pasti. Lagipun, tak kan aku nak baca pula kan? Surat untuk kau, dan bukan untuk warga bilik ini.” Terang Fadhiri akan surat itu.

Xyryll mengakui kejujuran dan sikap amanah yang dipertonjolkan Fadhiri. Ianya satu sikap yang harus dipuji dan dicontohi. Namun, persoalannya kembali tertumpu ke arah surat. Dan juga Dr. Khairi. Bagaimanakah pensyarah itu tahu bahawa dirinya itu adalah pemiliknya? Di mana pula agaknya kunci itu dijumpai? Dan apakah mungkin semua itu ada kaitannya dengan Nizam dan kejadian yang telah berlaku di antara mereka pada malam itu? Dia menggelabah di dalam hati.

Fadhiri kemudian berlalu pergi, kembali ke arah katilnya untuk sambung berbaring dan menghilangkan letih.

Perlahan-lahan Xyryll membuka lekatan sampul surat putih itu dan tidak sabar untuk mengetahui kandungannya. Sambil bola-bola matanya ligat membaca butir ayat satu per satu, dia merasakan degupan jantungnya seakan-akan terhenti seketika.

Ruj: KESALAHAN DISIPLIN & NOTIS PEMBERHENTIAN PENGAJIAN

“Macam mana boleh jadi macam ni?” soal Xyryll bersendirian.

Tidak lama selepas itu, Asyraf muncul menolak daun pintu bilik dan masuk setelah kasut ditanggalkan dari kaki. Dia kaget melihat wajah pucat lesu Xyryll yang masih menatap dan membaca surat yang masih dipegang kuat kedua-dua tangannya itu.

“Xyryll, kau okay ke?” tanya Asyraf.

Xyryll hanya membisu dan meneruskan pembacaannya. Di sudut bawah surat itu, tertulis akan arahan untuknya berjumpa dengan Penolong pengarah, Professor Fakhri pada masa dan tempat yang telah ditetapkan pada hari Isnin minggu hadapan.


--Bersambung...


NUke


Siri 8


Nizam berasa gundah. Tidak reti untuk kakinya berdiam daripada berjalan ke sana sini. Sementara menanti waktu untuk dirinya dipanggil masuk berjumpa dengan Penolong Pengarah kolej itu, dia meletup-letupkan jemarinya bagi menghilangkan rasa cemas. Sesekali dia mengalihkan pandangan ke arah jam dinding yang berada berhampirannya. Cemas.

“Ahmad Nizam Salleh, Professor Fakhri mahu berjumpa.”, sopan tutur kata yang dilantunkan pembantu professor itu, setelah menerima panggilan ringkas daripada professor yang sudah sedia menanti di dalam bilik. Nizam segera masuk ke dalam bilik pensyarah itu, dan pintu ditutup.

Dalam masa yang sama, Xyryll baru tersedar akan kehilangan kunci biliknya itu. Jauh di sanubari, rasa cemas mulai timbul namun dia cuba berkelakuan dan berlagak biasa. Berkata kepada dirinya sendiri, dia perlu cepat dan pantas ke tandas semalam bagi memastikan kalau-kalau kuncinya tercicir di sana. Cuai.

Satu per satu ruang lantai tandas itu diperhatikan. Cuma satu cubicle saja yang belum diperiksa kerana ada seorang pelajar sedang menggunakannya. Sambil-sambil menunggu, Xyryll membasuhkan mukanya dan kedua-dua tangan. Tiba-tiba teringin untuk menjadi seorang yang pembersih buat seketika. Xyryll menepuk-nepuk wajahnya sambil memandang cermin dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati Asyraf yang keluar daripada cubicle itu tadi.

“Rileks, Xyryll… Rileks.” Tenang dirinya.

“Eh, Xyryll. Kau tunggu aku ke?”, gurau Asyraf bersahaja, lalu segera ke arah sinki untuk membersihkan tangan.

“Eh! Lah! Engkau rupanya. Tak ada apa-apa. Aku tengah cari kunci bilik aku ni. Tercicir kot.”, Xyryll menyambut sapaan yang dimulakan Asyraf. Dia turut bertanyakan kepada Asyraf andai kata ada terlihat akan gugusan kunci miliknya tercicir di dalam cubicle itu.

“Tak ada pula.” Balas Asyraf, pendek sahaja. Melenyapkan harapan Xyryll untuk menemui kunci biliknya itu.

“Ah, sudah! Mana pulak hilangnya ni?” Soal Xyryll sedikit cemas.

“Kau yakin ke tercicir di sini?”, soal Asyraf kembali.

“Confirm punyalah! Semalam aku dengan Nizam pergi sini…”,

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata… badan binasa.

“Nizam?” Asyraf mengerutkan dahi dan mengangkat keningnya tanda kehairanan. Sefaham dirinya, Xyryll hanya ke blok bersebelahan pada malam tadi. Ada sesuatu yang boleh disyaki di situ. Asyraf bertanyakan lebih terperinci tentang apa yang telah berlaku.

Akur dengan kecuaian diri sendiri, Xyryll menceritakan semula tujuan pertemuan dirinya dengan Nizam malam itu. Menurut Xyryll, dia sendiri pun tidak begitu jelas dengan perkaitan antara mereka berdua dengan Meor dan Nizam. Sudah tentu, Xyryll menyembunyikan kisah aksi terlarang mereka, demi menjaga perasaan dan kepercayaan Asyraf terhadapnya. Sungguhpun mereka kini tidak lebih dari sekadar kawan.

“Meor? Apa pula yang dia mahukan ya?” Asyraf menyoal sendiri akan perkaitan Meor dalam hal ini. Dia kemudiannya mengajak Xyryll untuk sama-sama keluar dari tandas itu dan menuju ke kafeteria untuk makan tengah hari memandangkan masing-masing sudah tidak mempunyai kelas untuk dihadiri petang itu.

-

Raut wajah Nizam kelihatan lesu dan pucat. Dia hanya mahu pulang ke biliknya dan tidur. Hanya itu saja yang mampu dilakukan bagi menghilangkan tekanan yang dihadapi ketika itu. Begitupun, ia hanyalah perancangan semata-mata, ketika kaki sedang leka melangkah malas dengan pandangannya sedikit ditundukkan, Nizam ditegur oleh Meor yang kebetulan melalui jalan yang sama. Ditanyakan oleh Meor kepada Nizam akan kemurungan yang ditunjukkan itu.

Pasrah, Nizam hanya menceritakan segala apa yang telah berlaku pada malam sebelumnya itu kepada Meor. Dan tidak disangka-sangka, bukan simpati yang diberikan Meor, tetapi hilai tawa yang berdekah-dekah kuatnya.

“Itulah engkau! Bodoh! Buat perancangan sendiri lagi! Tergopoh-gapah!” ujar Meor dalam gelak tawanya.

Nizam hanya tertunduk kesal. Dia akur akan kesilapannya. Silap dirinya untuk tidak mengikut perancangan yang dirangka oleh Meor. Dia silap kerana mahu cepat mendapatkan gelora nafsu Xyryll. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang sepatutnya.

Jika mengikutkan perancangan Meor, sepatutnya mereka bersepakat dengan Ustaz Zainuddin terlebih dahulu dan menjalankan tipu daya bagi menjerat Xyryll ke dalam perangkap. Di situ, Nizam berpura-pura untuk menguji Xyryll dengan tujuan membuktikan kepada Ustaz Zainuddin akan kecenderungan Xyryll meminati dan melakukan hubungan songsang dengan lelaki; sebelum di akhir perancangan Xyryll ditangkap oleh Ustaz untuk dibicarakan oleh Majlis Disiplin kolej.

Dek kerana terlalu megikut nafsu, Nizam melepasi jangkauan dan perancangan mereka. Tidak puas hati dengan gelak tawa yang diterimanya daripada Meor, Nizam tekad untuk mengugut Meor untuk sama-sama dikenakan tindakan disiplin. Sama sepertinya, dibuang kolej setelah pengesahan tidakan disiplin dalam tempoh dua minggu lagi. Nizam yakin, dia mampu memutarbelitkan segala pengakuannya dalam tempoh dua minggu ini untuk sama-sama mengheret Meor bersamanya.

“Kau ni bodohlah, Nizam.”
“Kau tak tahukah aku ni siapa?” tenang Meor menepis segala ugutan yang diterimanya.
“Aku ni… anak Tan Sri Meor Mustapha Hashim lah.” Sambung Meor dengan nada bangga.

“Kau… anak Meor Mustapha Hashim?” Nizam terkedu mendengar pengakuan insan yang sedang berdiri angkuh di hadapannya itu. Tidak disangka pelajar yang lama dikenalinya itu merupakan anak kepada individu yang tidak asing lagi dengan kolej tempat mereka menuntut ilmu itu.

“Oops, jangan lupa… Tan Sri…” balas Meor memperbetulkan Nizam akan gelaran pada nama bapanya itu.

--Bersambung

NUke


Siri 7


Xyryll hanya membiarkan dirinya dirangkul perlahan oleh Nizam. Tubuh kedua-dua jejaka itu semakin rapat dan menyentuh, dengan mata-mata mereka kini saling bertentang. Sungguhpun mulut diam membisu seribu bahasa, tapi gerak jari-jemari Nizam pada tubuh Xyryll sudah mampu menyampaikan kehendak nalurinya. Menginginkan dan diinginkan.

Baju-baju yang awalnya melekap di tubuh badan tanpa disedari sudah tertanggal. Memperlihatkan putih kulit dek limpahan cahaya lampu kalimantang di dalam tandas itu. Xyryll kemudiannya menolak Nizam ke belakang, memaksa dirinya masuk ke salah satu cubicle sebelum membalas pelukan yang diberikan.

Dia hanyut. Hanyut dalam berahi sang pemburu nafsu. Dia membalas kucupan yang diberikan Nizam pada malam itu. Segera dilonggarkan seluar dan boxernya bagi memuaskan nafsu dan memuaskan hati lelaki yang berada di hadapannya itu. Nizam juga menuruti langkah yang sama. Meraba-raba.

Sesi pembiakan terlarang itu berlangsung dengan masing-masing berkeadaan berpeluh dalam berdiri, sehinggalah puncak kenikmatan hampir dikecapi Xyryll, dia segera menolak Nizam ke tepi. Tersedar bahawa semua yang berlaku itu adalah salah. Dan bukan kehendak akal fikirannya. Ianya hanyalah nafsu, dan Nizam berjaya mengambil kesempatan dari itu. Terlambat untuk kembali waras, dia segera mempercepatkan gosokan pada alat sulitnya, menuju puncak dan menghabiskan ejakulasi yang terbantut sebentar tadi. Nizam yang hanya mampu berpaling setelah kenikmatannya diganggu sebentar tadi, bingkas berdiri memperbetulkan posisi dan melakukan perkara yang sama; menghemburkan benih-benihnya ke atas lantai tandas yang sepi itu.

Xyryll segera mengenakan seluarnya dan mencapai baju yang diletakkan di atas para dan menyangkutkan ke bahu kiri sebelum melangkah pergi. Pintu tandas dibuka pantas dan terus beredar. Melangkah laju dalam samar-samar koridor bangunan yang menempatkan bilik-bilik tutorial itu.


Tanpa disedari, kelibatnya yang bergegas meninggalkan tandas itu terlihat oleh dua orang pensyarah yang dalam perjalanan pulang ke perumahan pensyarah dari Bangunan Pentadbiran kolej. Curiga dengan kelakuan pelajar itu, Profesor Fakhri, Penolong Pengarah Kolej cuba menjejaki Xyryll namun dia kehilangan lelaki itu dalam kepekatan malam.

Manakala Dr. Khairi mengatur langkah menuju ke arah tandas pelajar lelaki itu untuk memeriksa akan apa yang telah berlaku di situ. Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati ada seorang lelaki masih bersandar di dinding dalam keadaan bertelanjang bulat, dengan organ pembiakan yang masih keras terpacak. Nizam yang masih menikmati kepuasan malam itu walaubagaimanapun tergamam dan terkejut apabila menyedari kehadiran pensyarah Matematik itu, lalu segera bangun mengenakan seluar dan baju miliknya.

“Apa kamu buat ni, ha?!!”, tengking Dr. Khairi.

Bonjolan yang satu ketika yang pernah keras itu... kini lembik lesu, tidak bermaya.

Nizam ditangkap buta-buta oleh Dr. Khairi dan Profesor Fakhri. Setelah sempurna menyarungkan pakaiannya, dia diheret keluar daripada tandas itu sebelum disoal beribu soalan oleh kedua-dua tenaga pengajar lelaki itu. Setelah segala macam butiran peribadi seperti nama penuh, nombor telefon bimbit, nombor pelajar, dan nombor bilik diambil oleh Profesor Fakhri, Nizam dibenarkan pulang ke bilik asramanya. Dia dikehendaki untuk berjumpa dengan professor itu pada keesokkan petang di bilik pensyarah itu di Bangunan Pentadbiran kolej.

Masih terperanjat dengan apa yang baru dilihatnya sebentar tadi, Dr. Khairi hanya mampu melangkah perlahan meninggalkan perkarangan bangunan akademik. Akan tetapi, langkahnya terhenti seketika setelah kakinya tersepak sesuatu di atas permukaan tanah. Dan setelah diamati sebaiknya, ia adalah gugusan kunci bilik. Dan dia yakin, itu adalah milik seorang pelajar lelaki. Barangkali pelajar lelaki yang bergegas lari meninggalkan tempat gelora nafsu itu sebentar tadi.

-

Xyryll memulas tombol pintu yang tidak berkunci itu. Badannya masih dibasahi peluh. Kesmua rakan sebiliknya masih tidak tidur, sibuk dengan hal masing-masing. Arief sedang asyik melayan lagu-lagu dalam pemain MP3 miliknya, manakala Fadhiri sedang sibuk membancuh Milo. Dan Asyraf... sedang memandangnya.

“Kenapa dengan kau ni? Berpeluh semacam je?” soal Asyraf.

“Oh, tak ada apa-apa! Aku berlari tadi dari blok sebelah.” Balas Xyryll. Dusta.

Jantungnya berdegup kencang, cuba untuk serasikan badan, keletihan selepas ejakulasi dan mengatur ayat dan intonasi supaya helahnya kedengaran benar. Xyryll kemudiannya merebahkan diri ke atas katil dan berbaring untuk mengeringkan peluh, sebelum menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Terpalit senyuman nipis di bibirnya ketika mengunci pintu bilik air itu, tanda puas. Mungkin.


--Bersambung...

NUke


Siri 6


Berdebar-debar dirasakan Xyryll sambil sesekali memandang jam tangannya. Masih berbaki dua jam sebelum 11 malam. Perasaan gusar itu memaksa dirinya untuk tidak terus berada di dalam bilik. Segera dicapai gayung berisi perkakas membersih diri dan sabun mandi lalu terus menuju ke bilik air. Walaupun dia sudah membersihkan diri sesudah selesai sesi bersukan Maghrib tadi, perasaan gemuruh itu membuatkan dia berasa panas dan berpeluh. Menjadikannya tidak selesa.

Arief yang terperasan akan kelainan Xyryll malam itu hanya membiarkan sahaja. Membutakan mata. Tidak mahu mengambil tahu apa yang mengganggu fikiran sahabatnya itu. Sesekali dia menoleh ke belakang, memerhatikan Fadhiri yang dilihatnya khusyuk menelaah.

Asyraf juga begitu. Lalu dia mengembalikan pandangan mukanya ke arah buku rujukan yang sedia terbuka. Menyambung semula tugasannya.

--

Dalam masa yang sama, Nizam yang baru sahaja selesai berdiskusi bersama teman-teman tutorialnya di bangunan akademik sedang sibuk mengemaskan alat tulisnya sebelum dia ditegur oleh Meor dari belakang. Dalam kesibukkan teman-temannya yang lain mengangkat kaki dan berlalu, Meor menekan perlahan bahu kanan Nizam, memintanya terus duduk di atas bangku.

Tidak disangka, Meor pula yang muncul malam itu. Nizam tahu bahawa dia perlu segera menyelesaikan apa yang perlu di situ  memandangkan dia hanya mempunyai baki masa kira-kira dua jam sahaja sebelum pertemuan yang dirancangkan petang tadi.

Meor berbual kecil dengan Nizam bersendirian setelah memastikan tiada siapa derada di sekeliling mereka, sebelum bersalaman dengan Nizam dan berlalu pergi.

Nizam mengeluh. Tanda lega? Tanda runsing? Tidak pasti.

Telefon bimbit dikeluarkan dari saku seluarnya. SMS dikirmkan kepada Xyryll bagi mengesahkan pertemuan sebentar nanti.

--

Baju di sarungkan ke tubuh badan, setelah dipastikan kering. Dompet diambil dan dimasukkan ke dalam kocek belakang seluar jeans biru lusuhnya. Telefon bimbit dicapai dan dipegang rapi di tangan kanan. Kunci bilik juga diambil dari permukaan meja sebelum disimpan ke dalam poket seluar. Xyryll memberitahu Arief bahawa dia ingin ke blok bersebelahan untuk berjumpa seorang kenalan, memandangkan dia saja yang berada di dalam bilik ketika itu.

Arief hanya mengangguk…

Perlahan langkah dimulakan Xyryll sambil menarik nafas semahunya. Hanya mengenakan sepasang sandal, langkahnya diatur kemas dan semakin laju berbanding sebelumnya, melintasi kafeteria dan perkarangan surau sebelum hilang di sebalik tinggi pokok-pokok angsana memisahkan perkarangan asrama kediaman dan bangunan-bangunan akademik.

Xyryll sengaja melencong jauh dan sesekali memerhatikan skrin telefon bimbitnya itu kalau-kalau ada lagi SMS yang diterima masuk. Dan dalam sedar tidak sedar, dia sudah pun berada di depan pintu lokasi pelampiasan nafsu suatu ketika dahulu. Teringat akan perihal ini, Xyryll tiba-tiba terangsang dan mengalami ereksi.

Pintu dikuak perlahan sebelum melangkah masuk.  Sesekali dia menjenguk ke dalam cubicle tandas yang ada di situ, mencari kelibat Nizam di dalamnya. Hampa. Hanya dia berseorangan sahaja di situ, walaupun waktu sudahpun tepat menunjukkan jam 11 malam.

“Tak mengapa. Aku cuma tunggu untuk lima minit saja. Kalau dia tak datang, aku balik.” Xyryll bermonolog sendirian sambil berdebar menanti kehadiran Nizam. Tidak tahan ke hulu dan hilir, dia mengambil keputusan untuk duduk di para yang menempatkan singki-singki di dalam tandas itu.

‘Kreeaaakk…’, pintu dibuka perlahan oleh seseorang. Lelaki itu adalah Nizam. Masih bersama-sama dengan beg sandangnya, Nizam kelihatan berhati-hati dengan langkahnya, takut andaikata ada orang mengekorinya dari belakang. Dia berasa lega apabila Xyryll sudi datang untuk berjumpanya di situ.

“Nizam…”

“Xyryll. Sorry, terlambat sedikit tadi.”, balas Nizam yang kelihatan sedikit berpeluh. Dia kemudiannya menurunkan beg sandangnya lalu di letakkan ke atas lantai yang kering. Dilihatnya sekeliling tandas itu, memastikan bahawa mereka berdua bersendirian. Tidak disangka, tandas itu masih lagi dalam keadaan yang bersih dan terjaga. Mungkin juga ia disebabkan oleh lokasinya yang sedikit terperosok, lalu menyebabkan tidak ramai pelajar yang menggunakannya. Sesekali Nizam tersenyum memandang Xyryll. Dalam fikirannya juga terkenangkan peristiwa seksual yang pernah berlaku di antara mereka di dalam tandas itu satu ketika dahulu.

“Perihal Meor tu… sebenarnya ada sesuatu yang kau kena tahu”, segera Nizam memulakan bicara. Dia kemudiannya bersandar di dinding, menghadap Xyryll yang masih duduk di atas para. Xyryll hanya diam membisu dan menunggu Nizam untuk menyambung penjelasannya itu.

“…kau tahu kan, Meor tu ada perasaan terhadap Asyraf?” soal Nizam. Lalu menyebabkan Xyryll sedikit melopong. Barangkali dia tidak terperasan akan perihal ini. Nizam seterusnya menceritakan bagaimana Meor cuba merapati Asyraf sebelum ini namun, respon yang diterima acapkali menghampakan. Sungguhpun satu ketika, Asyraf pernah mengakui tertarik kepada Meor, namun sukar baginya membuang rasa sayang terhadap Xyryll.

“Betul ke?...” Xyryll ingin mendapatkan kepastian? Memaksa Nizam untuk kembali mendongak, mengalihkan pandangannya yang sudah pun jauh merewang kembali tepat ke arah muka Xyryll yang berada di hadapannya.

“Betul ke apa yang kau cakap ni? Habis tu, apa yang Meor tu nak daripada aku?” sempurna soalan yang ingin diajukan kepada Nizam kali ini.

“Meor mahukan Asyraf. Dan aku mahukan engkau.” Balas Nizam tersenyum sinis sambil tangan kirinya meramas-ramas bonjolan di seluar miliknya. Melihat tingkah laku berahi Nizam itu, Xyryll tidak pasti sama ada dia sepatutnya beredar dari situ, atau terus menanti apa yang bakal terjadi. Merelakan sekali lagi.

--Bersambung...


NUke


Siri 5


Malam semakin lewat apabila Arief pulang ke biliknya. Pun begitu melihatkan Asyraf dan Xyryll masih lagi tidak tidur, dia mengambil keputusan untuk sama-sama berborak dan bergurau senda.

Menyedari kehadiran Fadhiri ke dalam bilik mereka, Arief, Asyraf dan Xyryll masing-masing berpaling sesama sendiri. Riak wajah Fadhiri malam itu tidak ceria seperti biasa. Bagaikan ada sesuatu perkara yang mengganggu fikiran  lelaki itu. Terlihat akan kelainan itu, Xyryll mengambil langkah pertama untuk menegur dan bertanyakan apa yang dirasakan patut.

Namun semua itu hanyalah sia-sia memandangkan Fadhiri sedikit pun tidak menjawab sepatah daripada persoalan yang diajukan. Dan ini mengundang rasa tidak selesa kepada Arief dan Asyraf yang dari tadi memerhati. Dalam fikiran masing-masing hanya menganggap Fadhiri tidak berada dalam kondisi yang baik untuk berbual.

“Bad mood barangkali.” Perlahan suara Xyryll memberikan ‘hint’ kepada dua lagi rakan sebiliknya itu. Namun, belum sempat Arief mengangguk kepada Xyryll tanda memahami, dia dikejutkan dengan arahan yang diterima Fadhiri untuk keluar sebentar bersama-samanya untuk bertanyakan sesuatu.



“Tadi aku jumpa Ustaz Zainuddin…” satu kenyataan diluahkan Fadhiri kepada Arief sebagai pemula bicara. Sambil kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar khakisnya itu, dia kemudian menyambung;

“…kau tahu tak perihal Xyryll?”, soal Fadhiri.

Keliru dan tidak pasti akan apa intipati persoalan itu sebenarnya, Arief mengerutkan dahinya. Mengharapkan lebih penjelasan akan isi kandungan soalan yang ditanyakan Fadhiri kepadanya. Kini, masing-masing memulakan langkah menuju ke perkarangan bilik asrama dalam kesejukkan malam itu.

“Betul kah roommate kita si Xyryll tu seorang lelaki homoseksual?”, Fadhiri memperjelaskan lagi soalannya kepada Arief. Dengan mengharapkan Arief menjawab persoalan itu dengan sejujurnya kerna berbanding dirinya, Arief lebih akrab dan mengenali hati budi teman-teman sebiliknya yang lain.

Tidak pasti sama ada berlaku jujur atau tidak, Arief jauh memikirkan dan cuba menyusun baris ayat sebelum memberikan jawapan kepada persoalan Fadhiri itu. Perlukah dia yang memberitahu sesuatu yang bukan peribadinya? Atau, perlukah dia berhenti bersubahat dalam perkara ini? Kenapakah Fadhiri tiba-tiba saja ingin mengetahui akan perihal sebegini? Mungkinkah perspektif Fadhiri terhadap Xyryll akan berubah apabila dia memberitahu akan situasi yang sebenar?

Dan setelah memikirkan kesemua perkara yang mungkin berlaku, akhirnya Arief tekad dan amat yakin dengan apa yang harus diperkatakan. Menarik nafas yang panjang, dia menjawab persoalan itu dengan tenang.

“Aku tak pasti, Fadhiri. Lagipun, siapalah aku untuk menjawab soalan peribadi tentang individu lain? Barangkali kau patut bertanya terus kepada si pemilik badan.”, jawab Arief neutral. Tidak mengiyakan mahupun menafikan.

“Aku bukan apa, kata Ustaz Zainuddin, ada beberapa pelajar memberitahunya akan perihal Xyryll.”
“Kata mereka, Xyryll itu songsang.”

“Jadi?”, ujar Arief ingin tahu.

“Jadi, Ustaz minta tolong aku mendapatkan kepastian akan hal ini memandangkan dia sudah tahu bahawa aku ni teman sebiliknya.” Tenang saja Fadhiri memberikan penjelasan akan kecelaruan yang berada dalam benak fikirannya itu. Mendengar akan penjelasan itu, Arief hanya mengangguk tanda memahami.

--

Setelah lama tidak bersukan secara serius, petang itu Xyryll dikejutkan dengan kemunculan Nizam secara tiba-tiba di gelanggang skuasy. Lelaki yang cuba dielak setiap kali bertembung akhirnya muncul di depan mata, dan terus menerus masuk ke gelanggang permainan itu setelah mendapati Xyryll berseorangan di dalamnya.

“Nizam… lama tak nampak kau.” Ramah Xyryll membuka bicara.

“Haha. Nampak tu selalu saja. Bertegur saja tidak.” Tersenyum, balas Nizam, sebelum menyambung perbualannya. Masing-masing bertanyakan akan perihal peribadi kecuali pelajaran memandangkan masing-masing kelihatan seperti sudah lama tidak bertanyakan khabar.

“Jadi, what’s up actually? Out of the blue… tiba-tiba datang cari aku?”, tanya Xyryll kepada Nizam. Kedua-dua lelaki itu melabuhkan punggung di bangku besi yang terletak di luar gelanggang skuasy. Sambil mengelap peluh di muka, Xyryll meneguk sedikit minuman isotonik yang dibeli awal tadi di kafeteria.

“Tiada apa pun. Aku cuma mahu memberitahu kau akan satu perkara.”, balas Nizam yang sedikit kaget. Walaubagaimanapun, kenyataan itu tidak lah begitu diambil peduli oleh Xyryll yang masih kehausan dan panas.

“Apa maksud kau?”, soal Xyryll.

“Meor.” – ringkas respon yang diberikan Nizam. Seolah-olah memberikan petunjuk terhadap apa yang mungkin berlaku. Nizam kemudiannya berlalu pergi meninggalkan Xyryll seorang diri terpinga-pinga. Sambil menoleh dua tiga kali kepada Xyryll, dia kemudiannya menyeluk saku seluar lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan merangka SMS kepada Xyryll.

Kalau nk tahu, mlm ni kta jmpa. 11pm kat tempat projek dulu.

Membaca kiriman pesanan yang baru diterima daripada Nizam itu, Xyryll bertambah keliru. Apakah perkaitan antara dirinya dengan Nizam dan juga Meor?

--Bersambung...


NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.