Salam.
Beberapa hari lepas, aku ada wat teka lirik lagu kat blog ni. Sebenarnya saja nak test market. And kalau ade yg jawab betul pun, mmg aku dah reserved kan hadiah. Tapi, memandangkan takde org jawab ngan betul. Maka hadiah tu aku forwardkan utk perkara yg akan datang. Anyway, nnti aku revealedkan jawapan kpd teka lirik tu.
Oh ya! Sebenarnya nak tanya pendapat korg, camni, aku igt bagi memeriahkan & menghargai skit masa2 korg membaca blog ni, why not aku blanja lebih skit utk wat peraduan. Peraduan yg aku terfikir camni ialah somethg yg kinda typical la. More or less like u guys hantar pendapat or cerita pasal some issues to me and the best opinion menang lah! lebih kurg cam tu la... Or korg ada idea lain? hahaha. Bukan apa, aku taknak la korg rasa cam mmbuang masa je baca blog aku nih (walopun aku tak suro) and mmg bnda ni dr dlu lagi aku da terpikir dah. Cuma masalah tak jumpa masa yg sesuai je.
Anyway, hadiah mmg dah ada. Don't worry... Apa hadiahnya? Ok lah, aku bocorkan skit hadiah2nya:-
1st prize: RM 30 Telco Credit (And or Or) 1 Limited Edition NukeGroup T-Shirt!
2nd prize: RM 30 Telco Credit
3rd prize: RM 10 telco Credit
Hadiah ni confirm as of 10 October 2009 lah. Kalau ada perubahan, aku bagitau la. Before aku open peraduan tu, so aku nak tanya lah, kalau aku buat ni, ada ke korang nak join? Kalo tak, malas la aku nak buat! sia2 je! hahaha...
--
Jawapan Teka Lirik:-
Lirik 1:
"To find myself again, my walls are closing in..."
Crawling - Linkin Park
Lirik 2:
"Hold me, love me, don't ever go..."
Hot - Avril Lavigne
Lirik 3:
"Ku pergi sebentar, bukan untuk curang..."
Jangan Nakal - Alif Satar
Lirik 4:
"Walau apapun caranya jua... engkau mendaki gunung yang tinggi...."
Iman Mutiara - Raihan
Lirik 5:
"That you were Romeo, I was the Scarlet Letter, and my daddy said..."
Love Story - Taylor Swift
By then, no winner utk contest Teka Lirik tempoh hari!
NUke
dalam topik : blog
Okay la. aku ni kurus je. Mewarisi genetik Haji Mahmod tu. Sapa lagi kalau bukan ayah aku tu. Cikeding je dia. So, aku ni boleh la dikategorikan sbg anak bapak! hahaha!
Semalam (or 2 hari lepas), colleague aku, Sab ada beli pnimbang berat badan. Katanya sbg motivasi utk diri sendri & husbandnya di rumah utk mngurangkan berat badan! Harap2 berjayalah!
Sebelum2 balik tu, Sab ni suruh la aku timbang berat badan. Haha. Cuba teka berapa berat badan aku? teka la. teka la. teka la...
.
.
.
.
.
.
46 kg je.
aku rasa ini bukan dikelaskan sebagai berat... mungkinkah ringan? Aku dpt bayangkan situasi macam ni:-
Si penanya: "Berapakah berat badan encik Nuke?"
Aku: "Oh, salah tu.. sepatutnya 'Berapakah ringan encik Nuke?'"
Ok. Aku underweight. Cuma bahagian perut saja cantik! Hahaha!
NUke
dalam topik : personal
Terima kasih.
kadang2 kita selalu overlook ttg perkara yang simple. Mudah je sebenarnya nk mengucapkan terima kasih. tak perlu mngambil masa selama 10 saat pun. Tapi, aku tetap heran, kenapa masih ramai lagi umat manusia kat luar sana tu cukup susah nk ucap terima kasih bila mmperoleh sesuatu.
Bukan lah mahu menyindir siapa2, cuma slot pantang larang kali ni nk membincangkan erti dan besarnya makna ungkpn terima kasih itu. Okay lah. Aku akui juga, kadang2 aku pun ter-miss nak say thank you bila seseorg tu blanje aku mkn. Bukan apa, time2 makan tu plak, kita tgh duk sembang2... sampai terlupa nk ucap terima kasih. Jenis dan faham aku, bila nasik dah habis makan, baru lah say thank you. Tapi sometimes, nasik dah habis.. layan sembang berjam2.. lpas tu masing2 blah... sampai terlupa nk ucap terima kasih. Tapi, selalunya, lepas tu aku akan call or mesej smula la org yg blanja aku tu and say thank you.
Well, memang ada org yg amik ringan pasal ungkapan ni. For them, it's a common sense yg mana tak perlu buat pun tak mngapa. Grab and go. Never say thank you. Yeah! Maybe org tu terlupa, or else, mmg dia tu selfish! Aku dah jumpa ramai org yg mcm ni. Sejak2 kerja ni, lagi ramai aku jumpa. Kerja aku memerlukan aku berhubung dgn ramai org, so PR kena superb. Dalam usaha aku belajar utk improve ni, aku sedar... perkataan 'terima kasih' itu mmg sangat penting dalam communication, especially with clients.

So everyone, ringan2kan la mulut nk berterima kasih kpd org lain. Tak susah pun. Cuba kalau ko bg somethg kat org, pastu org tu wat dono je. tak say thank you pun... apa kau rasa?
Terima kasih sebab sudi baca.
NUke
dalam topik : pantang larang
Hari ini, ibu membekalkan aku lemang, nasi himpit, rendang ayam dan daging untuk dikongsi bersama rakan2 sekerja. Ya, bersempena Aidilfitri, apa salahnya sesekali berbelanja untuk kawan2 kan? Tambah2 plak ada sorg officemate aku ni dari dulu mengidamkan rendang daging. Favourite katanya. And oh, she's a chinese ya!
Tak sampai waktu lunch lagi, rendang ayam dah habis licin. kecik jer office aku tu. And kebetulan plak tak berapa ramai yg dtg ofis sebab ada yg kna pergi ke KLCC utk event, so supposedly masing2 yg ada dlm office tu dapat la mrasa sorg skit lemang, dan rendang yg aku bawa tu. Alhamdulillah, ramai yg memuji rendang ibu ku itu sedap. terima kasih.
Persoalan.
Ibu memang sntiasa sibuk dgn hal2 rumahtangga dan mcm2 hal lagi. Bayar bil la.. hantar brg org. buat itu, buat ini. But still, request aku utk buatkan rendang tu tetap ibu penuhi. kadang2 aku malu dgn ibu. Ibu. Segala permintaan anaknya, akan sdaya upaya dipenuhi. Tapi tak macam si anaknya ni. Kadang2tu bukan main liat lagi nak pergi buang sampah ke luar pagar. kalau diminta tlg pergi ke kedai pun..sambil buat muka pelik. Haih! Macam mana nak masuk syurga ni. Mungkin, mendekati pun jauh sekali.
Ibu dah tua. Spatutnya, kami yg sibuk masak2 utk ibu. Ibu rehat je. Tapi, sampai skang ni, ibu yg btungkus lumus masak utk anak2 bujang ibu ni. Haha. Gembira, penat lelah ibu... Tuhan saja yang tahu. Ibu nak tahu? Bila setiap org di ofis tadi memuji rendang ibu, akulah org yang plg gembira. Jelas terbukti keikhlasan ibu menyiapkan rendang2 tu ibu! Ya, memang ada yg bertanya akan resepi rendang ibu, dan aku hanya mampu tersenyum. Sedapnya rendang ibu itu adalah disebabkan keikhlasan ibu membuatnya.
Terima kasih ibu. Harap2 ibu boleh masak rendang lagi utk kita sekeluarga lain kali.
p/s: hmm.. xde org teka lirik2 lgu tu dgn tepat lg la...
NUke

Siri 8
Dengan senyuman jahat masih dilemparkan, Xyryll terus menerus mendahului Asyraf ke dewan kuliah. Taktik dan perancangan jahatnya mula diingati satu per satu, supaya setiap yang dirancang berjalan lancar. Asyraf yang mengantuk itu hanya membisu seribu bahasa. Diam dan hanya mengekori si Xyryll yang semakin laju langkahnya.
Xyryll yang terlebih dahulu tiba di bangunan Dewan Kuliah 1 itu terus saja masuk. Kelibatnya hilang dalam gelap malam yang memenuhi segenap dewan. Asyraf menunggu di luar. Fikirnya, sudah tentu sekejap saja masa yang akan diambil Xyryll. Tambahan pula, kuyu matanya semakin mendesak dirinya untuk lelap seketika.
Seminit.
Tiga minit.
Tujuh minit.
Dua belas minit.
"Lama lagi ke weh? Cepatlah! Aku dah mengantuk ni!!!", teriak Asyraf yang semakin geram. Mengantuknya sudah tak tertahan lagi. Namun balasan yang diterimanya hanyalah bunyi bising cengkerik di celahan daun rumput berhampiran longkang di bangunan dewan kuliah. Hairan. Kerana risaukan sesuatu yang tak kena berlaku ke atas Xyryll, Asyraf pantas meluru masuk ke dalam dewan kuliah itu.
"Xyryll?"
"PAANNGG!!!"
Dengan segera, pintu ditutup kuat oleh seseorang. Peluh dingin terus membasahi dahi Asyraf yang luas itu. Perlahan, dia cuba melangkah menuju ke arah pintu. Tujuannya hanya satu; buka pintu dan duduk saja diluar... paling teruk pun, lari saja ke asrama. Dalam masa yang sama, tidak sanggup pula dirinya membiarkan Xyryll keseorangan. Risau jika berlaku apa-apa.
Cuba menggapai tombol pintu dalam kegelapan... tapi apa yang berjaya digapainya adalah satu lengan tangan! Terkejut! Lalu dilepaskan segera sambil bertanya, "Xyryll? Kau kan?". Dalam hatinya, Tuhan saja yang tahu. Kecut perutnya. Laju degup jantungnya. Mengalir setiap peluh jantan dari dahi, turun ke pipi, sebelum jatuh dari dagunya yang berjanggut itu. Seketika sepi. "Xyryll... kau ke tu?"
"Ya! Aku Xyryll." Serentak dengan itu, badan Asyraf dirangkul erat. Menemukan dada masing-masing. Perut dengan perut, dan lutut bertemu lutut! Asyraf yang tergamam dengan situasi itu, cuma mampu berpeluh. Berterusan berpeluh tanpa sedikit pun cuba menolak Xyryll yang merangkulnya dengan kuat.
"A.. a.. apa yang kau cuba buat ni Xy.. Xyryll..?", soalan itu diajukan Asyraf yang tiba-tiba memecahkan kebisuan dua sahabat itu. Sambil itu, dia cuba menolak Xyryll yang melonggarkan rangkulan pada pinggangnya. Basah! Basah tangannya apabila dia menolak tubuh Xyryll yang sudahpun tidak berbaju itu.
--Bersambung...
p/s: fikir jap. mungkinkah siri2 seterusnya akan ku publishkan pada laman ini?
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.


