Salam.

6 Mac. 61 tahun dulu, ayah aku dilahirkan, kalau ikut cerita orang kampung, nama asal ayah aku ialah Mohamad. Tapi ntah macam mana ntah, lama lama jadi Mahamad...Mahmad...Mahmod..! heran gak aku ngan orang dulu2 ni. So, nama rasmi ayah aku dalam kad pengenalan ialah Mahmod.

Tak kisah la apa nama betul dia, tapi yang pasti dialah ayah aku.

Ayah, tak mungkin ayah akan membaca blog anakmu di sini. Sedangkan memegang 'mouse' pun ayah tak reti. Anakmu ini tak menyalahkan mu apabila perhatian daripada mu kurang diberi. Ayah jadi begitu kerana ayah sendiri membesar dengan keadaan tanpa ayah. Anakmu ini mengerti semua itu.

Di kesempatan ini, anakmu ini ingin sekali mengucapkan selamat ulang tahun yang ke 61. Anakmu ini sedar akan dirimu yang semakin tua... Maafkan anakmu kerana kurang mendakapimu, membelai dirimu, malah tak pernah mengucup pipi dan dahimu sementelah usia anakmu ini sudah pun masuk 20 tahun.
Semoga ayah akan senantiasa sihat, dirahmatiNya, dan panjang umur. Saya sangat menyayangimu, Ayah.


.

Tadi, waktu nak ke masjid untuk solat Jumaat, aku dikejutkan dengan kehadiran ular daun (kot) pada raga motorsikalku. Tak lah besar, namun tak lah kecil sangat. Cukup lah untuk membuatkan diri ini gementar seketika. First time aku tengok ular duk lepak kat raga motor. Motor aku plak tu. Xpe kau ular.. sib baik la kau ni spesies terancam, kalo ko ni sespesies mcm lipas, dah ku penyekkan kau!

Roomate-ku sempat meng-capture beberapa keping gambar ular itu. Apa kesudahan ular itu?

Ha, aku gi la amik kayu dan cuba alihkan ular itu, alih-alih dia pegi kat motor sebelah aku pulak, dan terus turun ke bahagian bawah motor tu, lepastu...HILANG! Dalam hati ni cuak jer, berkata aku pada diri sendiri "Eih, ni ular ke ape? Aku harap benda yang baik je.."

Kepada ular, terima kasih kerana meningkatkan adrenalin aku. Peergh, sesungguhnya hari Jumaat ini sememangnya lain daripada yang lain.



NUke

salam.

hari ceria bagi aku yang nearly putus asa dengan thesis. Don't want to talk about it.

by the way, hari ni segalanya berjalan lancar. hari yang mendung dan hujan di tengah hari, memberikan kesejukan instead of kepanasan terik. Syukur kepada-Mu ya Allah.

Ibu telefon, menyatakan bahawa adikku mendapat tawaran masuk ke sekolah asrama di Perak. Alhamdulillah, tiada berita yangmenggembirakan bagi seorang ibu apabila mendapat tahu anaknya mendapat tempat pengajian yang baik, sesuai dengan usaha membina jati diri dan keyakinan diri dan berjauhan (lagi) dengan anaknya.

Demi memastikan anaknya mendapatkan pelajaran yang terbaik, si ibu rela berpisah dan berjauhan dengan anaknya itu yang selama ini ada di depan mata.

Bagi aku, mendapat tahu adik aku yang seorang tu dapat masuk sekolah asrama adalah sesuatu yang menggembirakan. Aku pun sangat mengharapkan dia dapat menikmati kehidupan asrama, perasaan rindu dan menghargai keluarga, berdikari dan menjaga diri.

Tak ada yang lebih menyedihkan bagi aku apabila perlu berjauhan dengannya. Sebab apa? Sebab dia lah satu-satunya adik aku. baru kini aku faham akan perasaan sedih untuk berpisah dengan adik sendiri. Ya, dahulu giliran aku ke sekolah asrama, dan aku tak pasti bagaimana perasaan kakak2ku dan abangku apabila mereka terpaksa berjauhan dengan adik-adik mereka ni... Sekarang aku yakin aku sudah tahu akan perasaan mereka ini.

Impian aku sebagai seorang abang agar kau lebih matang dalam pemikiran, setelah bergaul dengan orang yang pelbagai ragam. Kau ikutilah segala yang baik, larangi lah sahabatmu pabila mereka ingin melakukan kesalahan kelak.

Impianku sebagai seorang abang agar kau lebih menghargai erti sesebuah kekeluargaan, yang mana aku pasti kau akan merindui ibu bapamu, adik beradik mu, dan juga bilikmu. Aku juga berharap agr kau bijak dalam meilih kawan. Kerana sebab kawan lah kita maju, dan sebab kawan jugalah kita jatuh.

Impianku sebagai seorang abang agar kau berjaya dalam pelajaran dan kemahiran yang kau pilih. Kau melihat segala kesusahan ibu ayah dalam usaha mencari wang untuk kita bersekolah. pada usia sematang kau, kau patut tahu untuk lebih berdikari. Berdikari tak bermakna kau bebas, berdikari juga tak bermakna kau tak memerlukan keluargamu... tapi, berdikari untuk mempertahankan diri, menjaga maruahmu, menjaga nama baikmu, dan berjaya dalam pelajaranmu.

Kalau adik beradikmu yang lain boleh sampai ke universiti dan boleh dibanggakan dengan bidang tersendiri, kenapa tidak kamu, wahai adikku?







Selasa ni, kau akan ke sekolah baru mu. Aku sedih. Aku ingin sekali menghantarmu...



Impian seorang abang;
NUke

salam.

Kegusaran dalam hati mulai pudar dan hilang dengan pertemuan seorang sahabat sebentar tadi. penjelasan demi penjelasan dihamburkan sesama sendiri, dalam usaha mencari kebenaran dan kepastian segala kekusutan dan salah pengertian yang berlaku. Oh, tak sia-sia ubat tidur yang aku makan malam tadi, nyenyak lenaku.

Sumber masalah dikenalpasti, sebuah kisah yang dimanipulasikan serta diolah jalan ceritanya supaya nampak hebat dan kesalahan sebelah pihak! Tak guna! Siapalah dia pengubah dan penokok tambah ceritera itu?

Selesai sudah episod salah faham antara aku dan dia. menjanjikan keadaan seceria dahulu tatkala diri meniti hari-hari terakhir bergelar mahasiswa prasiswazah di UKM ini.

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat Illahi. Kekusutan aku kini hanya terfokus pada satu perkara - Thesis. Lain2 perbalahan...? Selesai sudah...

Terima kasih kamu, kerana memberi peluang untuk berbicara.

"Biasa lah... Aku Kan Macho!"

boleh lah bergelak ketawa lepas ni kan?








NUke

Salam.

Cuma mahu bercerita tentang kelakuan segelintir manusia yang suka melihat kejatuhan orang lain. Selain aku, korang pun mesti pernah merasa atau mengalami situasi ini kan? Kenapa ah? Kenapa mesti ada orang yang suka menjatuhkan orang lain? Atau; Kenapa kita pun suka jatuhkan orang lain ah?

Mac 2009 bermula garang bagi ku. Permainan emosi berlarutan dan berlanjutan susulan dari kes Motor yang tak boleh start pada penghujung Februari, perubahan analisis untuk thesis, dan juga undangan perasaan putus asa terhadap segala usaha.

Aku semakin lemah barangkali...

Oh, Atau mereka yang semakin kuat?

Kelambakan assignment yang perlu disiapkan, dan aku pun sedikit tak tahu bagaimana cara untuk mengendalikan semua itu. Oh ya, perkara runsingan dalam kepala ini berlaku sejak 2 minggu ini. Kenapa ya?

keruntuhan kawalan emosi makin menguasai diri. Aku kelihatan murung dalam cermin. Senyuman menampakkan diri seperti BADUT! Wah!

Korang mesti tak faham apa yang aku tulis kat blog ni kan? ha, tu la, sapa suruh baca. Huhu.

Btw, malam tadi main futsal. Sangat seronok setelah lama tak main dengan kawan2 kolej. Satu penyegaran untuk tubuh badan ini. Dah lama rasanya tak berpeluh2 sakan.

Bila lah mahu tamat pengajian ni? Aku sudah mahu muntah lah!
















NUke

Salam.

Dah beberapa hari aku tak update blog.

Hujung minggu lalu, aku berkesempatan untuk pulang ke rumah dan berjumpa dengan kebanyakan ahli keluarga. Sabtu lepas, tolong Along di ofisnya dari pagi sampai petang. Then, balik rumah and temankan Ibu and lil sis beli barang dapur.

Ahad, ikut bro n sis tolong parents niaga di Shah Alam.

Eventhough aku hanya balik untuk 2 hari, tapi aku rasa masa berjalan dengan sangat lambat dan terasa panjang.

Entry kali ni mungkin dipengaruhi emosi yang baru2 nak baik daripada kegagalan-kawalan. So, tajuk yang aku rasa sesuai - Putus Asa.

Hujan. Aku suka hujan!


Acapkali aku mengatakan pada diri sendiri bahawa aku ni bukan jns org yang cepat putus asa, tapi entah. Kadang2 tu aku rasa macam malas! Malas ape ntah! Lantak la.

Dan seringkali juga bilakita baru nk menikmati segala hasil daripada penat lelah, datang pula si dia yang menceduk keuntungan daripada hasil goyang kakinya. Mendakwa hasil itu adalah dari usahanya, dan juga miliknya.

Kenapa ah?






Aku yang menghampiri tebing putus asa:

NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.